Online Diary Moon's Stories: October 2015
Daisypath Friendship tickers

friends

hey ho holla.  oke kali ni nak cerita pasal malam jumaat.  haa korang fikir apa dengan "malam jumaat" tu hahaha.  oke let me be blunt. macam ni cerita nya.  haritu, teman beta ni mengajak lepak makan makan.  beta pun macam err boleh je nak lepak makan weekdays tapi lepas beta balik kerja lah.  dan sudah pasti nya korang ajak malam.  depa pun oke je, tak ada masalah.  oke lepas tu muncul satu masalah bila depa ni mengajak nya hari khamis which is malam jumaat.  em nak kata mun ni penakut nak keluar malam tu tak lah sangat, boleh je.  cuma nya kadang kadang tu terasa 'sejuk' jugak lah dekat lorong rumah mun tu.  nak keluar tu lagi satu hal.  tak berani nak minta izin my mom :(  nak tak nak, bff kena minta izin sendiri.  haha kelakar weh time banis call my mom.  first, abang yang pickup call tu.  second, masuk voicemail.  third, baru mama angkat.  masa call tu gelabah tanya line oke ke tak sebab masa abang pickup call, dia kata abang garang.  nak gelak berdekah je rasa.  baru kau tahu kenapa aku takut dengan abang aku tu :P  time tu kita buat rilex je pasal belum dapat greenlight dari my mom.  lepak lah melepet depan tv tu haa.  pukul 8 lebih baru siap siap, terus gerak pickup mok syera and banis.  sempat jugak gaduh nak makan dekat mana masa on the way ke Tesco Setia Alam.  diorang ajak pergi Tesco pasal nak beli barang sikit and sebab mok ejol tunggu situ, ku relakan jua lah walaupun sebenarnya nak terus pergi makan dekat Burger King.  dari Tesco nak ke Burger King, kereta pulak buat hal.  nasib ada pomen banis, hahaha.  gelabah tak gelabah lah time tu enn.  tak pernah pernah kena kereta tak mau hidup, tiba tiba kena.  mata dok tengok jam je sebab bajet masa tak nak balik lambat.  last last, 23:15 baru gerak balik, gara gara makan, sembang lebih, wefie lebih and sempat menghenna.  sejak sejak mok syera buat henna, tangan ni sengaja mengoffer untuk kena conteng.  soalan "free ke bayar" tu mesti didahulukan.  kalau free ku relakan jua hahaha :P  dah kelam kabut balik, drive macam setan sikit lah.  kereta pun tak banyak so tak apa lah kan, heheh.  jalan sunyi sepi je.  nasib baik radio ada, pasang kasi kuat sikit.  sampai rumah masing masing dah tidur.  lega jugak lah tak kena bebel malam tu.
hari jumaat bantai banyak gila kerja.  patah pinggang beta.  balik kerja, sempat lena kejap dengan tak mandi nya.  bangun solat maghrib lepas tu sambung tidur lagi.  terjaga jam 22:23, ruang tamu tak ada orang.  mama dah tidur, abang dekat bengkel belakang.  pergi mandi then makan.  layan lah cerita Sleepy Hollow.  Johny Depp muda muka hensem betuiii XD  and sebab tadi dah terlajak tidur jugak lah beta mengupdate blog ini.  sekian.
credit to:  oppo




p/s:  mok ejol, semoga kau selamat terbang balik Sarawak and balik sini, study kau semua oke je and happy dengan gf kau.  mohon terharu Muhaizat Aizul ! XD

hye! thanks for your little precious time ♥

mid time

haa beta ada satu story yang nak luah dekat sini.  oke gini cerita dia.  hari ni beta keluar hangout dengan teman beta.  sembang awal nya macam tak jadi nak keluar sama tapi pergi jugak walaupn cuma bertiga.  so, pagi tadi bila dah dapat confirmation dari depa berdua, dapat pulak berita ada roadblock dekat pekan dari setiap arah.  dah lagi satu hal menawaf sikit lah nak elak roadblock tu.  dah pickup wanis, kami pun merempit lah ke KTM Padang Jawa.  nak naik train kami macam blur blur sikit pasal dah lama tak naik.  nasib baik lah sampai jugak ke destinasi.
dekat mall, tunggu teyha yang tak muncul muncul.  nak tengok wayang tak ada cerita yang menarik.  nak makan tapi kena tunggu teyha.  dan akhirnya kami jalan jalan pusing satu mall tanpa arah tuju.  dah penat berjalan nak duduk tak banyak pulak tempat duduk yang ada.  last last kami duduk lah dekat depan McDonald tunggu teyha datang.  berejam jugak lah kami tunggu teyha ni dekat mall.  masa mun tengah korek barang dalam handbag, ada lah sorang budak kecik ni tiba tiba lambai tangan.  mun pun lambai lah balik lepastu dia siap bagi flying kiss, alahai comel sangat, melting ^___^  rugi tak amik gambar dia.  tak lama lepas tu, ada pulak hamba yang peluk kami dengan tiba tiba.  alhamdulillah muncul jugak teyha nya.  bukan nya apa, kami lapar.  tunggu dia semata nak makan sama sama.  lepas tu jalan jalan lagi pusing mall.  masuk macam macam kedai, MPH, kedai accessories, pergh rambang mata dibuat nya.  berpinar kejap mata ni, hahaha.  dapat lah seutas gelang.  i really love it even though its not expensive.  lepas tu jalan lah lagi teman depa beli itu ini.  nak patah kaki ni haa.  nasib baik pakai selipar je, kalau pakai wedges macam mana pulak gaya nya haa, hahaha.
time nak balik lagi satu hal.  salah platform gara gara ikot teyha.  erm kira macam kami hantar teyha balik la, lebih kurang macam tu.  penat wehh kaki ni naik turun tangga gara gara salah platform.  dengan perangai wanis yang suka berlari dekat tangga sebab nak kejar train padahal train lain yang sampai.  kelam kabut jugak lah hidup mun bila dengan wanis ni, hahaha.  aduhh macam macam hal member member beta ni.  singgah KL Sentral kejap beli air.  dahaga gila dah berlari sana sini turun tangga semua.  mun pulak menyempat beli sehelai baju, haha.  dah berkenan beli la.  tak beli nanti kempunan pulak hahahh.  again salah platform and berlari turun tangga.  aduhhh nak balik je pun, tu pun lupa jalan dah.  nampak sangat la kan betapa kelam kabut nya hidup bila dengan wanis ni kan XD  then balik lah nak pergi mana lagi.  dah lah wanis dengan motor mun tak ada chemistry.  asik tak boleh masuk gear je, pelik betul.  apa apa pun, sampai jugak lah dekat rumah dengan selamat dan penat nya sebab mun rasa hari ni mun banyak bebel atas motor.  hahaha kesian wanis berdarah telinga dengar mun bebel.  oke dah penat nak taip pepanjang lagi.  jumpa lagi next post.  sayonara.
credit to:  oppo 



p/s:  thank you jemah jemah yang meluang kan masa bersama hari ni :D

hye! thanks for your little precious time ♥

coming soon

wow dah berbulan tinggal kan blog ni.  bersawang teruk dah haa.  now nak buat cleaning session kejap.  mun baru je lepas buat pengesahan kedatangan nak ambil jubah.  benda mudah je pun tapi sebab kena bukak laptop kan so macam malas gila.  so far yang tinggal bab yuran je la.  bab printing nanti tunggu free pergi serang printer rumah my sis.  so what did i mumbling about just now?  convocation day lah weh.  around 3 weeks more.  so preparation satu apa pun tak buat lagi.  nak pergi bila, stay dekat mana, tu semua tak bincang lagi dengan depa.  kalau ada kereta sendiri tak ada lah risau sangat sebab boleh drive pergi sendiri tapi ni kena tunggu depa siap lah bagai.  aihh serabut fikir.  one more thing is baju pun tak beli lagi.  mom said pakai jela baju yang ada tu but i was like "ma, tu semua baju pergi class.  nak la pakai baju meriah sikit.".  i is sad you know.  but tang baju kita letak tepi dulu kasi settle yuran dulu.  nak ke Bank Islam ni yang paling malas.  jauh nunn kat SCM sana baru ada ATM BIMB.  itu pun satu je and kalau tak rosak.  sedih beta.  mohon ATM BIMB terpacak dekat pekan, dekat sikit.  semenjak duamenjak tigamenjak ni memang beta malas sungguh nak keluar.  kerja, balik kerja, isi minyak, tu jela rutin hidup sekarang.  akan datang tak tahu lah macam mana.



p/s: still wondering.  will you come?

hye! thanks for your little precious time ♥