Online Diary Moon's Stories: December 2013
Daisypath Friendship tickers

2013s

hai semua.  hari ni 31 Disember, merupakan hari terakhir dalam tahun 2013.  firstly mun nak ucap, Selamat Hari Lahir dekat bbf mun, Mr. Hezry.  semoga awak sihat selalu, murah rezeki dan semoga awak dapat apa yang awak idamkan selama ni.  may your day be filled with happiness and joy.
sepanjang tahun ni, banyak betul kenangan bagi mun.  antaranya, dapat kenal dengan kawan baru, belajar dengan kawan baru, dapat best partner baru and macam macam lagi lah.  most important is mun dapat bbf baru.  haa tahu tak bbf tu apa?  bbf tu best boyfriend lah.  siapa best boyfriend mun?  mesti lah Mr. Hezry :3  ♥
oke nak cerita dari mana ek?  awal tahun?  tengah tahun?  akhir tahun?  seriously tak tahu nak start cerita dari mana -___-"  awal tahun,  study habis kan masa sepanjang sem dengan buku, quiz, test, presentation, assignment.  muntah kan semua tu masa final test.  lepas tu cuti sem.  sepanjang cuti sem tu mun duduk rumah je, jadi isteri yang solehah sikit.  tengah tahun, masuk UiTM balik, sambung study lagi.  kali ni dugaan bertambah.  bulan puasa pula.  first time oke mun puasa tanpa family disisi.  jujur mun cakap, masa tu pemakanan mun memang tak terjaga.  and time puasa tu jugak lah, mun dapat gastrik.  rasa dia memang tak boleh nak describe macam mana.  sakit sangat.  first time kena kan memang lah sakit.  bila gastrik tu kerap datang, dah biasa dah.  so i go through the semester with my "new friend" gastric.  sepanjang belajar tu, ada jugak mun ambik masa pergi jogging dengan member kesayangan, syai.  ada jugak mun ambik masa pergi makan dengan si dia.  tiba tiba pulak kan mun rajin pergi jogging.  sebab nya stress bertambah and final just around the corner.  so decide untuk cergas kan minda ni dengan berjogging petang petang.  bila final, muntah kan semua nya sama macam sebelum ni.  then cuti sem.  cuti kejap je, so pejam celik pejam celik dah habis cuti.  masuk sem baru.  sem baru ni macam mana?  classmate still sama macam sem lepas, alhamdulillah tak kena tukar class lagi.  erm roomate?  roomate baru, tu je yang tak best.  diorang masing masing buat hal sendiri.  i should be oke with that.  tapi entah kenapa entah, setiap kali masuk bilik je, mun rasa sangat tak seronok.  its better to live alone rather than have to face with people but having no interaction with them.  bab study pula, masuk bilik je rasa mengantuk, susah nak study.  banyak lagi benda yang mun nak merungut pasal kolej baru ni tapi tak apa lah.  malas nak cerita panjang panjang.  yang tak best nya, awal awal sem lagi dah ada masalah.  first day kuliah ended with bullshit and two friend of mine bergaduh pasal event.  mun tersepit dekat tengah tengah.  one left and i can't find her, so i follow with the other one.  then i've been ignored so i left her.  i go with my bbf.  spent that night with him.  i just love to remember about that night with him ♥  untuk sem baru ni je dah banyak kali kitaorang dating.  dating kitaorang tak semestinya kena keluar pergi tengok wayang ke apa ke.  kitaorang just jumpa, lepak, berborak, berdebat.  kitaorang ni kan profesional, so rasa nya tak perlu kot nak hangout selalu sangat.  jumpa kejap je cukup lah, buat hilang kan rindu.  and to be honest, setiap kali jumpa dia, mun akan rasa nervous.  macam mana lah mun tak nervous.  dia tu suka sangat tenung mata mun.  tapi mun still buat muka cool, acah acah comel.  hahaha.  about pelajaran pula, so far, ada yang oke and ada yang rasa macam susah sangat bagi mun nak catch-up.  but hopefully mun dapat lah naik kan lagi pointer mun sem ni.  hari tu, dia dah bising je kenapa pointer mun boleh jatuh.  haila, dah tak boleh nak jawab apa -___-"  diam kan diri je bila dia membebel.  this time, mun kena kerja keras lagi untuk naik kan pointer.
cukup pasal kehidupan di UiTM.  now mun nak cerita pasal life sepanjang dekat rumah pula.  mesti lah cerita time cuti panjang je.  its not an interesting story to share because my life is totally boring.  duduk rumah tengok tv, online, makan, jogging, tidur.  cuma ada lah satu dua kali tu, mun keluar hangout dengan kawan kawan.  ada jugak keluar berdua je dengan kawan kawan, but its NOT dating.  cuma keluar pergi tengok wayang and makan.  thats all.  mulai cuti midsem ni, mun dah dapat pesanan from mama.  lepas ni dah tak boleh keluar berdua dijemput by them dekat rumah.  oke, kena lah mewempit keluar sendiri.  bosan nya lahai -___-"  tapi tak apa lah.  kan dah ada bbf.  kenapa nak sedih or marah bila tak boleh keluar dijemput by them betul tak?  nak pergi mana mana lepas ni, pergi sorang sorang.  tak pun bawak mama sekali buat teman hahaha.  oh ya sebelum end this story, there is one more story i would like to share.  guess what.  petang tadi mun drive!!!  OMG!!  OMG!!  OMG!!  XD  do you know how nervous i am bila kereta tu mula bergerak?  cuak tak cuak jugak lah.  dah la kereta tu besar and mun ni kecik je.  tak nampak depan and tak tahu nak agak macam mana time parking tu.  takut melanggar and something happend dekat kereta tu je.  ikut jelah cakap abang dah oke ke belum parking kereta nya.  lepas tu boleh pulak abang buat mun cuak.  dia cakap mun langgar pasu bunga orang.  padahal cantik je mun parking kereta tu.  nak bangga kejap ni ^o^  keluar je kereta, menggigil satu badan.  hahaha parkinson kejap.  masuk bilik kena angin baru oke sikit.
maka dengan itu, tamat lah cerita menarik bagi mun sepanjang tahun 2013 ni.  berharap tahun 2014 nanti, lebih banyak lagi perkara menarik yang berlaku.  berharap juga agar tahun 2014 nanti, hubungan mun dengan bbf bertambah akrab and we'll be more sweet.  tak lupa juga, berharap agar pointer mun naik untuk sem ni dan tak akan turun lagi untuk sem yang akan datang.  amin O:)



p/s:  awak, saya tak mampu nak beri kan gadjet yang berharga sebagai hadiah birthday awak.  saya cuma mampu untuk sayang awak dan belajar setia kan hati saya untuk awak.  thanks sebab anggap saya ni istimewa bagi awak ♥ ^o^
hye! thanks for your little precious time ♥

farji & wawa: the engagement

hai hey ola.  ada cerita nak share ni.  haa meh duduk ontok ontok depan laptop/pc korang.  bismillah~
firstly mun nak ucap tahniah dekat cousin, aji sebab dah bertunang.  and bakal jadi suami coming soon.  muda lagi dah nak kahwin.  bagus lah kan.  tak ada lah asik ke hulu ke hilir bawak anak dara orang je.  dah tunang tu oke lah.  dah ada ikatan.  so kena jaga elok elok ikatan tu.  oke dah cukup mukadimah tu.  tak reti nak panjang lebar lagi.  kang salah tak pasal pasal kena saman -___-"
so pagi tu bangun lah lebih awal daripada biasa.  mandi and then bersiap.  kasi tacap sikit muka ni.  dah lama tak make up.  tak reti pula bila nak make up hari ni.  *ini semua dusta XD*  mun make up sikit je sebab natural beauty tu lagi cantik and simple =)  yes thats right!!  pergi belakang tengok diorang sibuk mengangkat dulang hantaran.  mampu tengok je sebab tugas mun hari ni amik gambar.  be a photographer.  ecewah, macam pro je gaya nya kan.   padahal nak setting camera pun dah lupa hahaha XD  whatever lah kan.  yang pasti dslr tetap ditangan.  bila masing masing dah amik tempat, dah naik kereta, kitaorang anak dara bertiga, naik van.  terbaik lah!!  dah comel comel macam ni naik van yang tak ada aircond.  cair make up woiii!!  hahaha.  masa bergerak tu oke lah lagi sebab buka tingkap, so ada angin.  tapi bila berhenti kejap tunggu yang lain, yang tu tak boleh tahan.  5 minit je cukup, tayah lama lama, muka ni dah start berpeluh peluh.  haiyakkk >_<  sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam tu, banyak kali stop tepi jalan just to make sure tak ada yang tertinggal.  sigh -___-"  rombongan nya ramai sangat.  bertunang je ni dah sepuluh biji kereta yang follow.  kahwin nanti tak tahu lah.  10 biji bas pulak kot.  memang macam tu ke kalau jadi cucu sulong?  haih entah lah.  lantak depa lah.
bila dah sampai sana, first thing, tangkap picture diorang bawak hantaran.  13 dulang.  kalau berbaris macam mana ek?  memang tak muat lah nak tangkap gambar -___-"  mereka ni pun satu.  kabot benau.  haa kan dah keluar loghat melaka.  dah situasi macam tu, amik alakadar je sudah.  nak amik gambar cantik masing masing kabot, malas lah mun macam tu.  tunggu diorang semua masuk rumah, baru lah mun masuk.  pergh ramai wehhh!!  penuh rumah tu.  as conclusion nya, mun berdiri je sepanjang mereka berbincang pasal hal tu, faham faham jelah hal apa kan haha.  mun yang berdiri kebosanan amik jelah gambar banyak banyak.  baik orang baik hantaran sama je.  dah bosan nak buat macam mana.  takan nak bagi tugas dekat orang lain?  tak ada pengganti pun.  time sarung cincin pun mun amik je gambar banyak banyak.  mesti lah ada photographer dia sewa sendiri kan.  yang mun pelik nya, siku mamat tu asik kena lengan mun je -___-"  nak je mun cakap "tahu lah tangan awak tu panjang tapi perlu ke asik kena saya je =..="  tapi tak kesampaian.  tempat orang kan.  so better diam.  dah sarung cincin dah habis bincang, time makan pula.  mun duduk dulu dekat meja sementara tunggu yang lain amik makanan.  then tiba tiba mama panggil.  ehhh mama dah amik kan makanan untuk mun lah.  yeay!!  tayah nak beratur amik makanan hehe ^o^  lepas tu amik gambar lagi.  dah tugas mun memang amik gambar orang je hari ni kan.  so tak boleh nak mengeluh.  kali ni bukan diorang yang kelam kabut, mun yang kelam kabut.  orang sana sini panggil minta di foto.  dah lah pakai heel.  oke fine, penat.  gambar sendiri tak ada.  nak minta mamat photographer tu amik kan gambar dengan tunang aji pon tak sempat.  kambing gurun betul!!!  T___T  lepas tu masa nak balik, mamat tu pesan "hati hati jalan"  eh awak ni, dah la asik menyiku saya masa dekat dalam rumah tu, tumbuk awak kang.  hahahaa  XD  *ayat acah acah berani*
lepas tu, kitaorang singgah masjid solat kejap then balik lah.  kitaorang lalu kapar.  masing masing hilang time balik.  haluan masing masing.  yang dekat dalam van pulak, masing masing nak lelap.  mun tidur tidur ayam je.  cukup lah tu.  kitaorang orang yang pertama sampai rumah dulu.  disebabkan bawak balasan hantaran, so kitaorang kena tunggu dekat rumah nenek aji.  dekat situ mula lah kitaorang bosan.  main camera lagi.  but this time, pakai camera phone je.  malas nak pegang dslr tu.  acah acah sweet je masing masing haha.  sempat juga tengah batuk + selsema ni, makan aiskrim corneto.  budak kecik belanja pulak tu.  mewah hidup kau jahhh.  haha makan jelah.  rezeki jangan ditolak :D  lepas tu apa?  em melepak jelah dekat rumah nenek aji tu.  the end!
credit to: nikon & sony

lelaki: merah 13 dulang * perempuan: ungu 15 dulang



p/s:  awak yang tengah demam tu, jangan lupa pergi klinik and makan ubat tau.  semoga cepat sihat awak.  miss you.  take care ♥
hye! thanks for your little precious time ♥

jom balik!!

hai semua.  apa khabar?  sihat tak?  mun tak berapa nak sihat ni.  sakit tekak pula tiba tiba.  tak apa tak apa, jangan risau.  tak lama lagi elok lah tekak ni.  hey hey hey, i'm home everyone.  midsem break 2weeks.  actually tak rasa excited sangat pun nak balik ni sebab tahu assignment belambak lecturer bagi.  eh diorang ni bagi cuti macam nak tak nak je.  eei geram pula rasa nya.  sekarang nak cerita pasal semalam.  yah semalam.  pagi tu ada kuliah macam biasa dekat MK dengan dekat blok B.  pagi tu ada quiz note taking tau.  mun sikit pun tak baca buku or notes.  masuk makmal awal, so sempat la baca sikit sikit.  tak risau sangat sebab ingatkan senang kacang goreng.  tengah jawab tiba tiba tak ingat jawapan.  eh apa lagi, tanya orang sebelah la.  nasib baik la orang sebelah study hahaha.  quiz sejam je so kitaorang keluar awal.  pergi sarapan dulu dekat kafe sunshine.  lepak dengan adah, zila, fiza and shamira.  adah kata itu kak sha.  mun tak tahu pulak dia tua setahun.  oke lah lepas ni panggil dia kak sha je.
next class, mengantuk.  kitaorang masuk kelas awal.  menggila main camera.  nak habis kan bateri phone so lepas class nanti boleh cas sampai penuh sebab petang nak balik dah.  bila miss dah masuk, time tu pun syaitonirojim seronok bergayut gayut dekat kelopak mata ni haa.  mengantuk gila time lecturer bagi lecture.  dah lah miss asik aim tempat mun je sebab gege azim dengan muka mengantuk dia duduk belakang mun.  so nak tak nak kena lah tahan sampai sakit kepala.  bila dah habis, baru lah rasa lega.  time tu pun dah segar.  then kitaorang nak pergi jumpa ustaz tapi ustaz tak ada.  so mun dengan adah pergi lah withdraw money dekat ATM Bank Islam.  lepas tu beli makanan and balik bilik.  mun beriye nak balik bilik cepat sebab nak jumpa syai dulu sebelum dia balik.  tapi kecewa akhirnya.  dia dah dekat depan u time mun sampai bilik T_T see you next year babe!!
dekat bilik mun kemas kemas barang dulu lepas tu makan.  macam biasa, makan sambil layan movie.  tengok cerita warm bodies diam diam.  dah habis tengok movie pergi basuh baju pula.  pakai tangan je sebab tak ada duit nak basuh pakai mesin.  haa sebelum balik semalam memang duit mun dah habis licin.  seringgit pun tak ada.  keluar dari bilik air tengok dekat luar hujan.  oh gosh!!  macam mana nak balik ni!!!  cuak lah sebab payung tak ada.  nak redah boleh je tapi sampai gate tu lencun lah.  serupa baru lepas mandi.
tengok jam dah 16:20.  hero whatsapp tanya nak jumpa tak.  mesti lah nak jumpa dulu sebelum balik.  kalau tak jumpa nanti rindu pula.  dia dah sampai dekat bawah mun tak siap lagi.  kabut dibuat nya.  sorry buat awak tunggu lama.  huhu :/  siap siap terus turun bawak beg nak balik nanti.  masuk kereta dia, pandang belakang, penuh!  masa tunggu mun turun tadi dia kemas tempat nak letak barang mun.  cantik je satu seat kosong dekat belakang.  dah mun bawa dua beg je, dia sepah kan balik.  haha.  kitaorang pergi lexi dulu, lepak minum kejap.  kesian dekat dia.  hahaha.  masa dekat lexi si adah mengada, kalau nak tumpang cakap jelah.  nanti kitaorang kemas balik seat belakang tu.  sebelum pergi kolej merdu, kitaorang susun balik barang untuk adah tumpang.  call adah tak berangkat.  pergi naik bilik dia, tak ada orang dah.  call dia lagi, dia cakap dah dekat depan u -___-"  penat mun berlari naik bilik dia.  masuk kereta mengah mengah dibuat nya.  nasib baik ada air hero belanja dekat lexi.  tak ada lah kering tekak ni haa.  then kitaorang keluar lah.  hero hantar mun dekat depan u.  babai UiTM Melaka.  babai hero.  drive elok elok .>o<.
mun tunggu bas sampai dengan adah.  time tu dah mula rindu hero :(  haha oke gedik sikit XP  naik bas and here we go, heading to klang!!  dalam bas tak ada nya nak bercerita.  dengar lagu, main phone je.  whatsapp abang demok and syai.  nasib baik adah ada powerbank.  bb mati so pinjam pb dia je.  almost half way, nak ke TBS kot, mun tidur.  mengantuk gila bak hang.  time tu pun dah mula ada feeling feeling mabuk jalan.  tak tahu lah sejak bila dah pandai nak mabuk mabuk jalan ni huhu.  dah sampai TBS, mun turun dulu then tunggu adah.  dalam hati "cepat lah wehhh!!  nak terkucil dah ni!!"  lama gila kot menahan.  should be, sebelum keluar tadi membuang dulu.  ni tak, sebelum keluar tak membuang pastu pergi minum.  memang cari nahas lah -___-"  pergi mencari toilet dulu lepas tu baru pergi makan.  tiba tiba pulak teringin McD tapi tak ada.  KFC je yang ada.  itu pun ramai gila orang dekat dalam tu.  adah mencari tempat, mun pergi order.  lega perut ni haa bila dapat makan.  kenyang alhamdulillah.  kitaorang dah habis makan, khairi dengan botak baru sampai.  kitorang pergi dulu malas nak tunggu diorang berdua haha.
menunggu train sempat lagi posing.  mun snap pic adah je sebab dia yang beriye nak amik gambar.  haha.  train sampai masuk koc wanita.  seat penuh so berdiri jelah.  kejap je sebab nak ke KL Sentral.  menunggu train lagi.  time ni betri dah low.  mana tak low nya, dari tadi asik main phone pakai internet je.  train sampai mun berdiri depan adah je sebab tengah share pb.  sanggup berdiri semata mata tak nak berenggang dengan phone.  hahaha peduli lah.  penat berdiri, mun duduk je dekat lantai tu haa buat muka tak bersalah.  kesah pulak, macam tak biasa XD  half way heading to klang baru ada 2 seat kosong sebelah sebelah.  ajak adah duduk situ.  pergh lega nya dapat duduk.  si adah dah lentok dekat bahu mun.  hey hey revenge time lah.  snap pic dia yang tengah tahan nak muntah.
dah sampai klang, mama tak sampai lagi.  so i have to wait for them.  nasib baik hero teman.  tak ada lah bosan gila menunggu mama sorang sorang dekat situ.  yah i'm alone while waiting for my mama because adah dah balik dulu.  boleh pula terasa lapar.  makan lah bekalan roti dalam beg.  mama sampai siap pakai jaket lagi.  amboi, sejuk betul keluar malam hahaha.  tapi malam tadi memang sejuk lah.  mun balik rumah, basuh muka and kaki je.  malas nak mandi.  sejuk.  tapi tidur tetap pasang kipas without blanket.  pelik tapi benar hahaha.  melayan hero kejap sampai mun tertidur.  the end!!
credit to: sony experia




p/s:  thanks hero sebab sudi tunggu lama lama, tolong hantar dekat depan time hujan and thanks juga sebab belanja minum.  wo ai ni ♥ hehee ^o^  miss you already.  take care selalu =)
hye! thanks for your little precious time ♥

pengalaman di negeri orang

hai people, i've got new story.  tak ada lah baru sangat pun haa.  hari ahad hari tu, mun dengan syai pergi hangout dekat bandar.  saje je jalan jalan habis kan duit.  hahaha.  macam dah kaya sangat je masuk sem ni XP  tak ada la.  kitaorang keluar sebab nak release stress akibat duduk terperap je dekat dalam bilik ni haa.  antara faktor faktor gila sementara ialah terperap dalam bilik.  serius talk!  haha.  *hoii apa aku merepek ni!!*  ignore it.
macam ni la cerita nya.  pagi tu mun bangun around 10:30am sebab tidur lewat buat kerja.  lepas tu syai mai bilik kata nak keluar.  syai ni sekali dia confirm nak keluar mesti keluar punya lah.  mun pergi lah mandi bersiap and sarapan dulu.  first thought nak naik teksi tapi mahal gila nak mampus.  mun pun lupa teksi pergi sana sumpa mahal and selama ni kalau pergi, mun pergi ramai ramai sewa kereta.  so kitaorang tunggu lah bas.  lama gila tunggu bas yang rare dekat depan UiTM tu.  almost sejam.  nasib baik lah ada.  lepas satu satu destination kitaorang turun.  letih dia tak payah nak cerita.  sesak dia dalam bas pun tak payah nak cerita.  dah macam ikan sardin dalam tin je rasa nya -___-"  dah sampai sana pergi isi perut dulu.  kebulur dari pagi tak makan apa cuma minum milo.  dalam bas perut dah berkeroncong je.  lepas makan baru lah kitaorang pergi shopping.  nampak kasut cantik cantik.  rasa macam nak beli je tapi nanti my mother marah pula T___T kasut baru dah ada tiga pasang untuk sem ni.  so syai je yang shopping kasut.  nampak kasut hitam memang smart habis.  mun dengan syai dah tertarik dengan kasut tu.  syai nak beli tapi tak ada saiz.  eei geram pulak rasa.  kenapa lah kaki syai tu besar sangat.  kan dah tak dapat nak beli kasut smart tu.  huhuhu.  redho jelah.  so dia beli kasut yang lain.  smart juga lah, warna coklat.  lepas tu kitaorang masuk SASA.  mun tengok syai shopping sakan dalam kedai tu.  apa yang di offer cina tu dia amik je.  dalam hati, syai ni mesti lari bajet nanti.  memang betul pun bajet dia lari.  shopping tak ingat dunia.  sebelum balik tu kitaorang terjumpa satu pokok krismas besar dalam mall.  kitaorang berhenti lah dulu.  amik gambar.  hehe ^_^  yang tak best nya, ada pula tikus mondok dekat tingkat atas dalam mall tu.  sampah masyarakat betul la -___-" spoil mood happy kitaorang je.  lepas tu, kitaorang ingat nak pergi Melaka Sentral naik teksi je tapi akibat bajet dah lari, naik lah bas.  nasib baik time tu bas baru sampai.  so tak ada lah kena tunggu lama gila.  tunggu bas dekat Melaka Sentral yang lama nya boleh buat mun tertidur.  dah lah waktu maghrib.  dengan angin yang sejuk nya, memang best untuk tidur.  dalam bas syai dah lena dah.  mun je yang tak boleh nak lena.  sampai je dekat bilik, letih nya sumpa terasa.  macam nak minta kerusi urut ogawa time tu jugak.  lepas tu kitaorang bertiga lepak dalam bilik.  tambah lagi sorang sebab ayun datang bilik mun.  penat sangat dah sampai diorang berborak mun diam je.  ayun dah pergi bilik kawan dia baru lah kitaorang masing masing pergi mandi.  sebelum tidur mun gosok baju dulu sebab ada class pagi isnin tu.  nasib baik tak lambat masuk class.  time class CTU mata mengantuk gila gila.  macam mamai dalam kelas tu.  dengan lapar nya lagi, sejuk nya.  tak jadi apa lah pergi class.  kepenatan kuasa kuda -___-"



p/s:  tiba tiba Mr. H ajak dating kejap dekat bawah tadi.  ta xiwang "wo ai ni".  melting ^_^
hye! thanks for your little precious time ♥