Online Diary Moon's Stories: November 2013
Daisypath Friendship tickers

sem baru di kampus

hey people.  how are you?  what you doing right now?  im doing nothing in my room.  haa nampak tak kebosanan nya dekat situ.  hari ni mun tak ada kelas.  actually class cancel.  diorang cakap lah.  mun tak tahu kesahihannya pun.  if ada pun, satu kelas je tengahari.  conclusion nya hari ni tersangat lah lapang.  hm oke donga sini mun nak cerito *cehh ingat sini apa boleh cakap cakap bagai*
begini cerita nya.  masuk hari ni, dah lima hari mun dekat kampus.  so far, i've got no life here!!!  roomates tak best.  classmates, tak sama kolej.  kenapa lah tercampak dekat kolej yang krikk krikk ni.  bosan bosan bosan!!!  nasib baik lah syai duduk dekat dengan bilik.  kalau tak, mati akal mun -..-  timetable sem ni dahsyat.  hari isnin padat, hari khamis padat, hari jumaat petang baru habis.  mohon susun balik jadual!!  T_T  biar lah hari rabu ada lebih dari satu class daripada setiap hari class padat *meraung kejap*  ni baru dua hari introduction about subject.  bila dah start assignment nanti siap lah.  jangan harap nak tidur jam 00:00.
malam semalam ada event dekat padang kawad.  pencalonan mpp baru kot.  entah lah.  pergi sebab terpaksa.  mun sediakan handphone yang bateri nya penuh untuk dengar lagu sepanjang event tu berlangsung.  haiyakkk sumpa bosan dekat sana.  nasib baik lah ada hero selamat kan mun dari mati kebosanan dekat padang kawad tu.  dia ajak pergi teman kan dia study.  even kitaorang lain kos, mun rela teman kan dia study daripada duduk sorang sorang dekat padang kawad tu.  sayang awak lebih sikit :*  tapi time tu, line maxis pula buat hal.  call dia banyak kali tak dapat je.  bengang pulak kita -___-"  nasib baik lah whatsapp berfungsi even lambat.  bila dia cakap dia dah sampai mun terus pergi cari dia.  lepas tu kitaorang pergi lexi.  dia buat kerja while mun kacau dia buat kerja, hahah XD  penat ohh dengar dia membebel asik suruh duduk luar.  bertekak je dengan dia sampai kerja dia siap.  actually kerja dia tu tak complete pun.  suka hati dia lah.  kerja dia.  kalau kena marah pun dia, bukan mun.  hahaha :P  lepas siap kan kerja dia sikit, kitaorang pergi AG pula.  dia nak pergi bank.  oke mun teman kan lah.  wife kan.  eh eh hahaha.  tunggu dalam kereta bosan oke.  dah lah bateri beebee mun dah kong time tu.  nak main phone dia karang bising pula orang tua tu.  duduk jelah diam diam sampai dia settle kan hal dia.  lepas tu kitaorang balik lah.  dah malam.  takut tak boleh masuk je kalau lewat.  tak pasal pasal merempat mun nanti.  ada lah satu perkara ni, bagi mun tu lawak tapi sweet.  masa dekat satu simpang empat ni, traffic light tengah hijau.  tiba tiba "ala kenapa tak merah?  nak berhenti jugak boleh tak?"  dia dah slow kan kereta dekat traffic light tu.  mun pandang je muka dia yang tengah drive tu.  pelik pun ada jugak time tu.  tak pernah pernah dia macam ni.  tiba tiba pula macam nak sweet sweet.  nasib baik lah mun pandai jaga hati ni.  kalau tak mesti dah melting gila dekat dia.  dalam kereta tu kitaorang bertekak je.  bukan bergaduh maksud nya.  just berdebat.  dah dua dua ego.  kalau cakap tu asik nak menang je, bertekak lah.  tapi mun ni jenis yang tak reti nak ego sangat.  asik kalah je dengan anak dato' nodin ni.  eeii geram pula rasa -..-  malas nak bertekak dengan dia dah.  ye kan je apa dia nak cakap.  sampai dekat kolej, "alaa dah sampai ke?  bosan nya.  jum naik bilik buat teman."  tiba tiba je mun cakap macam tu.  yang dia ni pun satu, pergi jawab jum.  monyet betul perangai.  hahaha XD  lepas tu mula lah kebosanan ku di bilik.  tamat!!




p/s:  awak monyet saya.  sayang awak gila monyet XD  luv u Mr. H ♥
hye! thanks for your little precious time ♥

lots of love

yezza!!  nak kongsi cerita ni.  malam semalam mun pergi hangout dengan sayang sayang mun.  ala bukan nya pergi enjoy shopping ke apa.  pergi makan sama sama je.  hmm cadang nya nak pergi petang, tapi awanis pula kata pergi lepas magrib.  hm oke kan jelah.  lepas magrib tu mun siap siap terus pergi rumah syera.  lepas tu ke rumah awanis lepas tu ke petronas isi minyak.  menunggu awanis pick up teha ni boleh tahan jugak lah lama nya.  orang lalu lalang pandang je kitaorang macam kitaorang ni pembunuh bersiri -___-"  kalau KAMI keluar bersama mesti ada je masalah.  mesti punya lah.  masalah kali ni, ejol.  boleh pulak time tu dia cakap dia tak ada transport.  aiyakkk, migrain kejap fikir macam mana.  last last, nasib baik ejol datang jugak.  kalau tak, memang mun sembelih dia.  time makan tu macam macam lah kitaorang sembang.  gelak gelak.  snap pictures.  rindu gila dekat diaorang.  lepas ni, masing masing nak balik UiTM dah.  tak ada masa dah nak lepak lepak macam ni.  kalau mun tak rancang nak jumpa and paksa diorang, memang tak ada lah kitaorang nak gathering macam ni.  tak ada lah sweet memories ni, huhu.  hm apa lagi tak cerita eh?  oh ya.  ek eh macam skema pula ayat tu, hahaha.  sebelum balik tu, kitaorang snap pictures lagi!!  hahaha seronok.  terasa glamour kejap, hahaha XD  lepas tu babai ejol.  suasana dia riuh macam tak ada orang dekat situ.  hahaha suka hati kitaorang je buat kecoh dekat situ XD  lepas tu menunggu someone pulak.  hm dia gedik kata nak hantar balik.  lama gila tunggu dia -___-"  dah lah time tu mun tengah sakit perut.  nak tak nak tunggu lah juga.  tinggal kan karang menangis dia dekat tepi jalan tu.  hahaha oke ni tipu.  dia sampai je kitaorang gerak pergi beli sate pula.  minta tolong wanis pergi order kan.  sampai je dekat kedai tu, pacik tu tanya "ni ke murni?  kecik comey je orang nya"  hahaha segan gila bila pacik tu cakap macam tu.  menyengih jelah bila dah segan.  pergi rumah wanis amik motor syera.  sampai rumah, bagi lah mereka sate beli tadi.  hm tengok diorang makan sedap je.  mun dah kenyang, hanya mampu makan secucuk je, merasa.  hahaha.  melayan group wechat and whatsapp dengan kawan dekat u.  layan pulak kerenah diorang dekat twitter.  penat woo.  oke tu je.  see you later with new story !! :D
credit to: samsung
 




p/s:  thanks korang yang berjaya menghadirkan diri.  yang tak dapat datang tu, its oke.  saya maaf kan korang.  haha, bila jumpa korang mesti tak ingat masa.  next time jumpa lagi oke ;)  take care balik sana nanti.
hye! thanks for your little precious time ♥

sunday day

hai rasa macam dah lama tak update belog ni.  ini hari nak cerita pasal semalam.  nothing much to say.  semalam mun pergi la jogging macam biasa dengan syera dekat taman setia alam tu.  masa kitaorang pergi cuaca memang cantik je.  dapat la round dalam 3 pusingan padang bola tu.  hmm 3 pusingan je yang mampu.  sebab dah skip jogging berapa hari entah.  lama jugak lah skip sebab cuaca.  kalau tak sebab cuaca pun sebab tak ada kenderaan.  semalam ramai pula pengantin datang untuk sesi photoshoot.  ada dalam 3 pasangan pengantin melayu.  masa last round kitaorang pusing tu ada pula perempuan perempuan cina pakai dress.  pergh cantik kot dress diaorang.  tak tahu lah, pengapit je kot sebab tak ada pengantin lelaki pun.  lepas dah penat dah semput bagai, kitaorang pergi lah dekat motor.  masa tu ada pulak mamat mamat jet jet hensem sampai.  nak jogging jugak lah konon nya.  tapi time tu awan dah mendung gila kot.  angin pun kuat je bertiup.  dah boleh buat filem titanic dah hahaha.  kitaorang rilek dulu dekat moto.  agak agak dah sejuk badan kitaorang balik lah.  dalam perjalanan balik tu, boleh pulak angin bertiup kuat gila.  tak lama lepas tu hujan pun turun.  hoorayy mandi hujan!!  dah lama tak mandi hujan macam tu.  cerita nya mun dah kesejukan je atas moto tu haa.  macam parkinson pun ada jugak.  bawak moto dah tak berapa nak berhemah sangat.  mana yang boleh dilanggar mun langgar je.  minah rempit kan.  hahah choii mana ada lah.  mun bukan minah rempit lah.  i'm used to be that girl masa zaman sekolah dulu lah.  sekarang alhamdulillah dah baik sikit XD *mohon muntah tempat lain*  sampai je rumah lencun satu badan.  hampeh tui la.  penat mun bawak laju, tapi akhirnya lencun juga -___-"  berlari masuk bilik mandi.  lagi satu hal, tuala, syampu, sikat semua dekat bilik.  bilik mandi dengan bilik mun dah lah berada di hujung dunia.  nak tak nak perah air dekat seluar, lepas tu berlari pula ke bilik amik semua barang tu.  basah jugak lah lantai rumah rasa nya.  mun mandi lama walaupun tengah kesejukan.  keluar je bilik air, menggigil satu badan.  terbaik lah!!  -___-"  malam tu sebelum tidur, dah ada feeling feeling macam nak demam.  yeayy!!  oke itu sahaja :)



p/s:  wish goodnight dekat Mr. H sebelum tidur supaya dia tidur dengan senyuman ♥ take care awak :)
hye! thanks for your little precious time ♥

sayang pacik sikit ^_^

hai readers.  mun ada benda nak share hari ni.  ehem ehem begini kisah nya.  di pagi yang dingin, aku terjaga dari tidur.  cewah ayat tak payah nak macho sangat lah haha.  pagi tadi mun terjaga jam 0900, tengok phone ada mesej and one missed call.  bukak lah.  "sayang..." dari pacik.  eh orang tua ni dah kenapa cari mun jam 0109.  sambung tidur balik kejap.  celik mata lagi jam 1039.  baru perasan rumah sunyi je.  tengok phone, ada lagi mesej dari pacik.  dua dua nombor dia mesej.  hmm pacik betul betul mencari malam tadi.  disebabkan ketiadaan kredit, mun diam jelah.  nak whatsapp dia bukan nya online pun.  so lepas mandi mun sarapan.  around 1200 pacik call tanya hari ni keluar pergi mana mana tak.  dengan selamba badak and suara ala ala serak, jawab la tak.  dia ajak keluar teman dia.  mun oke kan je.  padahal time tu fikiran melayang ke mana entah.  rasa macam pening pening sikit.
lepas zohor, mun siap.  time dia sampai, mun still dekat dalam bilik mengemas pasal bilik bersepah mencari tudung.  time nak guna lah tudung tu hilang.  bengang pula.  tak lama lepas tu, abang gemok balik.  hmm bertegur lah mereka dekat luar tu.  time mun nak keluar dia minta KFC pulak.  cehh -___-"  pandang pacik mun buat muka pasal matahari terik gila.  silau.  nasib la pacik naik "tenggiling"  tak ada lah terbakar kulit ni haa, hahaha.  first soalan yang mun tanya, kita nak ke mana.  hmm dalam phone, dia dah bagitahu nak pergi mana tapi mun lupa.  hahaha dia cakap mun banyak makan semut.  cubit la yang dia dapat.  padan muka.  drive punya drive, bergurau punya bergurau, dah sampai AEON Bukit Raja.  tengok wayang dulu.  cerita apa?  dia choose sebab dia yang pergi beli.  pergi merayap kejap sementara ada masa 15minutes only sebelum wayang mula.  ngek betul pacik ni.  dia jalan laju je.  mun penat bila jalan dengan dia -___-"  rasa lega gila kaki bila dapat duduk dalam wayang sebab mun pakai weges.  hmm ladies sikit keluar hari ni sebab tak ada kasut lain.  tengok lah cerita tu diam diam sampai habis.  dah habis pergi cari makan pula.  hmm walaupun mun rasa lapar, tapi tak teringin pula nak makan.  our next destination is padang jawa.  pusing pusing kitaorang cari alamat.  tanya dekat orang.  nasib baik lah sampai tempat tu.  cuma nya tak sampai dekat kedai yang dia cari je.  dia kata tak apa, so biar jelah.  hmm lepas tu, pergi rumah kawan dia pula.  dekat bukit jelutong kot.  ada apa entah diorang jumpa.  duduk diam diam dalam kereta sudah lah.  tanya dia, kejap je?  dia kata member nak pergi main bola.  so kitaorang pergi cuci kereta dulu.  tengah kebosanan tunggu kereta di cuci, dia bagi mun tengok movie.  cerita taken 2.  entah cerita apa entah.  mun diam je tengok cerita tu sepanjang perjalanan balik ke rumah.  hidup dia pun aman je sebab tak kena kacau dengan mun, hahaha.  tepat jam 1900 mun sampai rumah.  hmm kalau boleh tak nak keluar dari kereta tu sebab tengah syok tengok movie tapi dah maghrib.  lepak dekat dapur dulu dengan mama.  boleh pula mama tanya "balik dengan siapa tadi?  naik apa?"  cehh rupa rupa nya mama tak dengar kitaorang sampai dekat depan rumah.  bercerita sikit dengan mama pasal kitaorang keluar tadi.  mama pun watlek je.  oke lah tu agak nya.  mun punya lah cuak bila abang kata mama dah bising.  yang sebenar nya, masa mama call tapi tak berangkat tadi mama suruh beli sos cili je -___-"  cakap dengan mama esok jelah mun pergi pasaraya.  tu je nak share.



p/s:  saya suka bergurau dengan awak. thanks tau untuk hari ni.  and sorry sebab time awak cari saya malam tadi saya dah tidur.  sorry sayang.
hye! thanks for your little precious time ♥

happy moment

hai.  kerajinan pula mun nak update lagi.  sebab nya, ada cerita mun nak share.  post sebelum ni mun cakap mun bosan kan?  lepas je update blog petang tadi, phone mun ringing.  and you know what.  mun terkejut dengar ringtone tu.  dah berapa kali dah asik terkejut je bila pacik yang call -___-"  masa tu around 1630, dia kata dia nak datang kejap, dah lama tak jumpa.  oke then mun pergi solat dulu.  tak lama lepas tu muncul lah dia dekat depan rumah naik "tenggiling" hitam.  dia pergi menyapa mama dekat belakang sementara mun angkat baju dekat ampaian.  lepas tu dia sengal kata nak lepak luar je.  mun ajak masuk kata tak apa lah duduk luar je.  mama ajak masuk baru lah nak masuk.  mengada juga lah dia tu, haha.  so kitaorang lepak lah dekat dalam.  first topic dia kata nak cari rumah.  dia tanya lah pendapat dekat mama.  lepas tu kitaorang berbual lah pasal anything.  pasal result exam mun.  pasal kerja dia.  pasal erm macam macam.  main main dengan dia.  lebih kurang kepada kes buli.  hahaha mun buli dia sikit je.  bukan nya buli yang teruk teruk pun.  cuma amik phone dia and simpan.  lepas tu mun suruh dia buat muka seposen, and muka dia buat mun tergelak.  then entah cerita pasal apa, dia bagi nasihat dekat mun and sambil tu, perlahan lahan dia usap kepala mun.  masa tu entah kenapa mun terdiam.  dengar je apa dia cakap.  pandang je muka dia.  fikiran dah melayang entah ke mana.  haa masa tu, rasa macam nak menangis pun ada juga.  sejak akhir akhir ni mun stress fikir pasal banyak hal.  then bila dibelai macam tu, mun rasa tenang je.  rasa lega pun ada.  thanks pacik :')  terharu sangat bila dia usap kepala mun.  hmm oke dah tak nak sedih sedih.  lepas tu dia cakap nak tunjuk something dekat phone dia.  mula nya mun tak nak bagi.  then dia cakap "awak pegang lah phone tu, saya bagi awak dengar lagu".  mun pun dengar lah.  dia bagi mun dengar minion gelak.  hahaha dengar minion gelak memang lah comel gila suara nya.  dia cakap tu ringtone untuk alarm.  bila bangun pagi nanti senyum sensorang dekat katil.  hahaha sweet pulak la pacik ni.  perangai macam budak budak.  cerita punya cerita dengan dia, hari pun dah petang.  around 1800 kot dia balik.  kenapa lah cepat sangat dia nak balik.  sebab nanti mun tak ada kawan nak bermain.  nak gelak gelak.  nak tak nak, bagi juga dia balik.  kalau lah boleh simpan dia dekat almari, dah lama mun buat.  hahaha merepek je XD  hantar dia keluar.  tunggu dia pusing "tenggiling" dia.  sebelum dia balik, dia pesan benda yang sama lagi.  then tiba tiba teringat, dia pernah cakap "isteri yang solehah kena bla bla bla bla . . . "  senyum sorang sorang lagi.  gila lah kau ni mun.  banyak sangat berangan.  hahahaha XD



p/s:  pacik, dengan awak, dua dua kawan saya.  tapi kenapa dia yang busy dengan kerja boleh datang jenguk saya dengan mama or call saya sedang kan awak, awak langsung tak hirau kan saya.  lebih kan orang yang selalu susah kan hidup awak.  hope you're happy like that.
hye! thanks for your little precious time ♥

random

heyho hai assalamualaikum selamat petang.  sedang kebosanan ni.  petang yang sunyi.  tiba tiba dapat idea nak cerita dekat sini.  errr sekejap eh.  idea tu menyorok pula -___-"  searching searching searching . . . .

yeah i got it!!  baru je kejap tadi menyelinap ke facebook senior favourite kita.  bukan tengok apa.  tengok gambar je.  honestly rindu moment MDS.  kena marah, kena bebel, kena raging tidur 4hours per day in a week, kena ceramah sampai tertidur tidur pun ada.  paling rindu masa last day MDS dengan akak akak dan abang abang MPP dan PMDS.  have fun berjoget dengan mereka.  walaupun masa tu mun rasa macam kanak kanak nya mereka ni, tapi tu lah yang buat kita rindu dengan mereka.  bergambar dengan mereka.  moment tu yang buat mun kenal dengan ramai senior.  dengan secara tak sengaja juga lah, ada seorang abang ni, yang watak nya lebih kurang macam abang mun and that's why mun merapat kan diri dengan dia.  choiii bukan nak cari scandal or else lah.  just nak berkawan.  beza umur tak menghalang untuk kita berkawan, right?  sejak tu mun selalu kacau dia.  selalu nampak dia breakfast dengan kawan kawan dia dengan cafe sunshine.  selalu tegur dekat twitter bila berselisih dekat pasar.  selalu menyemak dekat twitter.  masuk sem baru, jarang dah nampak dia.  cuma nampak sekali dua je dan dia dah berisi.  if i'm not mistaken lah.  jarang menyemak dekat twitter.  semua nya rarely dah.  sem lepas dia kata dia last sem dekat situ.  lepas ni tak ada lah nampak lagi muka dia dekat kampus tu lagi kut.  lahai rindu nya nak kacau hidup dia =___=  rindu nak bergurau petang petang dengan dia.  haiyoo abang I, mun rindu ni.  macam mana ni?  hahaha kisah pula dia kan.  mun rasa satu kelemahan dia, dia ni kadang kadang pelupa.  hoii jangan lah lupa dekat mun ya ;)



p/s:  bukan setakat rindu dekat abang I je.  rindu juga dekat akak akak dan abang abang yang lain =)
hye! thanks for your little precious time ♥

rezeki hari jumaat

hey rajin nya mun update blog.  hari ni je dua kali update.  meh meh meh, ceq nak habaq mai someting.  hari ni, my abang gemok belanja makan Domino's Pizza.  mwehehehe ^_^  akhirnya dapat jugak merasa pizza setelah sekian lama mengidam.  cewah ayat, hahaha.
cerita nya.  hari ni mun tak pergi jogging.  so petang tu lepas mandi lepak dekat luar dengar kerenah macik macik serta pacik pacik.  maghrib pun menjelma.  abang gemok tak balik lagi.  around 1945 baru dia sampai rumah rasanya.  dengan baju yang basah kena hujan.  mun gelak kan aje.  hahaha kejam punya adik XD  time tu mun tengah baring menghadap notebook main game.  so biar kan jelah dia nak buat apa pun.  lepas dah bosan online mun search something dekat Mr. Google.  search punya search tiba tiba phone ringing.  abang gemok call tanya dah makan ke belom.  haaa dia tanya ni mesti nak beli makanan.  tau dah taktik dia yang lapok tu hahaha.
agak lama lepas tu, dia pun balik.  nampak dia bawak beg plastik. dengan kemalasan dan excited nya.  eh jap malas dan excited?  macam mana tu?  malas tapi excited la.  tahu tak?  tak tahu buat buat la tahu.  hahaha.  mun bangun pergi serang makanan yang dia beli.  terus serang tau.  dengan rambut kering yang tak berikat nya, nampak tak mun tengah kelaparan menunggu dia.  hahaha.  pergi dapur amik piring dua, tapi guna satu je untuk letak segala "sampah" yang melekat dekat pizza tu.  hahaha.  kami adik beradik tak makan "sampah" so buang lah.  aneh ke cara kitaorang makan?  ada mun kesah?  habis pizza kitaorang makan berdua.  mama makan sepotong je sebab sakit gigi kata nya.  yang tinggal roti garlic tu abang tak makan kasi habis.  pizza dengan "lempeng mahal" habis dah kitaorang bedal.  fuhhhh kenyang bebbb :D  alhamdulillah.
dah kenyang masing masing melepak.  mun amik kesempatan ni berani kan diri bukak email tunjuk dekat mama pasal result.  abang pun tengok jugak dah dia duduk sebelah mama.  pergh cuak jugak masa nak tunjuk tu.  tapi bila mama tengok mama cakap bagus.  alhamdulillah again mama tak marah.  fuhhhh selamat =____=  hahahaha yes yes yes.  lepas dah segala cuak pada hari ni.  alhamdulillah syukur.



p/s:  thanks for the MAKANAN ya abang gendud ^___^ next time belanja la lagi, hehe
hye! thanks for your little precious time ♥

akhirnya dia keluar juga

di hari jumaat yang mulia ini, mun rasa tak bersemangat.  pasaipa?!  result exam keluar weh!!  cuak tak cuak la citer dia haaa.  dari malam tadi masing masing dah heboh pasal result dekat twitter.  mun watlek watpeace je.  padahal dalam hati dah dupdap dupdap laju.  malas nak ikut kan perasaan, mun tidur.  bangun pagi tadi, mun tak nak fikir pasal result.  on data, bbm syera ajak pergi pasar.  hahaha.  saje jalan jalan dekat pasar tu.  dengan tak sengaja terbeli pulak satu shawl.  syera lah ni menghasut. hahaha XD  sebelum balik beli apambalik buat sarapan.  lepas tu bukan nya terus balik.  pergi singgah kedai yang-yang kejap.  beli seluar pula.  wehhh abis duit ni haa.  memang tak boleh la keluar dengan syera bawak purse.  sekelip mata je habis isi dalam tu haaa.  macam magic, hahaha.

sampai rumah, mun rileks dulu.  sarapan sambil tengok tom & jerry.  bosan betul.  lepas tu lipat lah kain yang belambak tu haa.  haiyo baju basuh time bila entah banyak betul.  sambil sambil tu tengok la C713, ridiculousness.  gelak sesorang tengok rancangan tu.  habis je cerita tu, kain pun siap dilipat.  hahaha lama jugak mun lipat kain.  lepas tu teringat, surat rayuan tak buat lagi.  amik notebook dekat bilik, on.  tengok wifi ada.  search "facebook", belek belek, close.  lepas tu tergerak hati nak tengok result.  bukak email.  dupdap dupdap je rasa masa tengah loading.  hahaha sekali tengok result, mendapat kau.  banyak B.  ingat kan semua B, tengok subjek last sekali C.  hampeh betul !!! -___-"  sedih la result kali ni.  hurm tak terkata apa dah.  tu je usaha sepanjang sem ni.  sem depan kena usaha lebih lagi.  chaiyok chaiyok!!  you can do it mun.



p/s:  adah, sem depan nak satu kelas dengan kau.  nanti kita study sama sama lagi naik kan pointer.

hye! thanks for your little precious time ♥