hey hai hoi hui. waaa last seen blog ni bila ni? dah bersawang dah. cewah, last seen konon. ingat ni WhatsApp ke apa nak last seen last seen bagai. tampar kang baru sedar dari lamunan. hohoho apa lah mun merepek malam malam ni kan. breath in breath out. fuhh letih nya badan. rasa macam baru lepas mendukung anak buah yang "sehat" tu haa.
straight to the point. nak share pengalaman baru ni. haaa sabtu baru baru ni mun pergi mengembara. *ayat bangga sat* hahaha tak ada lah. sabtu hari tu, mun pergi gunung ledang je. dengan siapa? dengan member la takan dengan pakwe kot. tak main pakwe oke. umur dah tua ni tak nak dah main pakwe pakwe. kalau nak ada relationship, mun nak serius terus. biar dapat restu ma and abah. ehh ehh dah kelaut dah cerita ni.
back to the story, pergi ke johor with le friends. naik kereta 8 orang. eventhough alza tu memang boleh muat 8 orang tu tapi agak tak selesa lah. kematu duduk tak boleh nak bebas bergerak. dari kampus ke destinasi ambil masa lebih kurang 1 hour kut tak ingat sangat. itu termasuk tersalah jalan bagai lah. nak ke gunung ledang pergi masuk taman negara. hahaha nampak sangat terlebih excited bila nampak perkataan Ledang dekat signboard XD dalam perjalanan ke destinasi lepas salah jalan tu, ternampak pulak sorang mamat hensem dekat sebelah. mun saje lah cakap "weh ada pakwe hensem dekat sebelah". dengan cepat dan tangkas nya masing masing pandang. si adah buat perangai ramah dia pulak time tu. nasib la mun duduk belakang sekali so tak nampak muka sangat. mamat tu dah tersengih sengih kena usha XD lawak oke lawak. riuh rendah dalam kereta dengan gelak masing masing.
bila dah sampai destinasi, masing masing la buat perangai kanak kanak riang nak itik. tak lupa, angrybird pun ada jugak, hahaha penat mak nak layan. next kitaorang pun berjalan lah mendaki gunung tu untuk mencari kawan si atie. penat oke mendaki tangga tu. rasa nya kitaorang punya port dekat tengah tengah. sebab tak larat nak naik lagi tinggi and lagipun kawan atie cakap dekat atas ramai gila lelaki. dah letak barang nak tunggu apa lagi, terjun lah. haha air dia sejuk gila bak hang!!! first time masuk air memang la sejuk. lama lama oke la. tapi air sungai kan memang sejuk dapat pulak pergi time panas, memang seronok lah cerita nya. mandi manda sambil makan, main game, borak borak, erat kan silaturrahim. dah sejuk berendam sampai mengigil gigil badan, kitaorang pergi lah tukar baju.
next destination, pergi UiTM Segamat amik member atie, cari makanan dekat segamat. pergi mall apa entah nama dia, pusing pusing, keluar balik. matahari tengah terik gila lepas tu ada pulak satu kereta ni penuh dengan mamat mamat, gila pulak tu. tahu lah kitaorang ni comel, tapi tak perlu kot tegur time time terik macam tu haa. last last kitaorang pergi KFC. si ila boleh buat perangai gila. pergi u-turn dekat tempat tak boleh u-turn. jalan kecik, kereta lain pulak laju je. cuak jugak lah kitaorang dekat dalam kereta tu -___-" sampai dekat KFC masing masing mencekik macam orang kebulur. memang masing masing tengah kebulur pun sebenarnya XD lepas habis makan, kitaorang pergi hantar kawan atie balik kampus dia. lepas tu kitaorang ke AEON pula. ila nak ke daiso. mun cari juga barang dekat situ tapi tak jumpa, hampa -___-" tiba tiba atie diajak overnight by bakal adik ipar dia. kitaorang oke je kot. tengah diorang bincang bincang tu mun pergi masuk kedai, beli bracelet. yeay ada bracelet baru. yang hari tu punya dah luntur warna dan dah putus dah pun. ganas kan mun pakai bracelet. hahaha tak ada lah, putus sebab tersangkut dekat pintu. rushing time tu, tersangkut terus putus. sedih!! T___T dah bincang apa semua, hantar siapa yang tak nak follow overnight ke kampus. terus kan perjalanan kami ke Dataran Pahlawan. si ila pula boleh ternampak candy. eish!! minta dijauhkan dari mun -___-" sampai sana si atie dengan bakal adik ipar dia pulak buat drama petang petang. kitaorang dalam kereta dah melopong tengok lakonan diorang. yang lalu lalang pun dah tengok je diorang dua orang tu. malu siot kalau itu mun. keluar kereta, sejuk gila angin malam dia!! dah la tak ada sweater, badan pulak keding je, haaa menusuk ke tulang lah sejuk dia. masa dekat bilik karaoke, tiba tiba nak meleleh air mata, haaa tu mun tak nak ingat pasal apa. lepas tu melepak dekat padang sejuk sejuk, tiba tiba ada 2 orang lelaki tak dikenali datang dekat kitaorang. ehh dah kenapa kau ni, gila tiba tiba nak pinjam powerbank padahal masa tu tak ada sorang pun yang pegang powerbank. nampak tak taktik kotor diorang. girls be careful with guys yang macam tu oke. kitaorang terus beralih tempat rapat dengan guys yang ajak overnight. mun dengar je diorang berdebat sampai satu tahap kitaorang, girls, dah tak tahan sejuk. pergi masuk kereta.
then kitaorang follow jelah driver nak pergi mana. mata dah berat, redha jela dia drive ke mana pun. mun sedar sedar dah ada dekat klebang. bangun dengan sakit leher. kaki pun dah sengal sengal je sebab duduk belakang kaki tak dapat nak lurus. pergi duduk dekat driver seat try untuk sambung tidur. mengantuk time tu tak payah cakap macam mana, tahap maksimum++ punya. haaa dah penat berendam tak hilang lagi, pergi pulak overnight, memang tak jadi apa. jadi oversleep. bangun lagi ada dekat mana entah, dekat dengan MITC rasa nya. dah sedar time tu, lega sikit lah. time tu jugak mun baru tahu yang sorang driver tu drive macam haremmm. macam jalan tu bapak dia yang punya -___-" gila, naik kancil je kot, tapi bawak macam orang mabuk. tak takut nyawa terbang ke yang sekereta dengan dia? hishh hopefully dijauhkan dari driver yang macam tu. pergi ke tesco cheng tukar driver. lepas tu kitaorang pergi cari sarapan. atie belanja, dapat pulak makan roti canai yang dah lama tak dapat makan. alhamdulillah :D lepas tu rushing pula pergi pulang kan kereta. kalau tak karang kena interest tak pasal pasal. lepas tu baru lah lega sikit. jalan slow slow je ke kolej. mun lepak dulu dekat bilik adah. mandi bersih kan badan dulu then baru makan sama sama. dah kenyang boleh pula mun terlelap. sampai ke petang pulak tu. mangai -___-" pengsan ke apa. masing masing macam tu jugak. mun cuci muka then balik bilik. kampus sunyi je, tenang. lagi lagi jalan tepi tasik. rasa macam nak dating je tapi tak ada pair lah pulak. alahai, sodehh! sampai bilik, mandi lagi. nak segar kan mata ni betul betul, mun mandi lama. lepas tu buat assignment. dapat pulak berita isnin ada test. mati lah -___-" buku tak rebus, jawab test tadi macam haremm. susah gila. mun adah lynda sha masing masing rungut jawab kelaut jawapan nya. redha tawakal jela markah nya. kitaorang teman sha pergi AG kejap then pergi makan dekat kelemak. ayam almost terbang sebab terlampau stress dan sakit kepala. balik dari lunch pergi bilik adah buat assignment. sampai masa pergi class petang pula. oke dah penat nak taip panjang panjang. see you again next time yahh! zaijian.
p/s: girls, next chapter insyaAllah. wish i could have this adventure with you, my crush. miss you a lot but . . . . remain silence.
hye! thanks for your little precious time ♥