Online Diary Moon's Stories: 2012
Daisypath Friendship tickers

jom share pendapat

selamat petang. sihat? bagus lah. aku demam sikit ni. aku nak kongsi cerita. korang yang ada pendapat or apa apa yang nak dikongsi bersama silakan lah. jangan segan.

semua nya bermula semalam. aku tak tahu kenapa dengan hamba allah yang seorang ni. ceritanya, aku tengah online. belek belek home. orang tengah bosan. dekat home pulak status bosan bosan. aku pun update status. lepas tu ada pulak yang terasa. aish pelik aku. status tu umum. yang dia nak terasa tu dah kenapa? haha aneh betul budak budak spm tahun ni. jiwa kacau agak nya. kesian. lepas tu dia update status ayat mintak kaki punya. dengan bosan nya aku layan kan saja keinginan dia. ehh sumpah terasa bodoh sebab layan kau. dah lah suka merepek. lantak kau lah kan. malas aku nak tambah dosa. aku ni manusia biasa je. setiap hari buat dosa. so aku tak nak lah tambah lagi dosa tu dengan cakap benda benda yang tak berfaedah dengan kau. aku study lagi bagus daripada melayan budak yang tak faham apa apa tapi BAJET FAHAM. kau boleh pergi jalan! aku tak perlu lah kata kata kau yang acah acah nasihat bagai tu. tak perlu oke.


kalau kau boleh faham ayat kedua last tu bagus sangat!

p/s : ada yang nak kongsi apa apa pendapat or whatever lah, sila beri komen anda di bawah~

hye! thanks for your little precious time ♥

act like or you are the devil

firstly aku nak cakap thanks sebab kau dah cakap aku yang bukan-bukan. oke fine kau menang. amik kemenangan kau sana and shuhhhh! main jauh jauh! faham? kalau tak faham sila minta "sayang" kau explain! stupid tahap apa kau ni?

second. aku nak cakap aku tak rugi apa pun kau cakap aku macam tu. aku tahu aku tak dapat nak tutup mulut orang lain. aku ni manusia biasa je. selalu buat salah.

aku cakap something yang kau nak terasa apahal? nampak sangat lah kau yang tak puas hati. berubah lah budak. tak payah nak cakap orang. ye aku tahu aku tak sePERFECT kau. kau ramai yang sayang ramai yang care. aku peduli apa dengan semua yang kau ada. 


oh ye pasal text. lantak aku lah nak text apa pun dekat siapa pun. kau kisah sangat apahal? aku susah kan hidup kau ke? ada aku guna kredit kau? ada aku guna duit kau? ada text tu menyemak dekat phone kau? tak ada kan. so diam lah!

kau rasa kau lah yang terbaik untuk dia? kau dah cukup kenal dengan dia? kau nak hina aku depan dia? kau nak tunjuk kan yang kau sayang dia? sayang nya aku tengok kau ni. tapi tak apa lah. 

aku tak kesah lah kau nak buat apa pun. kau nak cakap aku ni apa pun kau cakap lah. aku sabar selagi aku boleh sabar. :) kau cakap aku ni fake? apa itu fake. aku tak pandai lah bahasa inggeris. aku ni budak kampung je weh. plastik? yes aku jadi plastik tapi aku tak kacau hidup kau pun kan.  aku plastik sebab aku tanak orang lain tahu realiti hidup aku macam mana. kau ada masalah ke aku jadi plastik ke fake ke apa ke? ada? pergi jumpa guru kaunseling. eh aku lupa. kau mana sekolah lagi. kesian kau.

lepas tu kau bukak cerita pasal member aku apahal? kau yang sakai add member aku semua. sakai lah kau ni. memang budak baru habis spm macam ni ke trend nya? aku rasa dulu aku habis spm oke je. tak sakai pun macam kau ni. oh ye, zaman dah berubah.

lagi kau cakap aku and member aku tu sakai? ehh kau salah ni. kau tak sedar diri kan? kesian kau. nak cermin ke? nanti aku mintak dekat pakcik aku sebab pakcik aku kerja pasang cermin. kau nak cermin berapa besar? kau order and kau bayar sendiri. tak pun, mintak "sayang" kau tu bayar. dia kan sayang kau ketat ketat. puiihh. nyampah pulak dengan ayat tuh. FAKE GILA! 



p/s : oke kau tak puas hati dengan aku kau cakap jelah. bukan nya kita tak friend dekat facebook. im aku. and tolong eh. tolong lah. tayah nak tunjuk kau tu baik sangat! FAKE semua tu. 

hye! thanks for your little precious time ♥

temuduga petang semalam

petang semalam mun pergi temuduga satu syarikat nih. actually temuduga ni assignment berkumpulan. but you know what? mun pergi bertiga je. tolak seorang sebab dia senior. sahabat baik mun. so berdua je. yeay suka nya!! :D *palsu*

sampai sana ingat dah lambat nak interview. rupanya encik tu pegi lunch. so kitaorang pun pergi lah minum dulu dekat kedai. dah tu naik atas tinjau tinjau tak ada orang. so kitaorang tunggu lah dekat luar dekat koridor. aku tunggu macam orang bengong sikit while sahabat aku berseronok with her boy. haish untung lah ada boy. jaga dia elok elok oke :') *kesat air mata* and korang nak tahu tak? sebenarnya encik tu dah lame masuk dekat bilik dia. kitaorang je yang tak tahu. buat penat kaki je -_-" dah agak lama macam kanak kanak riang dekat luar tuh, baru kitaorang masuk. mamat (bukan nama sebenar) yang cerita macam dah lama kenal dengan encik sekian tu. masuk dekat bilik je, bisu tiba tiba! tak tahu penyakit apa yang menimpa sebenarnya. misteri sungguh. cuma kedengaran suara sahabat aku yang rancak bertanya dengan encik tu. mana pergi nya mun? mun diam tak terkata. cuma telinga dipasang and alert. oke sebenarnya tak alert pun. tak faham apa diorang cerita!! lepas tu mun keluar bilik with senior untuk amik pictures. tinggalkan mamat dekat bilik berdua with encik sekian. lepas tu kitaorang bergambar with encik sekian sebagai bukti. then kitaorang minta diri.

dalam perjalanan pulang. sahabat bergaduh with her boy. mun duduk diam diam dekat belakang tanak masuk campur. suddenly masa mun tengah mengelamun, mun rasa air mata nak mengalir. mun biarkan je sebab mun fikir mungkin tu mainan perasaan. lama lama realiti nya air mata tu nak mengalir. tapi tak jadi sebab mamat minta duit tol. -_-" spoil betul mamat ni. then sampai lah kami di klang sentral sebab sahabat nak beli tiket.

sampai sudah di rumah kakak mun *kekok rasa nya bila guna kakak* bawak pula motor mamat. ehhh mati dekat simpang nak keluar perumahan akak mun tuh. suka nya!!! dah gelabah + bengang je time tu. last last bawak motor kapcai je. rilek je. sampai rumah kepala pening. horey!! sukanya

dah tu je nak cerita. selamat malam.



p/s : to be truth. mun sangat cemburu dengan sahabat mun with her boy bergurau senda depan mun. rindu nak buat macam tu dekat boy mun :'(
hye! thanks for your little precious time ♥

kawan kawan :)

sebelum ni mun dah cerita pasal MDS dekat UiTM kan. oke malam ni mun nak cerita pasal kelas pulak.

bismillahirrahmanirrahim~

firstly mun nak bagitahu. mun tengah hangat bercinta dengan tangga! hahaha *statement tak boleh pakai betul*

oke oke kita serius. ceritanya~

mun amik kos sekian sekian dekat UiTM KAG ni. disebabkan kos ni ramai yang amik, maka ditubuhkan beberapa kumpulan. oleh itu mun dapat kelas 1E. haa di sini bermula nya cerita classmates. *amende lah ayat aku nih -_-"* kita teruskan. semuanya ada 29 orang. terdiri daripada 7orang jejaka dan selebihnya anakdara. mula mula kuliah tu memang lah tak kenal siapa diorang ni. tapi lama kelamaan mula lah huha huha sini sana. gossip merata rata. pergh ohsemm jugak mereka ni sebenarnya. mun dah dapat ramai kawan. cuma mun masih belum kenal sangat perangai mereka ni. hope diorang ni positive person. dont be negative oke darling *speak to myself* 

thats all for today. 


p/s : setiap kali nak tulis entry baru, idea mesti lari lintang pukang. kalau tak, idea datang melimpah ruah!

hye! thanks for your little precious time ♥

4KAG !

"hai darling. how are you? sorry dah lama tak jenguk you.. i tak ada beruk beng lah sayang.. wifi pulak macam harey.. jangan merajuk tau.. i love you so much.."



hahaha dah macam apa entah ni. sudah sudah. ni betul betul punya story ok.

firstly, aku nak bangga sebab jadi student UiTM. sekian lama menuggu akhirnya tercapai jugak impian
secondly, nak bercerita pasal MDS dekat UiTM KAG. siap dah nak baca entry panjang panjang? ok mari kita mulakan dengan bismilah.

bismillahirrahmanirrahim~

bagi yang tak tahu, MDS adalah singkatan bagi Minggu Destini Siswa. MDS dekat UiTM ni dah lama punya cerita. tapi tetap nak cerita. hahaha suka hati jantung pisang belakang rumah aku lah kan :p okey jap. blank~~~
dekat mana tadi? oh yes. MDS memang ohsem gila penat dia -__- bangun awal pagi sampai malam baru balik kolej. busuk kan kami? don't worry. dah berbotol minyak wangi kami pakai. *propa je tuh* makan minum semua nya okey complete. yang tak boleh nak tahan sekali kalau dah dekat dalam dewan. mata mesti mengantuk tahap dewa. syaitonnn bergayut gayut dekat kelopak mata suruh kita tidur and tak kasi kita fokus dengan ceramah ceramah yang ada. setiap hari dalam seminggu, itu jelah aktiviti kami semua.

enjoy with this all things i've got~

ni masa hari kitaorang jumpa rektor. someone yang dihormati. pakaian semua sedondon. paling leceh nak pakai tudung UiTM nih -________-"


kitaorang pun ada malam qiamullail :D best gila!! nah ni bukti nya.

yang berdua tu me with QIEYLA, jiran sebelah. muka aku sentiasa ceria. tengok yang lain. semua nya layu~ hahahaaa :D

enjoy with this little cute pictures ~

mereka yang menjaga dan membimbing kami sepanjang MDS

masa lapang kitaorang banyak main game. syok gila gila. gelak ketawa bersama abang abang dan akak akak MPP PMDS. ohsem gila!!

okey tu jelah cerita nya. best tau MDS ni. rasa macam nak ulang lagi je :) rindu dengan gelagat akak akak and abang abang senior kami. you all yang terbaik!!! :D


p/s : credits to my friends, lynn qieyla and syai
hye! thanks for your little precious time ♥

people always say; it's hard to find a friend who cries when you cry

hey korang. aku ada satu cerita. cerita ni mengisahkan seorang sahabat.

cerita panjangnya, aku mula kenal dengan dia ni masa form 4. kitaorang duduk satu meja. masa form 4 kelas kitaorang bukan kelas biasa. kitaorang belajar dekat lab. tak tahu apa tu lab? bahasa melayunya ialah makmal. ni pasal S.M.K MERU mempunyai jumlah murid yang ramai. so kitaorang kena lah hidup berpindah randah macam orang nomad.

okey dah lari dari topik.

ni NURUL AWANIS NORANI.(promote) 

sebenarnya aku cuma nak cakap. aku dah jumpa kawan saat aku senang dan susah. sebab apa aku cakap macam tu? sebab time aku sedih aku mengadu dekat dia and dia akan buat aku tenang. kalau aku gembira? aku akan cerita dekat dia jugak. alhamdulillah. aku bersyukur sangat sebab kenal dengan dia. point nya yang penting kita mesti saling memahami.

selain dari dia, aku ada jugak kawan kawan yang lain. tapi aku tak rapat sangat dengan mereka tu. tak tahu kenapa.

sampai di sini saja entry kali ni



p/s : aku tahu aku cerita berbelit belit. maaf andai ada pihak yang berkecil hati ~
hye! thanks for your little precious time ♥

keakraban kami umpama keluarga



sabtu, me with my cousins pergi camping!! hahaha eceh mana ada camping. semalam kitaorang pergi memancing je dekat pantai. syok woo. tapi cuaca dia panas gila la :-/ masing masing pakai cermin mata gelap untuk elak silau. but me? i don't have it. so i pinjam my cousin punya. sweet ^_^ haha. tapi yang best nya guna payung la. but mesti kuat pegang payung tu. kalau tak nanti terbang kena tiup angin. like me, i kuat la pegang payung tu walaupun badan i kecik + ringan. tapi bila berdiri i tak boleh stabil. hahaha :P

cerita yang menarik nya ialah my cousins (boy) pergi memancing. lebih kurang tengah hari dah dapat banyak ikan dah. tapi yang sedih nya bila petang, ikan yang banyak banyak tu tinggal 4 ekor je. huwhuw. ikan nya terlepas. mereka kecewa betul :( 

haha apa apa pun kitaorang enjoy okey. i lagi enjoy sebab my superhero datang join kitaorang dekat sana. ^_^ suka gila okey. tak tahu kenapa. haha :P

petang tu, dalam pukul 6.30, kitaorang semakin menjadi gila. snap picture like crazy one. then malam kitaorang buat panggang panggang sikit. around 8.30 we all start kemas kemas khemah dan sebagai nya.


credits to afiq fikri and everyone
around 2p.m
senja
playtime !!
akitiviti di malam hari
antara ahli nya
credits to muhammad afiq fikri


sekian.




p/s : ni semua original face. i malas nak upload banyak banyak so i buat macam ni. another thing is jangan tanya kenapa entry kali ni i guna perkataan "I"

hye! thanks for your little precious time ♥

history of my life - i'm scared of cat !

entry kali ini mengisah kan tentang seekor kucing dekat rumah ni . officially , kucing ni bukan kitaorang punya . kucing ni pendatang dengan izin , agak nya lah . siti tak tahu . hahaha :P

cerita nya .

ada satu hari ni , kucing ni baru je datang dekat rumah . tengok gaya manja . memang manja pun kucing nya . tapi kucing ni garang , "this cat from hell !" . time tu siti tak tahu apa apa . so siti dukung lah dia letak dekat atas kerusi . kucing tu mengiau ngiau . sekali , mriauw !!! auwchhh !! dia cakar dan gigit tangan kiri siti . and i'm bleeding :'(

lari ke dapur , basuh darah nya . omg , darah keluar tak henti henti ! lari pergi bilik ambil sapu tangan . ouyeah , seronok nya tangan menggigil . siti duduk rileks kan diri . mama balik nampak siti tersadai dekat kusyen . mama tanya tapi siti diam saja . mula nya tanak bagitahu mama tapi mama tahu jugak sebab nampak darah . mama tengok time tu bekas gigitan tu dah mula bengkak . siti tersengih saja . cool kata nya . hahah XD

rileks punya rileks lama lama rasa sakit tu hilang . alhamdulillah syukur :) yang tinggal sekarang hanya lah kesan parut .



p/s : sampai sekarang masih trauma bila kucing tu datang dekat !
hye! thanks for your little precious time ♥

wedding oh wedding


tiba tiba tergerak hati ni nak update blog. cerita nya kali ni?

er, okey jom bercerita pasal ahad lepas.

macam nie. ahad lepas my brother kahwin. kawan kawan ku. ini cerita bukan pasal abang sulung aku tu okey. haha. masa sampai sana cuaca agak lah panas. tapi nasib baik lah angin bertiup agak kuat. best lah jugak. kain aku terselak selak tapi nasib baik tak nampak kaki. malu okey. mase dalam perjalanan ke khemah, ternampak pulak sorang macik ni. dengan selamba jalan kain terselak selak. memang sengaja lah nak tunjuk kan betis nya tuh. tahu lah putih macik oiii. bukan nak mengata tapi agak ahh. pakai tudung macam tu gaya nya. tak sopan okey =.=" plus dia tu macik, she supposed realised about that. tengok, aku dah emo pulak tetiba. 

lepas tu, biasa lah. pergi amik makanan. time ni yang best. tak ada tempat duduk. eh seronok nya!! =.=" aku sempat jadi parkinson sebab pegang dua pinggan, my mom and mine. agak lama lah jugak menunggu belas kasihan orang orang dekat situ kan. sampai ada sorang er abang catering ni nak tolong carikan tempat untuk kitaorang. akhirnya, berjaya jugak abang aku dapat kan seat untuk kami. rupanya kawan scoot club abang dulu. okey aku tak kenal. haha :P

dah siap makan aku pun pandang jelah keliling. dah tak buat apa kan. jadi orang bengong kejap. haha. aku ternampak lah kejadian lawak ni.

ada sorang awek ni. cun ohh. pakai baju macam jubah warna biru rambut karat. kesian dia kan. haha XD dia ni sibuk nak bergambar dengan pengantin. dia bergambar lah suruh camera-man tangkap kan guna phone canggih dia. dia duduk dekat tengah tengah antara pengantin. yang lawak nya. time dia nak bangun tuh, baju dia tersangkut dekat kasut high heel dia. still nak cover cun. abang aku kata. bajet DIVA. aku pun cakap lah. DIVA tersangkut baju. haha lawak okey muka dia time tuh XD

dah lepas kejadian tu, pengantin pergi potong kek. kitaorang pun tunggu lah sebab nak salam dengan pengantin. mama suruh aku tangkap gambar. okey dengan rela nya aku pergi. try lah amik gambar tapi kualiti gambar tak memuaskan. sorry ya abang camera-man, pinjam tempat kejap :D last last tangkap saja lah gambar itu. minta tolong abang camera-man tangkap kan. dah salam dengan mak pengantin lelaki, kitaorang pun pulang. 

nak cerita lagi panjang?

masa dalam perjalanan nak ke kereta, mama stop dekat tengah jalan. abang dah dekat dengan kereta. nak tahu kenapa mama berhenti? kata nya "penat lah nak jalan. nanti abang pusing sini juga". aku pun "ish ma ni. apa lah. jalan jelah. dah nak dekat da pun". mama mengalah. jalan juga ke kereta. haha mama memang macam tu. :D

sekian sahaja cerita kali ni.

credits to me & abang camera-man :
comel kan? yang dekat tepi tu abaikan~
baju merah tu ada iras adi putra tak? haha XD
terima kasih abang camera-man :D


p/s : tahniah buat abang sob and pasangan. semoga kekal hingga ke akhir hayat :)

hye! thanks for your little precious time ♥

selamat hari raya!!


selamat hari raya saya ucap kan kepada seluruh umat islam.
mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kalau ada salah silap dekat korang okey. :)


hey da raya ke berapa ni baru nak ucap. hahaha ta apa. yang penting kita update ini blog. hehe peace ^^v

haaa macam mana raya korang tahun ni? best ta? dapat duit raya banyak ta? apa warna baju raya korang? aku, merah. sama? okey korang comel. hahaha. jemput datang rumah okey. habis kan kuih raya sebelum raya haji tiba. heheee. okey bai


p/s : hurm dapat penyakit dari my brother :(
hye! thanks for your little precious time ♥

trip to somewhere


kita ada cerita yang nak di kongsi kan bersama ni
haaaa ni cerita nya

berkenaan dengan entry sebelum nie
kita tiada di meru
sebab nya kita and family kita pergi holiday beramai-ramai di BANDUNG, INDONESIA

erm dari mana nak cerita ya?
kita pun tak tahu nak start dari mana
huhuhu =.=

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
details about holiday

tarikh : 15/04/2012 - 18/04/2012
destinasi : bandung, indonesia
bilangan ahli : 20 orang
tajaan : air asia
penginapan : flores gallery hotel
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sabtu malam ahad tu kita duduk rumah sorang-sorang
cadang nya kita nak tidur sebelum mereka pulang ke rumah
tapi kita tak boleh tidur sebab kena tolong packing barang
packing sampai pukul 1 pagi ( lebih kurang larh )
 kita sempat tidur 1/2 jam je
coz kene bertolak pukul 3 pagi
ya allah, mengantuk nya!! =.= zZzZzZz

bla bla bla
ring ring ring

dah sampai airport
dekat KLIA


vroom vroom vroom
ngeng ngeng ngeng


sampai larh dekat airport indonesia
 BANDARA HUSEIN SASTRANEGARA BANDUNG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari pertama dah shopping batik berhelai-helai di PASAR BARU

hari kedua shopping jeans di TOKO TIGA

hari ketiga pergi ke TANGKUBAN PERAHU
tengahari baru shopping lagi dekat toko tiga

hari keempat shopping lagi dekat pasar baru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nampak tu?
kepenatan yang tak disangka telah dijemput
hahaha
apa ayat nie
pelik kan?
okey abaikan saja

ermmm nak cerita apa lagi ya?
 blur tiba-tiba
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 okey jum tengok gambar pulak

 baru turun airplane

hotel penginapan kami


lunch time

tengah shopping dekat pasar baru
jejaka terlaris di bandung
sempat bergambar dengan "jejaka" di toko tiga
kedai buat & jual perfume

shaun the sheep yang famous dekat bandung

dekat tangkuban perahu


rumah mode

amanda brownies n` coffee

on my way to airplane

from INDONESIA to MALAYSIA


cukup larh setakat tu kan?
pictures yang lain nya ada dekat sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hasil daripada shopping selama 4 hari tu
kita dapat ni
2 helai t-shirt + 2 helai seluar jeans + sepasang high-heels


tak ketinggalan juga
kepenatan yang sentiasa menemani kami sepanjang vacation di sana
hahaha :D
penat tapi seronok

okey bai



p/s : wifi dekat hotel tak ada, sebab tu larh tiada khabar berita.. maaf kepada yang menunggu saya di facebook

hye! thanks for your little precious time ♥