Online Diary Moon's Stories: two series
Daisypath Friendship tickers

two series

heyho hai everyone. whats up? last two week dapat surprise dari KAMIE sempena birthday mun hahaha.  oke cerita dia gini.  sepanjang minggu haritu, mun kerja dua hari je, selasa dan jumaat.  isnin tu mintak cuti pasal mood chinese new year.  rabu dengan khamis tu cuti pasal bos ada hal.  so hari khamis tu, dah kebetulan cuti, wanis ajak lah lepak.  mun pun oke jelah pasal bosan dekat rumah, plus bukan selalu si tak guna tu ada masa nak lepak lepak ni.  pergi lah kutip dia then ke SCM.  tak ada tempat lain dah weh -___-  pusing pusing la dalam mall tu kejap pastu wanis ajak lepak padang.  pehhh panas dia tayah cerita lah, silau mata beta.  nasib baik ada aiskrim sebagai peneman hahaha.  pusing pusing sampai lah jumpa dengan geng yang lain. that time, wehhhh korang buat surprise ke??? masyaAllah terharu XD  tapi syera kata "mun muka tak surprise pun?" hahahahaha.  tak tahu lah kenapa tak tergambar dia punya terharu tu dekat muka.  maybe sebab tempat tu public ramai budak budak, so nak terharu tu tak terluah dengan expresi muka, lebih kurang macam tu lah hahahhh.  diorang sempat nyanyi kot, budak budak yang lepak situ pun sibuk nak ikut nyanyi jugak.  mun pun macam adohmak malu nya hahaha XD  diorang dah wish apa semua tu, nak tiup lilin tapi lilin tak bakar lagi.  ejol sanggup pinjam lighter dekat orang semata nak hidup kan lilin birthday mun.  so sweet la member member tak guna mun ni XD  dah potong kek, makan sama sama, suap kan kek dekat diorang, kemas kemas, selfie selfie sikit lepas tu masuk mall balik.  belon belon yang diorang tiup tu, sedekah dekat kanak kanak yang ada dekat padang tu.  pergi kereta simpan kek dengan hadiah yang mun dapat.  lepas tu, masuk mall balik lepak dekat foodcourt makan sizzling pulak.  mun share dengan wanis pasal takut tak habis nak makan sorang.  ringkasan dia, bersyukur sangat sangat ada member yang walaupun selalu masuk air, kering poket, berkira tapi still cari masa nak luangkan sama sama.
credit to:  oppo




p/s:  thank you semua. lep lep chuols.

hye! thanks for your little precious time ♥