Online Diary Moon's Stories: September 2013
Daisypath Friendship tickers

penghulu segala hari

hari ni hari jumaat.  dan hari ni bermula nya final exam mun.  hurm tak tahu kenapa, dengan tiba tiba je hati ni rasa sedih.  maybe sebab semalam terlebih happy lepak dengan member member.  tak tahu la nak cakap/luahkan macam mana.  cuma rasa nak menangis je sekarang ni.  tapi, hurm . . . . .
"ma, doa kan siti untuk jawab exam ni eh.  ampun kan semua salah silap siti.  maaf kalau siti sangat jarang call ma."
*tangisan mengiringi ku



p/s:  korang, yang aku sayangi, yang aku gelar kawan, jawab exam elok elok tau.  buat betul betul.  perah segala ilmu yang korang ada.  bukan untuk orang lain, tapi untuk diri korang sendiri jugak.  i wish the best of luck to you guys.  allah yuftah alaikum, semoga allah membuka jalan untuk kamu.  assalamualaikum.
hye! thanks for your little precious time ♥

rezeki balik rumah

hey, i've got nothing much to say here.  tapi still nak update blog ni.  nak cerita apa ya?  let me think for a while.  ermmm~
10 minutes later. . . .
last week was a busy week.  banyak assignment kena siap kan untuk submit.  group project semua kena compile and submit.  time tu lah semua nak buat perangai.  bila mun dah tarik muka malas nak ambil kisah, tanggung sendiri lah akibat nya.  bila fikir fikir balik, rasa senak tiba-tiba.  so decide tanak fikir lagi.  bila semua kerja dah settle, beban dekat bahu tu terasa hilang.  and i feel relieved!!  lepas tu, hari jumaat tak ada class. ambil kesempatan ni untuk balik rumah hilangkan rasa stres.  balik lah dengan adah naik bas sampai TBS.  masa tukar train dekat KL Sentral, boleh pulak tiba-tiba polis jaga train minta number phone.  jangan harap la nak dapat.  adah yang usya mun yang kena -___-"  this is unfair.
sampai shah alam beli burger sebab kelaparan tak lunch.  boleh pulak akak tak nak hantar balik rumah, so kena tidur rumah dia malam tu dengan mawi ( kucing ).  mendapat, mata hidung mun gatal-gatal.  subuh tu balik rumah, sambung tidur.  letih guna kan otak ni sepanjang minggu tu.
dekat rumah biasa lah.  excited nak balik.  sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun.  cuma nya kali ni, rezeki mun melimpah ruah.  dapat makan banyak.  hari jumaat tu makan ketam masak cili api buatan mama.  memang sedap lah cerita nya ^_^  hari sabtu malam pulak abang arip ajak makan burger dekat Saujana Utama.  Lava apa entah nama kedai tu tak ingat.  kenyang gila.  lepas tu hari ahad pergi dating dengan kak mimi dekat klang dapat makan pizza.  alhamdulillah rezeki mun dapat makan sedap-sedap ^o^



p/s:  there's something i shouldn't know.  and its hurt me more than you thought.
hye! thanks for your little precious time ♥

camping

friday, 30 august 2013.  tarikh ni merupakan tarikh yang boleh dikatakan agak malang bagi aku.  bengang, sakit hati semua ada.  and tarikh ni jugak merupakan tarikh dimana mun kena mengahadiri kem ____.  lagi satu hal lah kan.  dah la tak suka camping camping ni.  unit ko memang suka mendera student dengan benda benda macam ni.  pagi tu listening test dulu.  balik dari class baru lah mun kemas barang barang nak pergi kem.

lepas solat jumaat, dalam jam 1500 macam tu, baru kitaorang gerak by group.  tak jauh pun perjalanan nya.  tapi mun sempat lah jugak tidur dalam bas.  dah memang letih, dapat tidur ayam pun jadi lah.  sampai dekat sana, dengar briefing by encik sahak dulu.  lepas tu baru lah pergi cacak khemah and so on.  malam, lepas solat isyak, mun ingat tak ada buat apa dah.  rupa rupa nya, kena berjaga sampai pagi.  macam macam aktiviti kitaorang buat dengan jurulatih.  menyanyi dulu sebagai warm-up.  dah tu count down malam merdeka.  perghhh memang bosan lah cerita nya.  tak pernah kut sambut merdeka dalam hutan.  tup tup kena lak tahun ni, huhuhu.  ikut kan jelah aktiviti yang jurulatih suruh buat. nyanyi nyanyi joget joget.  sumpah letih.  tapi oke lagi lah daripada kena dengar briefing tengah pagi macam tu kan.  then kitaorang kena pecah lagi kepada 6 group.  malang rasa nya sebab satu group dengan hafiz -___-"  kitaorang main cat buat bendera.  nasib baik ada budak AD yang comel ni, capik, lukis untuk buat bendera.  yang lain bagi idea nak jadikan bendera tu kreatif.  so bergabung as a team la masing masing.  mun cat kan benda tu guna jari.  main lah warna cat tu dengan jari ni.  nasib baik baju tak kena warna cat tu.  siap part mun, yang lain sambung sambung.  time ni mata dah berat tahap bhabheng punya.  so mun landing lah dekat siapa siapa dalam group tu.  masing masing letih kot.  tapi mun punya letih tak payah nak cakap lah.  tahap gila punya.  dah siap benda tu, kitaorang sidai kasi kering.  then sambung lagi aktiviti lain.  hafal lagu ____ pulak.  ehh, mun dah lah pendek, mata dah sepet, disuruh pulak tengok skrin then hafal lirik tu.  memang tak lah jawapan nya.  haaa maiming kan aje.  bila jurulatih lalu kat sebelah time tu baru lah acah acah dah hafal lirik.  hahaha.  around 0400 baru diaorang lepas kan kitaorang untuk rehat.

jam 0600 dah kena bangun and never going back to sleep again.  haiyahhh mengantuk gila.  sempat lelap kejap lepas solat.  then pergi sarapan and so on.  hari ni, kena berjemur tengah panas.  oh no!!!  it gonna change my skin colour!  rileks la mun.  bukan tak pernah berjemur masa kawad sekolah menengah dulu.  watlek watpeace jelah :)  dengan berbaju hitam, tudung pun hitam.  mun almost nak pengsan dah.  huhu.  lepas zohor and lunch, mula lah aktiviti buat strecher.  *tak reti eja*  dengan halangan halangan dia.  perghhh!!  menderita sangat.  lagi menderita bila kena masuk lumpur.  "woii!!  kaki aku sangkot dalam lumpur!!"  sumpa mun cuak gila time tu.  nasib baik lah ketua group ada dekat belakang.  dia tolong tarik kan kaki mun.  takut gila wehhh huhuhu T_T  lepas tu kena mandi tasik pulak.  cantik menarik tertarik kau memang de bom -___-"  im gonna make a confession here.  i cant swim.  haha booo me yeah i know.  but.  ada mun kesah?!  hahaha.  tapi pakai safety jacket lah wei.  mana boleh tenggelam haha.  and mun berjaya lepasi semua halangan tu.  alhamdulillah :D

sempat tidur kejap dalam khemah sementara tunggu magrib.  lepas tu makan.  dengar lah briefing lama lama.  malam tu, malam kebudayaan.  setiap group kena buat persembahan.  kitaorang punya group menyanyi je.  lagu "warisan"  kena feeling.  hayati lagu tu.  cehhh, ini semua poyo.  hahaha.  kitaorang punya persembahan simple je.  and plan tu last minit.  tapi alhamdulillah ada rezeki dapat lah tempat kedua, yeayy!! ^o^  habis je malam kebudayaan tu, ada sesi bergambar dengan jurulatih.  muka time tu dah lah sembab tahan mengantuk.  tapi bila suka bergambar, mata tu celik aje.  hahaha.  lepas tu masing masing balik khemah, tidur.  dapat tidur lama sikit malam tu.

bangun pagi, sejuk tahap gaban.  tu tayah cerita.  sebab memang setiap pagi macam tu.  then pergi surau, sempat tidur lagi walaupun sekejap.  then sarapan.  kemas kemas barang.  bersihkan khemah.  perghhh letih.  tangan dua dua belah sakit sebab main monyet monyet semalam nya.  lepas tu dengar briefing, nak tidur tak dapat sebab muka dia asik pandang arah aku.  siot betul -___-"  dapat je naik bas UiTM, letak semua barang, tidur.  langsung tak sedar diri.  bangun bangun je dah sampai UiTM.  konon nya nak pergi kejar member nak amik kasut.  tapi batang hidung dia mun pun tak nampak.  so kena lah menapak ke kolej.  haishhh penat sungguh.

sampai je bilik, letak barang, bukak kipas, amik bantal, bedebam baring dekat lantai.  tunggu apa lagi, tidur lah jawapan nya.  sampai ke petang tidur nya.  bangun bangun sakit kepala.  pandang kiri kanan tak ada orang.  perghhh!!  sumpa bosan.  lepas tu boleh pulak maxis mun tak ada kredit.  lagi lah bosan gila.  huhuhu.  rasa macam nak sambung tidur lagi.  tapi bila fikir assignment banyak tak siap lagi tak jadi nak tidur.  rasa nak menangis pula bila fikir pasal assignment T_T



p/s:  suka tengok muka capik dengan sorang mamat ni.  sebab nya dua dua pakai spect.  diorang nampak comel ^o^  mun memang suka usya mamat comel comel yang pakai spect hehehe
hye! thanks for your little precious time ♥