Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

unplan vacation

wow sekian lama tak update blog ni rupa nya.  rasa macam baru sebulan lepas update tapi sebenarnya dah berbulan dah, hahahahahaha.  apa cerita paling latest pun dah tak berapa nak ingat but still nak jugak cerita.  short story jelah ye.
alkisah nya pergi kenduri kahwin je dekat melaka.  so bersiap lah pagi tu awal sikit sebab kena pergi pekan withdraw duit sikit bagi abang nak tukar tayar kereta.  dah siap dengan beg baju bagai sebab ingat lepas tu nak ke johor pula, kenduri kahwin juga.  last last, cuma bawak baju sepasang je untuk salin masa balik.  lepas kenduri di melaka, terus gerak ke johor pulak.  sampai sana dah lewat petang.  kenduri pun dah habis, ye memang datang jengah muka sahaja.  sedara belah mak akak.  masa on the way ke johor tu, sempat jugak la cari homestay untuk semalam.  oke yang itu, on the spot dapat rumah untuk menginap satu malam.  balik dari kenduri tu terus ke homestay untuk mandi & rest kejap.  around jam 20:00, gerak pergi cari baju dan cari makan.  dah settle, balik homestay, mandi semula then rest.  pagi tu terlajak tidur pula, tapi nasib baik baju dah kemas semua.  pergi sarapan nasi beriyani sampai rasa nak muntah.  separuh jalan masing masing pengsan termasuklah mun sendiri hahahahaha.  sedar sedar, lapar.  berhenti dekat rnr mana entah tak ingat, beli lah jajan sikit buat ngunyah dalam kereta.  sambung perjalanan, hujan pula, bertambah lah lapar nya hahaha.  mengunyah sepanjang jalan sampai habis jajan tu.  ingatkan terus balik rumah, tapi menyinggah makan dulu dekat setia alam.  time tu mata dah berat dah.  sampai je rumah, barang barang atas tilam tu semua tolak tepi terus tidur.  the end.


p/s:  semua perbelanjaan makan ditanggung beres oleh big boss abang ipar hahahahaha

hye! thanks for your little precious time ♥

W.E.D.D.I.N.G

heyho wazzup peeps.  lama juga tinggal blog ni.  cleaning time!!  mun ada story nak cerita sikit, promise sikit je hikss.  so what its all about?  gini cerita dia.
last week, lot **** ada buat kenduri kahwin.  siapa pula yang kahwin kali ni?  cousin lah, takan mun pula kan.  haa dah kahwin dah si mas cotek tu haa.  sepanjang minggu tu kita bantai kerja bagai nak gila pergi pagi balik malam tak fikir apa dah.  then hari sabtu, dengan lemau serta penat nya menjengah ke rumah bakal pengantin tengok if ada yang boleh bantu.  aleh aleh lepak saja, semua dah diurus by aunties and uncles.  tengahari, makan dulu sebelum pergi masjid untuk majlis akad nikah.  jam 14:30, mun, nurul and husband baru nak gerak ke masjid sedangkan keluarga pengantin perempuan awal awal lagi dah gerak ke sana.  kitaorang sampai sana, jurunikah masih lagi briefing dekat pengantin.  situasi dekat masjid ni yang buat mun tersengih sorang sorang bila teringat semula hahahhh XD  situasi dimana si pengantin lelaki menge-sah kan diri dia sendiri depan orang ramai.  siapa yang tak tergelak enn.  rugi juga lah mun tak dapat nak rakam situasi tu sebab handphone mun problem tak elok lagi.  so kali kedua akad baru lah sah si mas ni jadi wife orang.  tahniah harith & mas.  balik dari masjid, mun and cousin yang lain serta macik macik merewang buat kuih koci pula.  jujur ni first time belajar lipat kuih tu.  buat beberapa je then stop sebab stress kuih lagi besar dari sarung dia.  aleh aleh kita bulat bulat kuih dia je letak dalam dulang.  tang melipat bagi dekat yang pakar.  dah habis buat kuih koci, mun basuh cawan pula.  sebab nurul tengah memboyot, so mun membasuh cawan dengan husband dia lah.  nurul mengeringkan cawan je.  lepas siap tu, mun keluar dengan nurul mencari barang.  pergi ke pekan isi minyak then repair handphone.  next pergi ke pasar puncak alam mencari tudung.  maghrib juga lah baru balik rumah.  malam tak ada buat apa sangat, makan makan je sebab pengantin guna service catering.  macik pacik semua menyambut tetamu, tak ada buat apa sangat.  kami yang muda ni lepak makan jelah.  nak bergambar pun tunggu pengantin siap bergambar dengan kawan kawan dulu.  bila cousin dah conquer pelamin memang huru hara jadi nya.  penat gelak dengan photographer sekali masuk air hahaha.  oke habis dah acara untuk hari sabtu.
next day majlis persandingan pula.  since ada life-alarm ni, jam 07:00 macam tu dah terjaga lepas tu  tidur balik.  around jam 08:30 baru bangun mandi semua.  pagi tu hujan, so mata ni tak berapa nak segar sangat lah ikut cuaca hahaha.  macik ada buat marhaban sikit, makan makan sikit.  almost tengahari tu, mun tukar baju siap siap sambut rombongan pengantin lelaki.  ramai juga lah rombongan pengantin lelaki nya enn.  mun memang tak kenal lah ahli keluarga or kawan kawan pengantin lelaki.  tunggu pengantin siap merenjis baru lah mun makan dengan bridesmaid yang lain.  sedap memang sedap sebab lapar, pagi sarapan alakadar je.  dah lunch solat zohor kejap lepas tu lepak je dekat depan p.a system sambil makan kuih dan kek.  tunggu turn nak bergambar dengan pengantin je yang lama sangat tu.  photographer hari bersanding lain, tak mesra alam so kitaorang agak picang ah.  petang tu pula outdoor tunggu hujan reda sikit baru gerak ke Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam.  on the way ke sana, mun nurul and husband, sempat makan pizza dalam kereta.  dekat taman, kami yang sedondon ni bergambar sendiri lah sebab photographer tu tak perlukan khidmat kami sangat.  tengok pun macam amatur je gaya dia.  balik tu menyinggah ke giant seksyen 13 kejap nak beli starter lampu.  husband and wife ni shopping jajan pula since tengah pregnant nak makan je.  sakit kaki beta sebab lama sangat pakai kasut tinggi.  sampai rumah, first thing to do, cabut lens sebab mata dah penat sangat.  then makan, mandi and rehat.  done chapter for that day.
credit to: vivo & iphone
sabtu malam
selamat pengantin baru !!



p/s:  tahniah mas & harith.  semoga bahagia hingga ke jannah gais. #selangojoho

hye! thanks for your little precious time ♥

SaturDate

annyeong.  tiba tiba rajin pula nak update blog ni kan.  haa gini cerita nya.  pada suatu hari yang malas, tengah syok layan Lara Aisyah marathon punya episod, satu whatsapp masuk dari wanis si banana.  ajak teman pergi hantar thesis.  pelik dan hairan la jugak tiba tiba dia ajak teman tapi tu lah, pergi je lah.  sambil menunggu tu, dapat satu incoming call dari ♥♥♥♥♥  sempat tidur kot tunggu wanis sampai rumah nak pickup mun.  cadang nak weng weng je, tapi hujan main cakcak pula.  kena lah bawa oyen keluar.  pergi print expert dulu.  yang meneman ni perhati je lah staff kedai tu layan kerenah si cerewet ni.  sejam juga lah dalam kedai tu.  then baru masuk u.  naik bangunan tingkat 15, sunyi je.  no wonder lah mintak diteman, seram juga wehh dekat situ.  dah hantar thesis, kitaorang terus shoot ke SCM.  nak laju, jalan jauh.  nak cepat, jalan rosak.  redah je lah jalan meru yang teruk tu daripada nak memusing ikot highway belakang.  dah sampai, jumpa sayang, my sunshine, ayon, baz dengan member diorang sorang, syuad.  tunggu kesayangan habis makan kejap sambil adopt awkward situation dekat situ.  dah lama tak jumpa lepas tu tak contact so awkward juga lah sebenar nya.  pastu dia ajak lepak Starbuck pula.  first time ahh lepak situ.  tenang memang tenang pastu mengantuk.  nasib baik kesayangan dekat sebelah, dengar suara dia tak mengantuk pula.  k gedik, hahaha XD  alaa biasa la, kalau jumpa dia ni, tak kena lecture tak sah.  mun dengar je lah dia bebel.  masa dia pergi dekat member dia kejap, ada pula sorang budak comel ni dengan mother dia, pandang mun.  terperasan budak tu pandang, mun lambai lah dia, dia senyum, ahhh comel sangat.  hakak melting dikkk XD  sembang punya sembang, dah jam 2130.  konon la ajak balik, tapi pergi dekat member dia, boleh lepak sembang lagi.  macam mak mak yang kata nak balik dari rumah saudara mara masa raya, time salam dia sembang lagi.  haa macam tu juga lah kesayangan ni, hahahhh.  dekat jam 2200 kot, baru lah masing masing angkat bontot nak gerak balik.  mun kesian dekat dia yang hidung tengah meleleh, nak drive jauh balik serdang malam malam.  ye tahu lah dia lelaki but still, risau.  haa pastu apa lagi, balik lah weng weng dengan wanis.  datang naik kereta balik naik motor, fikir lah sendiri bila jadi adik asik kena mengalah je.  sampai je rumah "weh, rasa berdosa nya balik malam malam ni", wanis boleh gelak kan je, tak guna punya banana -___-"  pastu jadi tragedi lupa dekat mana simpan kunci office pula.  padan muka kau karma hits you back wanis, hahahaha.  kesian pun ada tapi tu lah, bff kan, gelak dulu baru tolong cari XD  nasib baik jumpa dekat rumah nenek dia, kalau jumpa dekat rumah mun, kita gelak kan dia lagi.  macam kejadian haritu, dia tertinggal kunci rumah dalam kereta mun.  mun pun apa lagi.  ambil gambar send dekat dia then gelak sepanjang conversation.  pastu dia muncul nak ambil kunci pun still kena gelak dengan mun.  hahahh banyak lagi kejadian yang penuh dengan gelak tawa ni.  malas nak cerita.  oke lah, adios amigos thank you.
credit to:  unknown




p/s:  since makin chubby sekarang ni, will you be my pillow? hahahhh.  you'll always be my favourite ♥♥♥♥♥

hye! thanks for your little precious time ♥

bonding: ulu yam waterfalls

hey peeps.  whats up?  waa lama gak tak sentuh blog ni.  almaklum la, busy pergi kerja balik kerja tidur, repeat sampai life rosak.  tapi hari ni mun ada cerita sikit la nak kongsi.
few days ago, cousin ada ajak pergi mandi air terjun.  sebab sebelum ni life pergi kerja balik kerja je, kita pun on dengan plan diorang.  so pagi tadi plan nak gerak jam 0700, aleh aleh jam 0733 baru tersedar.  punya lah kelam kabut ingat kita dah lambat.  whatsapp cousin, diorang pun tengah bersiap.  fuhh nasib baik tak lambat sangat.  dah siap siap, kitaorang berempat pun gerak pergi rumah akak hantar brownies pesanan dia.  lepas tu, kitaorang gerak ke destinasi sama sama dengan yang lain.  cuaca pagi tu hujan so sejuk dia memang boleh tahan sejuk lah.  masa on the way ke sana pun ada certain tempat hujan renyai renyai.  totally sejuk jela whole day.  sampai sana, tukar pakaian then sarapan dulu baru turun mandi air terjun.  sejuk wei air dia, macam mandi dengan ketulan ais.  kena tiup dek angin, meremang je bulu roma, hahahahaha.  naik atas, makan yang ringan ringan, sembang sembang.  agak agak dah kering badan, tanak turun mandi lagi, mun dengan nurul decide pergi mandi bersih bersih.  lepas kami mandi je, bilik mandi tu mula ramai.  lepas mandi, lapar lagi.  kita pun makan untuk second round.  bila semua dah siap mandi bersih bersih, kitaorang kemas barang barang semua.  sebelum gerak balik tu ada lah kitaorang bergambar ramai ramai.  selfie/wefie tu tak payah mention pun dah jadi perkara wajib untuk send dalam group, kasi jealous cousin yang tak dapat join, hahaha XD  sampai rumah, start kereta pergi rumah akak pula.  dia ada buat majlis birthday anak dia.  walaupun mengantuk, pergi jugak lah jengah muka.  haa sebab mengantuk tu lah terjadi nya kes tertinggal kunci dalam kereta and pintu kereta tu berkunci.  dan terpaksa lah mun ajak mama balik rumah ambil kunci and pergi ambil kereta balik.  so kesimpulan nya cerita ni agak pening sikit kot macam kepala mun yang masih terasa pening gara gara jambatan gantung.  k adios ~
credit to:  vivo



p/s:  thanks for the memory <3

hye! thanks for your little precious time ♥

Big Day

hai gais i'm back.  so what story this time? kalau post sebelum ni pasal engagement day, so this time its about the wedding day.

back to Friday, 16th September 2016.  tarikh tu everyone cuti Hari Malaysia.  sepanjang minggu tu mun cuti.  so sepanjang minggu tu juga lah mun tidur lewat 2-3 pagi tolong bakal pengantin ni complete her preparation.  buat hantaran, kemas bilik, hias bilik, beli barang, touch up henna bagai lah.  bila dah sepanjang minggu tu tidur lewat, kepala pun mula tingtong.  when it comes the day, pagi jumaat tu mun dikejut kan awal pagi datang ke rumah si pengantin ni.  fuhlamak gigih lak ai pepagi dengan mamai, mata kuyu, mengantuk nya, disuruh touch up kan henna dekat tangan.  oke lah buat juga walaupun tak cantik, asal ada.  lepas zohor, siap siap nak hantar pengantin ke masjid.  lama juga lah jurunikah ni bercakap, tapi ramai yang tak dengar sebab volume speaker slow.  lafaz akad pun tak dengar tahu tahu je dah baca doa.  but we all know that my cousin selamat jadi wife orang dengan sekali lafaz, alhamdulillah.  malam tu ada kenduri doa selamat.  next day, majlis malam berinai pula.  malam tu kitorang little bit busy lah juga, menjaga goodies untuk diberi tetamu.  dah habis majlis, kami yang sepupu sepapat ni lepak lah kejap ambil angin malam sambil makan, sembang, teman pengantin yang tak makan lagi.  around 1 a.m juga lah baru balik rumah berehat.  pagi ahad tu kena bangun awal sebab mun dengan cousin yang lain acah acah jadi pengiring pengantin.  cousin yang ladies semua datang rumah mun sebab nak make-up by kak lynnda.  tugas kami still sama, beri goodies untuk tetamu.  time makan takyah cerita, tak menentu.  lepas pengantin berarak, bergambar, makan, baru lah kitorang makan.  petang pula, kami yang acah acah ni ikut pengantin pergi photoshoot dekat SUK, Shah Alam.  taman tu memang tempat pengantin buat photoshoot, so ramai juga lah pengantin nya.  sambil follow pengantin sambil tu lah masing masing selfie bagai.  around 7 p.m baru gerak balik.  penat takyah cerita, on the way balik tu mun terlelap.  sampai rumah, lapar.  makan dulu kejap baru pergi mandi.  around 9.30 p.m satu lot dah sunyi and gelap.  majlis terbesar yang pernah ada di lot **** sebab dua pasang pengantin sekali harung.  macik pacik semua dah kelaut sebab kepenatan merewang mengemas bagai.

last Sunday, 25th September 2016, majlis sebelah pengantin lelaki pula.  this time around, mun jadi pengapit nurul.  fikir awal awal, kereta macik pacik semua confirm penuh so decide drive sendiri follow ke Kampung Bukit Hijau.  pagi tu bangun macam biasa terus mandi sarung baju keluar pergi isi minyak dulu.  balik tu baru lah bersiap dengan make-up bagai completely done.  nasib lah ada kakak yang reti make-up, mun pun redha saja lah muka ni kena conteng.  selfie satu kali dengan akak and she post at facebook.  boleh pula abang kau tak kenal adik dia lepas muka kena conteng, sadis sungguh -___-  ingat kita dah lambat so terus lah start kereta get ready bagai.  aleh aleh tengok semua orang dekat dalam rumah lagi siap menyembang makan makan, fuhhh sabar jelah.  lepas pengantin siap semua masuk kereta, ready to go.  kereta pengantin jalan dulu followed by kawan pengantin, then acik acik pengantin perempuan and yang lain.  almost 10 biji kereta juga lah.  yang tahu location cuma 2 biji kereta je kot.  sebiji kereta awal dah lesap dari pandangan.  lagi sebiji kereta dekat belakang.  masing masing acah acah tahu.  sampai puncak alam fasa2 masing masing berhenti tepi jalan menunggu sebiji kereta dekat belakang tu.  dah sampai masing masing u-turn then follow rapat.  5 biji kereta sempat sesat kejap termasuk lah mun hahaha XD  dah sampai lokasi, parking kereta cepat cepat sebab mun dah lambat.  pengantin berarak sekali followed by macik pacik lot ****.  sekali mun tengok jalan dia berbatu batu lah wei.  mun dah gelabah takut terjatuh sebab pakai kasut wedges.  bisik dengan pengantin, "wei kau pegang aku aku pegang kau tau".  aduhhh dalam gelabah tu rasa kelakar juga lah hahahh XD  majlis buat kecil kecilan je so tak jauh mana lah kena berjalan ke pelamin tu.  dekat pelamin tunggu lah kumpulan silat ni habis persembahan kemain lama.  dia punya peluh takyah cerita, kitorang yang jadi pengapit ni dah sengih sesama sendiri je sebab panas.  sambil mengipas pengantin curi curi merasa kipas tu sikit hahahh.  lepas tu, makan beradab pula.  nak makan pun tak senang, cameraman ajak pengapit bergambar sekali.  dah mun makan sikit je selera pun kurang.  kita yang pengapit ni sempat la juga bergambar selfie sikit dengan pengantin.  lepas makan masing masing kelam kabut ajak bergambar sebab ada yang nak gerak ke melaka lah bagai.  kawan kawan pengantin lelaki pun ramai juga.  dah mun tak tahu nak buat macam mana dah ramai ramai dekat pelamin.  yang kami pengapit kena lah menyelit tengah tengah belakang pengantin.  ada yang ramai sangat nak bergambar so kami pengapit ni turun dari pelamin, dah sesak sangat.  sambil sambil tu ada lah menyembang dengan si pengapit lelaki ni.  dia start conversation pasal kereta kesayangan mun tu.  sembang dah oke dah mesra boleh gurau bagai dengan loghat negeri sembilan dia lagi hahaha.  bergambar dengan macik pacik lot **** and then masing masing nak balik dah.  sebelum gerak balik tu, amik lah kesempatan bergambar kejap dengan pengapit.  sebab baju matching habis, tu yang rasa nak bergambar sama tu.  harap girlfriend dia tak marah nahhh.  dia pun jenis yang open je, gila gila juga, kita lagi lah selesa nak bergaul.  yang best nya awal bercakap oke je steady, masuk tang nak berselfie tengok tangan dia ketar semacam.  mun pun automatik terjadi kan itu bahan between us.  dia selalu kena dengan mun.  time nak bergambar sama sama, mun tanya lah, kenapa tangan tu ketar semacam, dia tak jawab cuma gelak.  point terbaik sebab dia suka bergambar tapi tangan ketar.  lepas tu mun cadang tak nak balik sebab nak ikot photoshoot tanak ulang alik jalan, tapi cousin yang sorang ni nak balik pula.  so kita balik lah kejap.  basuh make-up, solat, mandi semua then gerak ke Bukit Malawati pula.  kitorang dari berempat jadi bertiga ke Kuala Selangor tu.  perjalanan ke sana takyah mengantuk gila jalan straight je.  lepas tu terlajak lorong, kita pusing balik.  akhir nya seorang mun berjaya sampai ke Bukit Malawati bersama Charade kesayangan.  kedatangan kami disambut mesra oleh monyet monyet di sana.  tunggu lah kereta panjang tu pickup untuk naik ke atas.  sampai atas tu, kami pun selfie lah.  pengantin tengah busy bergambar dengan cameraman.  kita follow dari atas turun ke bawah relax jalan kaki sambil selfie, berboomerang bagai.  ada juga lah bergambar dengan pengantin acah acah rebut bunga lah, tarik pengantin perempuan lah, melompat lah haaa penat wei.  dah habis photoshoot tu, kita pun berjemaah lah turun ke bawah bersama sama jalan kaki.  separuh jalan dah sakit kaki, mun pun bukak lah kasut dan menerus kan perjalanan dengan menapak tanpa selipar.  sampai dekat parking kereta, kosong.  tinggal kereta kitaorang je.  lek lek lu, amik gambar lagi.  sempat pula tu kena gigit dengan semut api -___-  yang si nas ni dok panggil panggil ajak bergambar dengan kesayangan kita, layankan lah kejap.  lepas tu bergambar lagi beramai ramai.  yang tak puas hati nya, banyak gambar dekat fon orang tu, celah mana nak dapat T___T  tunggu lah sampai dia send.  oke sampai di sini saja post kali ni.  adios amigos ~
credit to:  vivo, oppo, mivo
belah pengantin perempuan
belah pengantin lelaki



p/s: tahniah nurul & shafik serta sharil & syuhada.  semoga perkahwinan korang bahagia kekal hingga akhir hayat, amiin.

hye! thanks for your little precious time ♥

Engagement Day

berkurun lama nya tak usik blog ni.  malas sungguh nak menghadap notebook yang hidup segan mati tak mahu.

nak buka satu cerita pendek sahaja kali ni.  cerita nya, last few weeks ada satu majlis di lot ****.  sorang lagi cousin yang dulu nya kawan panjat pokok, kawan tidur sekatil, dipinang orang.  majlis bermula selepas zohor.  so pagi tu ada lah merewang sikit sikit but that day, badan tak berapa sihat.  mampu tengok bakal tunangan orang bersiap je.  menjelang tengah hari, tengah rombongan datang, kawan abang pula datang nak ambil barang.  dah aku bersiap setengah jalan, urus kawan abang pula.  lambat jadi nya ke rumah mas.  duduk jelah dekat dapur sambil makan kentang + ayam goreng sebab kelaparan.  nak curi curi dengar perbincangan pun malas.  diorang bincang apa semua tak tahu pun.  tahu tahu je dah selesai, semua orang menjamu makanan yang ada.  kami pun apa lagi, serang makanan lah sebab masih lapar.  dah siap makan makan semua, bergambar lah dengan tunangan orang tu.  gambar tak banyak lepas tu mostly goyang.  sadis sungguh.  paling tak tahan, sempat pula bakal abang ipar mas nak mengorat.  ha ha kelakar, tak kuasa hakak nak layan aihhh, terima kasih je.  lepas tu kami pergi cari barang untuk bakal pengantin pula.  lewat petang baru balik rumah.  lepas tu merewang tempat bakal pengantin pula.  nasib la awal lagi so tak kelam kabut sangat.  malam tu sambung merewang bungkus goodies lagi.  tengah malam baru balik rumah, terus tidur dekat sofa.  dah lepas tu hilang ingatan tak ingat apa yang jadi.  so tu jelah post kali ni.
credit to: vivo



p/s: congratulation mas & alang atas pertunangan korang berdua.

hye! thanks for your little precious time ♥

wedding siti

sekian lama tak update blog, macam macam benda jadi.  nak cerita semua, malas.  so i pick one story for today's post.

yang paling latest cerita pasal wedding.  wedding siapa ek?  lately ni pun cousin baru nikah.  then semalam pergi wedding kawan masa dekat UiTM.  lepas raya puasa nanti cousin lagi sorang nikah pula.  ehh ramai nya yang mendirikan rumah tangga tahun ni.  alhamdulillah, semoga berbahagia hingga ke jannah.

oke lah cerita pasal semalam.  mula cerita dia macam ni, malam tu tak boleh nak tidur pasal dah overslept dari petang sampai maghrib.  guling punya guling tak juga lelap sampai lah ke subuh.  lepas solat baru lah terlelap kejap.  set alarm tapi tak tersedar.  nasib baik lah tak lajak tidur lagi.  so decide bangun basuh muka pergi cuci kereta.  siap je mandi kan kereta, mun pergi lah mandi siap siap terus nak pergi rumah adah.  dari meru dah stuck.  bukan nya jem mana pun dekat meru, cuma nya perangai driver pada hari minggu tu macam hape entah.  tengok meter minyak macam minta diisi so cari lah shell.  lama tunggu traffic light nak hijau nak masuk simpang.  fedup akhir nya mun terus shoot ke klang tak ada nak fikir isi minyak bagai.  cuaca panas dia sampai menggelegak dalam hati ni haa dan kita pun buat lah perangai drive macam langsi sikit.  nasib lah tak sesat ke apa dekat klang tu.  confident je atas jalan.  dah sampai petronas, park kereta, naik si iela.  maka tercetus lah kekecohan di dalam kereta dengan kekepohan adah dan iela, hahahhh.  paling tak tahan dengan persoalan yang adah bagi, "ayie contact kau lagi tak?".  wow tak sangka soalan tu akan ditanya.  dah berbulan tak ada conversation dengan dia but still ada yang tanya macam tu.  last conversation was on 10th February which i wish him good night and said i miss you.  and he doesn't even remember its my birthday the day he replied.  sentap juga lah jiwa raga ni dengan soalan adah tu tapi cover lah sikit.  niat nak jumpa diorang ni nak happy je sebab rindu dah lama tak melagha sama sama.  masa dekat u, setiap awal sem melagha bersama sama, overnight bagai.  rindu sangat moment tu.  oke back to the main topic, kami sesat sampai ke KLIA sebab terlajak simpang nak pickup boyfriend iela.  pusing punya lah pusing sampai ke alamanda.  lepas tu kami terus shoot ke rumah pengantin perempuan.  sampai sana jumpa atin dengan nad.  masing masing dengan partner.  makan, bergambar then masing masing balik.  best je tengok member tengah bahagia.  turn kita bila entah redha jelah.  alhamdulillah diorang in serious level so kita tunggu je jemputan daripada diorang for the next level.  balik tu sempat menyinggah bayar bil.  keluar mall, hujan.  alhamdulillah syukur hujan membasahi bumi.  tapi sampai rumah je, perut lapar T___T  tenang, relax dan akhir nya tertidur.  hahaha penat wehh otw balik dari kenduri tu asik gelak je dengan adah & iela.  so begitu lah alkisah nya.  kbai.
credit to:  samsung




p/s:  for the brides, congratulations and thank you jemput mun even just kenalan gitu je.  for gegadis, ada apa apa plan nak jumpa jangan lupa ajak oke.

hye! thanks for your little precious time ♥

two series

heyho hai everyone. whats up? last two week dapat surprise dari KAMIE sempena birthday mun hahaha.  oke cerita dia gini.  sepanjang minggu haritu, mun kerja dua hari je, selasa dan jumaat.  isnin tu mintak cuti pasal mood chinese new year.  rabu dengan khamis tu cuti pasal bos ada hal.  so hari khamis tu, dah kebetulan cuti, wanis ajak lah lepak.  mun pun oke jelah pasal bosan dekat rumah, plus bukan selalu si tak guna tu ada masa nak lepak lepak ni.  pergi lah kutip dia then ke SCM.  tak ada tempat lain dah weh -___-  pusing pusing la dalam mall tu kejap pastu wanis ajak lepak padang.  pehhh panas dia tayah cerita lah, silau mata beta.  nasib baik ada aiskrim sebagai peneman hahaha.  pusing pusing sampai lah jumpa dengan geng yang lain. that time, wehhhh korang buat surprise ke??? masyaAllah terharu XD  tapi syera kata "mun muka tak surprise pun?" hahahahaha.  tak tahu lah kenapa tak tergambar dia punya terharu tu dekat muka.  maybe sebab tempat tu public ramai budak budak, so nak terharu tu tak terluah dengan expresi muka, lebih kurang macam tu lah hahahhh.  diorang sempat nyanyi kot, budak budak yang lepak situ pun sibuk nak ikut nyanyi jugak.  mun pun macam adohmak malu nya hahaha XD  diorang dah wish apa semua tu, nak tiup lilin tapi lilin tak bakar lagi.  ejol sanggup pinjam lighter dekat orang semata nak hidup kan lilin birthday mun.  so sweet la member member tak guna mun ni XD  dah potong kek, makan sama sama, suap kan kek dekat diorang, kemas kemas, selfie selfie sikit lepas tu masuk mall balik.  belon belon yang diorang tiup tu, sedekah dekat kanak kanak yang ada dekat padang tu.  pergi kereta simpan kek dengan hadiah yang mun dapat.  lepas tu, masuk mall balik lepak dekat foodcourt makan sizzling pulak.  mun share dengan wanis pasal takut tak habis nak makan sorang.  ringkasan dia, bersyukur sangat sangat ada member yang walaupun selalu masuk air, kering poket, berkira tapi still cari masa nak luangkan sama sama.
credit to:  oppo




p/s:  thank you semua. lep lep chuols.

hye! thanks for your little precious time ♥

T I R E D

olla everyone.  how are you?  wow bersawang, bersarang dah blog ni.  sorry lah i terabaikan you sayang, been busy ada life sekarang hahaha XD  mengaruts je lahai.  so whats up?  oke meh beta bercerita sikekkk.  sikek yo lah, ponek ni haaa.
haa semalam beta hangout la dengan teman beta ni, tenya.  baru suku jalan, teringat pula dekat jejaka group kami ni, mengajak lah dia sekali.  pusing balik gigih nak kutip dia dekat rumah.  oke lepas tu kami ke shah alam.  nasib lah naik kereta, kalau tak dah basah la kot kena hujan.  abang bising jugak, asik tak lekat dekat rumah je.  tapi nak buat cemana, duduk rumah pun bukan masing masing boleh buat teman sembang kencang.  dah sampai sana, pusing pusing la mencari atm tenya ni.  gigih weh pusing tak ada hala tuju.  pening pun ada juga sebab ramai orang dengan sale nya lagi, alahai benak kejap kepala gua ni.  last last, pergi kedai kasut dulu.  memang  tujuan nya nak ke sana nak beli kasut.  ada lah setengah jam kot dalam boutique tu berfikir nak kasut yang mana.  tenya suggest, yang berbunga bunga, oh no!!  not my taste bunga bunga gitu, no no no.  beta nak senang, beta memang choose black je la tapi tenya bising cakap black is too clishe.  kejadah yang clishe nya entah hahaha.  so i choose maroon, macam wow nice juga lah, tapi pandai pandai la nak match kan dengan baju nanti.  yang payah nya is about the size.  minat yang satu tu, size pula tak ada.  yang satu ada size, colour pula tak minat.  yang maroon tu pun kira nasib lah, minat and ada size, kalau tak balik tangan kosong je laa.  done with my things to do.  so lepas tu kita focus on tenya's things to do pula.  sebab purse dia ada seplo hengget je, nak shopping tak lepas, kami mencari la cimb.  sampai ke PKNS menapak mencari nya.  dah withdraw, hujan pula.  nak balik ke PAS macam mana kalau hujan.  tunggu la kejap dekat PKNS tu sambil melengkap kan list things to do tenya ni.  lepas hujan reda, masuk pula ke SACC Mall.  mentang mentang bangunan bersebelahan je, jalan kaki pun gigih.  list things to do tenya ni complete dekat PAS juga akhirnya.  jujur mun cakap ni, masa dalam the store, mun rasa macam nak duduk je dekat lantai sementara tunggu tenya fitting baju yang kitaorang penat pusing pusing mencari tu tau.  patah pinggang juga lah cite dia sebenar nya kan hahaha.  dah bayar parking semua, kita cabut balik ke pangkal jalan.  balik la weh, dah nak maghrib.  masa dekat bukit raja lagi abang dah tanya dekat mana, alahai terpaksa tipu sunat sikit mok XD  menyinggah ke petrol pam lagi, hantar ejol balik rumah dia lagi, haihh macam macam.  jam 08:00 baru sampai rumah kot.  penat dia tak payah cakap la.  nak minta  kerusi urut je rasa nya T___T  sengal sengal otot gua semua.  oke lah, terpanjang lebar pulak cerita ni.  adios amigos.
credit to:  oppo




p/s :  lepas ni ber-ice skating lah pula jumss 

hye! thanks for your little precious time ♥

the cousins

Heyho people.  Baru baru ni penuh dengan berita daripada cousin paling rapat.  Few weeks ago, ada yang merisik cousin.  Few days ago, abang dia pula buat rombongan meminang.  Adik beradik nak kahwin dah tahun depan.  Macam tak percaya je diorang nak kahwin dah.  Dulu, diorang la teman lepak atas pokok, teman menyakat, teman main depan rumah, tidur sama sama bagai.  Sekarang, tup tup nak kahwin dah.  I can’t believe it >___<  hahaha emosi lebih.  Oke oke sambung cerita dekat mana tadi.  Haa oke mula dengan adik dia.  Haritu hari ahad, lepas zohor mama ajak pergi rumah pacik.  Mun pun macam malas ah ada apa je pun haa gitu.  Lepas tu adik dia lagi sorang call suruh datang juga.  Oke la sarung kain tarik selendang pergi la depan.  Tengok ramai pula orang nya, macik pacik yang lain pun ada sama.  Oke ah fikir ni mesti ada something.  Tunggu punya la lama family sapik, bf si cousin ni nak muncul.  Perut tengah lapar, mula pula perangai kami bila cousin dah bergabung hahaha.  Paling kelakar, tangan cousin ni menggigil bila disarung cincin tapi muka dok menyengih je, steady la sis hahaha.  Tahniah!! Settle dah satu cerita.  Tang abang dia pula, mun dapat tahu seminggu sebelum majlis.  So oke la, kerja macam biasa minggu tu.  Hari sabtu, cousin rumah sebelah ajak keluar.  Konon nya si jemah merajuk tak diajak pergi hantar rombongan meminang, mengada.  Pagi tu teman mama pergi beli barang sikit.  Petang tu mendung je macam nak hujan.  Time angkat kain, muncul pula cousin si jemah rumah sebelah tu.  Lepak lah depan rumah berdua je.  Ingat nak ke rumah depan tolong siap kan barang hantaran, sembang punya sembang sampai macik macik balik rumah masing masing hahaha.  So kitaorang pun keluar lah ke pekan, teman si jemah tu cari barang dia.  Balik dari pekan tu lepak depan kejap sambil menyempat gaduh pasal vacay.  Biasa la tu si jemah suka cari pasal hahaha.  Yang tak boleh blah kabut pasal sorang nak pergi pasar cari tudung tapi dok basuh kereta dah senja, sorang nak pergi amik kek, pastu nak naik kereta sama, sorang nak ke puncak alam, sorang ke puncak perdana.  Serabut aih kepala layan diorang ni hahaha.  Last last, tak jadi pergi pasar.  Jam 20:00 baru keluar pergi amik kek tu.  Nasib la dah siap siap terus nak hantar rombongan tu.  Dah balik dari puncak perdana, masing masing tak siap lagi.  So kita pun relax la dulu kejap.  Nak gerak pergi tu hujan pula, so berpayungan lah kita berjalan ke depan sebab nak angkat barang barang hantaran.  Sebab ada coklat as hantaran maka mun pun pilih la dulang coklat tu hahahh.  Dah sampai sana, bawa masuk hantaran dalam rumah dan bermula lah sesi perbincangan serta sarung cincin bagai tu.  Dah settle bincang, maka kami pun pergi la makan, then baru lah masuk dalam balik untuk sesi bergambar.  Oke ni kali kedua mun ikot hantar rombongan meminang.  Yang first dulu duapupu punya engagement, yang sekarang terus lesap tak nampak bayang lepas kahwin.  Time tu mun jadi photographer je, tak syok betul pasal tak ada langsung dalam gambar.  Asik kena panggil amik gambar orang je T___T  sebab tu kali ni, mun tak bawa pun Nikon yang ada tu hahaha XD  balik nya pula mun amik dulang hantaran aksesori lelaki tapi kena bagi dekat mama sebab driver kitorang kata kereta dah penuh.  Penuh paddia cuma satu dulang je dalam kereta, tu pun coklat jugak tapi dalam balang hahaha.  Sampai rumah pacik, lepak dulu tengok bola.  Diorang rakam so berjemaah la tengok bola sampai dekat jam 01:00 baru balik.  Dah, habis cerita.
credit to:  Oppo




p/s: -

hye! thanks for your little precious time ♥

ioi city mall

olla.  hari ni macam terajin pulak nak update blog ni walaupun lappy ni lembab semacam.  last week, me meet my univ friends.  walaupun haritu sesungguh nya beta penat baru balik dari melaka.  its monday.  pagi tu boleh pulak lajak tidur.  qila dah melalak lalak dalam whatsapp cari rumah mun.  kelam kabut pergi mandi siap siap semua.  lepas tu pergi la ke Seksyen 16 pick up cousin qila.  then pick up syai dekat pelusuk mana tah tak ingat pulak beta.  haa pastu baru lah ke ioi tu.  sampai sana beli makanan dulu.  sampai dekat tempat iceskating tu, ramai pulak cerita nya.  kitaorang pun pandai pandai la cari tempat mana nak duduk.  duduk dekat keliling cina.  oke lah tu en tayah demand sangat.  first time mun sarung kasut tu, "boleh berjalan ke aku ni nanti?"  berpimpin tangan tak lepas pasal tak reti weh XD  masuk rink melepet je haa dekat dinding.  syai dia pandai main roller blade so tak ada masalah sangat lah bagi dia.  yang sadis nya mun la, berpimpin tak lepas sampai la mun pandai imbang badan semua tu.  alkisah nya memang banyak kali lah jatuh terduduk sebelum pandai tu.  basah jugak lah seluar, tapi nasib baik tak nampak hahaha.  bila dah pandai jalan la sensorang, pastu tiba tiba teringat syai dekat belakang.  get back to her hahaha XD  makin petang makin ramai orang masuk rink.  and there was a time where i fell so hard sebab orang belakang jatuh and tersepak kaki mun.  that time pergh sakit gila wehh T___T  bila guy tu say sorry takan la kita nak marah dia kan, so habis macam tu jela.  tapi seriously kesan dia 2 hari terasa lebam nya bila nak duduk haa.  tapi jangan ingat lepas kes accident tu mun dah stop skating, no way.  still main tak serik banyak kali jatuh hahaha.  masa ni lah nak belajar iceskating sampai pandai kan.  next time main lagi dah tak payah melepet dekat dinding lagi.  dah penat skating, pergi jalan jalan teman puteri and ika shopping pulak.  time tu rasa nak seret je kaki sepanjang jalan pasal dah tak larat sangat.  oke tu je nak cerita, bai.
credit to:  oppo, apple



p/s:  thank you my baby, syai and qila.  next time with bae maybe?

hye! thanks for your little precious time ♥

UiTM

heyho olla.  kali ni nak share sikit cerita yang ada.  gini cerita ringkas dia.  4 days ago, mun pergi Melaka dengan adah, ila, anis.  plan nya malam sabtu tu kitorang overnight dekat bandar, then pagi tu gerak kampus amik jubah grad.  jalan jalan dekat bandar cari tempat menginap sampai la terjumpa sorang pacik ni.  sembang punya sembang, sempat lagi bergurau nak kahwin lagi satu lah, nak jodoh kan anak dia dengan one of us lah, merepek.  terlebih mesra pacik tu, tapi kitorang layan kan je la sembang dia.  dah dapat hotel, kitaorang pergi lah lepak Dataran Pahlawan tengok movie The Last Witch Hunter.  tetibe pulak minat cerita lakonan Vin Diesel XD  ila dengan adah sempat lena dalam panggung.  mata dah rabak, nak la balik hotel tidur sebab sabtu pagi tu nak gerak kampus.  cari hotel pulak tak jumpa -___-  pergi balik hotel yang anak pacik tu jaga minta tunjuk jalan.  anak pacik tu pun boleh tahan jugak.  like father like son, terlebih mesra.  sampai bilik je jam 03:30, jam 06:00 kena bangun.  memang rabak jugak lah mata pagi tu namun ku gagah kan jua.
sabtu subuh, bangun siap siap gerak kampus.  dah amik jubah semua, pergi raptai kejap dengar ceramah, lari pergi lunch medan pasal lapar gila dari pagi tak isi perut, then balik hotel sambung tidur.  petang tu mun balik homestay dengan family.  jalan jem tak payah cerita, berejam atas jalan je.  malam tu pergi dinner, lepas tu makan angin dekat jonker walk.  dapat seutas anklet sebagai hadiah untuk diri sendiri.  balik tu terus tidur.
ahad pagi, mandi, sarapan, siap siap gerak kampus.  before 12:00 dah sampai.  abang turun kan dekat padang kawad, naik bas pergi Dewan Taming Sari.  ramai dah dekat sana.  tunggu masa pergi daftar then beratur ikut nombor giliran nak masuk dewan.  time menunggu dekat khemah tu dah berlecak je rasa dengan bersarung jubah tebal tu haa, dengan kaki melecet lupa nak tampal handplast.  time berarak masuk dewan terasa nervous lain macam.  lepas tu orang orang kuat uitm berarak masuk macam pengantin, berucap, merasmikan apa semua tu, baru lah sedap duduk.  sidang mula dengan course AD, then MASSCOM, end BM.  rasa rasa duduk lama lama mun buat apa?  menguap? tak payah cerita, banyak kali.  tidur?  sempat tutup mata je.  masa mula mula tu oke lah lagi, tengok member member course AD, segak segak semua nya.  congratulations korang.  ramai gila weh menunggu course masscom habis.  menunggu course bm pun boleh tahan lama -___-  507/520 woww lama nya diknon.  orang orang last ni memang gini la nasib dia.  ada lah jugak diorang selit kan few persembahan nyanyian and pihak uitm pun ada bagi penghormatan buat family jimy, one of our course member, yang meninggal dunia accident motor malam merdeka.  masa tu, kitorang yang kenal arwah ni terasa sebak sebab arwah tak sempat nak grad sama.  his family must be proud of him.  alfatihah buat arwah.  bila tiba masa mun nak naik pentas, nervous tahap nak dapat parkinson.  fyi, mun memang fefeeling macam tu tiap kali bila naik pentas dari tadika lagi.  bila dah selesa atas rasa tak nak turun pulak XD  biasa lah tu kan hahahh.  settled sidang tu, timbul satu problem which is sesi mencari family.  pusing merata dengan kaki melecet tu cari depa.  lepas tu, bergambar dengan depa.  kawan kawan?  hilang lesap tak sempat bergambar sama.  lepas tu pergi photobooth settle kan borang gambar.  naik KPP3 pulang kan jubah, amik sijil semua.  then baru lah kitorang gerak balik.  oke tu je.
credit to: Nikon DSLR
before sidang
after sidang
terima kasih semua.  lecturer yang tak pernah kenal erti penat mengajar.  kawan kawan yang berjuang bersama selama 5 semester.  segala kenangan manis & pahit akan ku simpan rapi insyaAllah.




p/s:  that moment could be more perfect when you were there.

hye! thanks for your little precious time ♥

friends

hey ho holla.  oke kali ni nak cerita pasal malam jumaat.  haa korang fikir apa dengan "malam jumaat" tu hahaha.  oke let me be blunt. macam ni cerita nya.  haritu, teman beta ni mengajak lepak makan makan.  beta pun macam err boleh je nak lepak makan weekdays tapi lepas beta balik kerja lah.  dan sudah pasti nya korang ajak malam.  depa pun oke je, tak ada masalah.  oke lepas tu muncul satu masalah bila depa ni mengajak nya hari khamis which is malam jumaat.  em nak kata mun ni penakut nak keluar malam tu tak lah sangat, boleh je.  cuma nya kadang kadang tu terasa 'sejuk' jugak lah dekat lorong rumah mun tu.  nak keluar tu lagi satu hal.  tak berani nak minta izin my mom :(  nak tak nak, bff kena minta izin sendiri.  haha kelakar weh time banis call my mom.  first, abang yang pickup call tu.  second, masuk voicemail.  third, baru mama angkat.  masa call tu gelabah tanya line oke ke tak sebab masa abang pickup call, dia kata abang garang.  nak gelak berdekah je rasa.  baru kau tahu kenapa aku takut dengan abang aku tu :P  time tu kita buat rilex je pasal belum dapat greenlight dari my mom.  lepak lah melepet depan tv tu haa.  pukul 8 lebih baru siap siap, terus gerak pickup mok syera and banis.  sempat jugak gaduh nak makan dekat mana masa on the way ke Tesco Setia Alam.  diorang ajak pergi Tesco pasal nak beli barang sikit and sebab mok ejol tunggu situ, ku relakan jua lah walaupun sebenarnya nak terus pergi makan dekat Burger King.  dari Tesco nak ke Burger King, kereta pulak buat hal.  nasib ada pomen banis, hahaha.  gelabah tak gelabah lah time tu enn.  tak pernah pernah kena kereta tak mau hidup, tiba tiba kena.  mata dok tengok jam je sebab bajet masa tak nak balik lambat.  last last, 23:15 baru gerak balik, gara gara makan, sembang lebih, wefie lebih and sempat menghenna.  sejak sejak mok syera buat henna, tangan ni sengaja mengoffer untuk kena conteng.  soalan "free ke bayar" tu mesti didahulukan.  kalau free ku relakan jua hahaha :P  dah kelam kabut balik, drive macam setan sikit lah.  kereta pun tak banyak so tak apa lah kan, heheh.  jalan sunyi sepi je.  nasib baik radio ada, pasang kasi kuat sikit.  sampai rumah masing masing dah tidur.  lega jugak lah tak kena bebel malam tu.
hari jumaat bantai banyak gila kerja.  patah pinggang beta.  balik kerja, sempat lena kejap dengan tak mandi nya.  bangun solat maghrib lepas tu sambung tidur lagi.  terjaga jam 22:23, ruang tamu tak ada orang.  mama dah tidur, abang dekat bengkel belakang.  pergi mandi then makan.  layan lah cerita Sleepy Hollow.  Johny Depp muda muka hensem betuiii XD  and sebab tadi dah terlajak tidur jugak lah beta mengupdate blog ini.  sekian.
credit to:  oppo




p/s:  mok ejol, semoga kau selamat terbang balik Sarawak and balik sini, study kau semua oke je and happy dengan gf kau.  mohon terharu Muhaizat Aizul ! XD

hye! thanks for your little precious time ♥

mid time

haa beta ada satu story yang nak luah dekat sini.  oke gini cerita dia.  hari ni beta keluar hangout dengan teman beta.  sembang awal nya macam tak jadi nak keluar sama tapi pergi jugak walaupn cuma bertiga.  so, pagi tadi bila dah dapat confirmation dari depa berdua, dapat pulak berita ada roadblock dekat pekan dari setiap arah.  dah lagi satu hal menawaf sikit lah nak elak roadblock tu.  dah pickup wanis, kami pun merempit lah ke KTM Padang Jawa.  nak naik train kami macam blur blur sikit pasal dah lama tak naik.  nasib baik lah sampai jugak ke destinasi.
dekat mall, tunggu teyha yang tak muncul muncul.  nak tengok wayang tak ada cerita yang menarik.  nak makan tapi kena tunggu teyha.  dan akhirnya kami jalan jalan pusing satu mall tanpa arah tuju.  dah penat berjalan nak duduk tak banyak pulak tempat duduk yang ada.  last last kami duduk lah dekat depan McDonald tunggu teyha datang.  berejam jugak lah kami tunggu teyha ni dekat mall.  masa mun tengah korek barang dalam handbag, ada lah sorang budak kecik ni tiba tiba lambai tangan.  mun pun lambai lah balik lepastu dia siap bagi flying kiss, alahai comel sangat, melting ^___^  rugi tak amik gambar dia.  tak lama lepas tu, ada pulak hamba yang peluk kami dengan tiba tiba.  alhamdulillah muncul jugak teyha nya.  bukan nya apa, kami lapar.  tunggu dia semata nak makan sama sama.  lepas tu jalan jalan lagi pusing mall.  masuk macam macam kedai, MPH, kedai accessories, pergh rambang mata dibuat nya.  berpinar kejap mata ni, hahaha.  dapat lah seutas gelang.  i really love it even though its not expensive.  lepas tu jalan lah lagi teman depa beli itu ini.  nak patah kaki ni haa.  nasib baik pakai selipar je, kalau pakai wedges macam mana pulak gaya nya haa, hahaha.
time nak balik lagi satu hal.  salah platform gara gara ikot teyha.  erm kira macam kami hantar teyha balik la, lebih kurang macam tu.  penat wehh kaki ni naik turun tangga gara gara salah platform.  dengan perangai wanis yang suka berlari dekat tangga sebab nak kejar train padahal train lain yang sampai.  kelam kabut jugak lah hidup mun bila dengan wanis ni, hahaha.  aduhh macam macam hal member member beta ni.  singgah KL Sentral kejap beli air.  dahaga gila dah berlari sana sini turun tangga semua.  mun pulak menyempat beli sehelai baju, haha.  dah berkenan beli la.  tak beli nanti kempunan pulak hahahh.  again salah platform and berlari turun tangga.  aduhhh nak balik je pun, tu pun lupa jalan dah.  nampak sangat la kan betapa kelam kabut nya hidup bila dengan wanis ni kan XD  then balik lah nak pergi mana lagi.  dah lah wanis dengan motor mun tak ada chemistry.  asik tak boleh masuk gear je, pelik betul.  apa apa pun, sampai jugak lah dekat rumah dengan selamat dan penat nya sebab mun rasa hari ni mun banyak bebel atas motor.  hahaha kesian wanis berdarah telinga dengar mun bebel.  oke dah penat nak taip pepanjang lagi.  jumpa lagi next post.  sayonara.
credit to:  oppo 



p/s:  thank you jemah jemah yang meluang kan masa bersama hari ni :D

hye! thanks for your little precious time ♥