Online Diary Moon's Stories: June 2013
Daisypath Friendship tickers

ibarat air yang dicincang, tak akan putus

tengok tajuk tu.  cewah!!  berperibahasa.  dah pandai dah nak guna peribahasa peribahasa ni.  mentang mentang sem ni ada belajar bahasa melayu -____-"  merepek oke abaikan.
today, mun keluar pergi jumpa grandfather dekat kampung with akak, brother-in-law, dedek, abang boy and abang ae.  pagi tu, dalam pukul 10:00 akak datang.  kitaorang bersiap kemudian keluar pergi angkut abang ae dekat rumah sewa dia.  then kitaorang pergi sarapan dulu kejap.  lepas tu baru lah on the way ke rumah atok.  sampai je rumah atok kitaorang lepak lah kejap.  borak borak teman kan atok.  alhamdulillah atok sihat lagi. cerita cerita cerita dah 14:00.  kak jimah pula sampai.  tambah lagi sejam berborak.  mun tak masuk campur pun mereka bercerita.  sibuk main game dengan abang ae je.  seronok pula game tu.  haha :D  tak lama lepas tu kitaorang minta diri nak balik.
dalam kereta mun dengan abang ae sambung main game tu.  main macam orang gila.  hahaha XD  lepas tu akak hulur phone dia sebab dalam tu pun ada game yang sama.  bila dah dihulur amik jelah.  main punya main sampai nyawa habis.  lepas tu belek belek phone.  bukak camera depan.  snap satu gambar.  rasa tak seronok, so ajak abang ae.  snap satu gambar.  then melintangkan ajak abang boy sekali.  kecoh kecoh je kitaorang dekat belakang.  akak kat depan bagi idea, snap gambar guna tab.  yeehaw!!!  XD  lagi mun suka.  hahaha.  jangan tak tahu, mun pun gila camera bila kena mood.  so macam macam gaya ada bila adik beradik ni menghadap tab.  menggila dekat belakang.  dedek pun join sama.
dah sudah tu kitaorang pergi lah jalan jalan.  first pergi SACC Mall.  lepas tu ke giant pula.  jalan jalan jalan shopping shopping shopping.  bukan main banyak lagi akak shopping.  and hari ni hari tanpa plastik.
lepas shopping tu kitaorang pergi makan pula.  kelaparan masing masing.  pergi makan char kuay teow dekat TTDI.  second time mun makan char kuay teow.  tak makan actually.  dont ask why.  just dont! amaran keras!  hahaha aneh aneh je kan mun ni.  yah yah annoyed.  i know.  sometimes.  wait!  did i care?  no, actually.  hahaha.  oke oke dah lah tu.  penat nak taip panjang panjang.  so that's all!!  thanks for your reading. =)
credit to:  samsung
original us
with daughter fruit (anak buah) kami
abang &adik



p/s:  bila lah abang abang mun ni nak kahwin . . . . . . . ehh, tiba tiba je haxhaxhax!  XD

hye! thanks for your little precious time ♥

finally home! ^_^

hai saya baru balik dari new zealand!!  hahaha XD  cehh mana ada new zealand lah.  tipu je semua tu.  cerita yang sebenarnya, nak cakap i got new experience.  hari ni sabtu, so semalam lah.  mun balik rumah naik bas.  minta tolong kawan beli kan tiket and turun dekat TBS.  pagi tu keluar macam nak pergi class pagi.  jumpa kawan dekat tangga library.  keluar dari UiTM sama sama.  kitaorang tak pakai kad pelajar masa nak keluar gate.  so before sampai gate tu kitaorang kelam kabut lah nak amik kad pelajar.  ingat polis bantuan tu tak nampak kitaorang tak pakai kad pelajar tu, rupa rupa nya dia nampak.  dia cakap "tayah lah nak pakai, dah nak keluar dah pun".  kitaorang apa lagi, senyum macam kerang busuk je depan polis bantuan tu.  keluar je gate, kitaorang gelak habis habisan.  tak tahan tengok muka polis bantuan tu masa tegur kitaorang.
tunggu lah bas dekat depan UiTM.  sebelum pukul 0830 kitaorang dah terpacak dekat situ.  sikit punya lama kitaorang tunggu.  around 0900 baru lah menjelma bas tu.  naik bas and tak lama lepas tu tidur.  ohoi sodap nyo dapat tidur.  segar sikit bila sampai dekat TBS.  lepas tu naik tren turun dekat KL Sentral.  beli tiket and then ada orang belanja makan aiskrim.  horey!!  tunggu lah KTM sambil makan aiskrim tu.  dalam train kitaorang berbual bual sampai lah dekat destination masing masing.  mun turun dekat Shah Alam.  then picked up by brother-in-law.  pergi cuci kereta dulu then ke rumah father dekat seksyen 17.  first sibuk main handphone.  then bila abang arip buka laptop dia yang windows8 tu, mun main mahjong, hahaha!  XD  pening pakai benda yang canggih canggih ni.  lepas tu makan time.  perut dah lapar dari pagi sampai ke tengah hari sampai ke petang tak makan lagi.
lepas tu amik phone abang arip, main camera.  snap snap snap!!  XD  seronok pula main front cam dia. dah snap, bluetooth dengan sony ericson, then delete.  gambar tu mesti di delete.  kalau tak habis tersebar dekat facebook.
around 1700, pergi pula ke Taipan, Subang Jaya amik akak dari tempat kerja.  masa on the way balik rumah, perut meragam.  memulas macam mesin pengisar.  terpaksa lah tahan dengan jalan yang tak rata nya.
bila dah sampai rumah pula lain cerita nya.  mun duduk seat depan.  akak and abang arip keluar dari kereta.  mun still dalam kereta konon nak buat surprise.  tengok beriye abang arip mengenakan mama.  mun dah tak tahan asik nak gelak je.  last last keluar juga dari kereta.  lepak lepak kejap dekat rumah makcik sampai maghrib.
balik rumah, mandi apa semua dulu, then siap siap ke rumah father lagi.  malam ni father ada buat bbq kecil kecilan.  sampai sana nampak abang ae.  lain dah muka dia.  dengan rambut panjang ala ala retis tapi mun tak ingat nama.  oke abaikan.  makan makan makan lepak lepak lepak, balik.  dalam kereta mengantuk gila.  tahan je mengantuk tu sampai dekat rumah.
masuk je rumah on tv tengok tv3.  kalau tak silap, 2fast2furious.  scene yang paling menarik pula tu.  2 biji kereta masuk dalam garage, tak lama lepas tu garage tu dibuka, then banyak kereta keluar.  dari dulu lagi suka scene yang tu.  dah nak habis tapi tengok aje.  sebab cerita tu memang best.  tak sempat nak buka selendang dulu ke apa ke.  terus duduk dekat kerusi and tengok cerita tu sampai habis.  lepas tu baru lah masuk bilik tukar baju apa semua tu lah.  then keluar kan "bukunota" mun ni and online kejap sambil tengok cerita apa entah lupa lagi tajuk cerita tu dekat CH729.  thats all!!
credit to:  samsung
di rumah father
di subang jaya



p/s:  bila penat mun jadi cepat sangat lupa.  so harap maklum.  mun memang sangat penat tapi masih lagi rajin nak share story dekat sini =)
hye! thanks for your little precious time ♥

Lendu Highland

here some story i want to share.  baru baru ni UiTM Alor Gajah dilanda jerebu.  yes, macam dekat Segamat jugak.  cuma dekat sini tak berapa nak teruk lah.  first, mun cuma ingat jerebu biasa biasa je.  but then satu pagi ni, bangun  dari tidur, keluar bilik nak pergi toilet.  alah toilet depan bilik je.  basuh lah muka.  lepas tu pandang lah ke arah tasik.  usually nampak pokok pokok yang hijau tu.  tapi pagi tu cuma nampak samar samar.  almost tak nampak pokok pokok tu pun ada juga,  then masuk lah bilik.  talk to my only roomate.  jerebu makin teruk. check on twitter.  banyak cerita pasal jerebu.  oke baru tahu jerebu masa tu tahap bahaya.  so, untuk jaga kesihatan, duduk lah dalam bilik tu diam diam.  going out only when needed.  kalau ikut kan hati, tak nak pergi class dalam keadaan jerebu macam ni.  but dah jadi tanggungjawab as a student.
disebabkan ramai student minta cuti dekat MPP melalui twitter, so MPP minta pihak kampus induk cuti sementara tunggu jerebu hilang.  keputusannya, hari isnin class ditangguhkan.  student semua suka gila.  ramai student yang buat keputusan untuk balik ke rumah masing masing.  without knowing cuti yang diberi tu sampai bila diorang balik je.  so petang hari isnin tu MPP beri maklumat selasa class akan diadakan seperti biasa.  kebetulan isnin tu pergi merayap kejap dengan kawan.  balik daripada hangout tu, nampak ramai student balik ke UiTM.  rasa macam nak booo je dekat diorang ni hahaha.  start selasa tu semua class start as usual.



p/s:  conclusion nya dekat sini, korang yang kecoh pergi marah dekat MPP tu semua nya bodoh.  bukan nak biadap ke apa.  cuma as student korang dah boleh fikir yang MPP tu cuma jalan kan tanggungjawab diorang untuk memberi maklumat.  bukan nya diorang yang buat cuti tu.

hye! thanks for your little precious time ♥

my crazy friend a.k.a roomates

sabtu dah sampai melaka.  esok pagi nya qieyla ajak pergi mydin.  tak tahu pulak dekat melaka tu ada mydin.  imah and syai ada.  so mun follow lah.  nak beli barang yang tak ada sikit.  pergi lah menyewa  kereta viva, share.  yang drive nya si TPK.  malas nak mention nama dekat sini.  masing masing tak tahu jalan.  so guna lah gps qieyla.  dia ni boleh tahan juga cara drive nya.  main pusing pusing salah jalan bagai.  akhir nya sampai mydin.  diaorang turun kan kitaorang dekat sana then diorang pergi seremban pula.  kitaorang bertiga shopping lah dekat mydin ni.  cari barang yang perlu.  pusing pusing dekat dalam mall tu.  cari pencuci muka lah, bedak lah, payung lah, macam macam.  then masuk dalam gudang ni.  barang semua yang besar besar.  target kitaorang nak cari air botol besar.  so pergi lah dekat tempat air.  ternampak pula air kotak.  imah nak so dia ambil sekotak.  then jalan depan sikit jumpa air mineral pula.  mun nak imah pun nak.  so ambil lah sekotak.  dah masuk dalam troli.  then fikir balik, masuk U tak boleh bawa kereta.  kena dukung menatang berat tu.  jauh perjalanan nya.  lama kitaorang fikir cari jalan penyelesaian nya.  sampai staff dekat dalam gudang tu pandang kitaorang lain macam.  last last beli yang 5.5 liter punya sekotak.  dalam tu ada dua botol.  kira oke lah tu.  lepas tu kitaorang pergi makan.  beli lah nasi ayam dua untuk syai sekali.  lapar time tu dah tahap menggigil punya.  masa dekat gudang lagi dah terasa lapar nya.  imah lagi lah. tak sempat nak tunggu syai beli air dia dah makan dulu.  mun tetap tunggu syai walaupun makanan tu dah menggoda mun.  hahaha.  dah makan tu, qieyla wasep tanya nak pergi mana lepas ni.  so kitaorang fikir nak balik terus je.  but fikir balik, sewa kereta setengah hari, rugi kalau nak balik awal.  qieyla cadang nak pergi Melaka Parade or Dataran Pahlawan.  kitaorang follow je lah.  malas nak fikir banyak.  dah sampai MP, kitaorang jalan kaki bawa diri daripada pasangan bahagia tu.  pergi DP.  first thing, cari kedai phone sebab syai dengan imah nak charge phone.  then cari ladies.  masing masing tak tahan lepas minum banyak lepas makan.  lepas tu jalan lah satu mall tu sampai sejam.  masuk setiap kedai baju, kedai kasut, tapi mun tak beli pun.  mun tak nak beli sebab mama tak bagi beli baju.  lagi pun, tak perlu kan baju baru.  hampir terbeli sebab ada promosi beli 2 dapat murah.  memang cantik lah baju tu.  semua ni hasutan imah dengan syai -___-"  diorang pantang nampak baju murah then cakap "eh eh korang tanak beli baju sama ke?"  bisikan syaiton semua ni.  jalan lagi, ternampak pula beg.  cantik.  beli 2 RM15.  imah pun apa lagi.  jum beli.  tak ada beg nak pergi kelas kata nya.  dalam otak mun, beg dekat bilik tu pun tunggu masa je nak koyak.  so beli lah juga.
hampir sejam jalan jalan penat kan kaki.  then pergi ambil phone.  lepas tu kitaorang lepak lah dekat padang.  not sure they call it dataran or padang.  gatal pula buntut ni duduk dekat rumput tu.  mun minta selipar syai buat alas nak duduk.  tiba tiba mun ternampak ada sekumpulan remaja ni, budak hot lah kut, snap pic menghala ke kitaorang.  dalam kepala mun, dia tu snap picture mall or snap picture kitaorang curi curi?  bila imah keluar kan phone HTC dia, "imah!  amik gambar aku!"  mun pun abai kan sekumpulan remaja tadi.  hahaha mula lah menggila dengan camera time tu.  guna phone imah dengan syai je.  phone mereka mahal gambar cantik.  so mun tak guna phone mun.  sampai lah maghrib kitaorang dekat situ sebab ada orang kata nak pergi uptown dekat dekat area situ juga.  tak lama lepas tu, qieyla dengan TPK datang dekat kitaorang. sempat snap picture dengan pasangan bahagia ni.  hahaha.  then kitaorang pergi lah uptown tu.  tak ada apa yang menarik pun.  syai bagi cadangan nak cari makanan untuk dinner nanti.  imah cakap dia nak beli KFC.  mun pun, haa jum lah.  masuk mall cari KFC.  syai dengan mun beli McD.  lepas tu bergegas ke parking kereta.  tengok kereta tak ada.  rupa rupa nya kereta dah keluar.  tunggu kereta dekat luar.  then kitaorang pun pulang.  sampai dekat bus stop depan u, turun kan barang barang.  then tunggu qieyla pulang kan kereta.  barang yang kecik jadi kan satu and syai bawa.  imah bawa air kotak dia dengan barang dia sikit.  mun bawa lah air mineral sekotak beli tadi.  pandai shopping pandai lah nak bawa kan?  oke done with that.
bawa lah kotak tu.  depan polis bantuan, ada satu moto ni lalu.  tak expect apa apa pun.  line clear mun melintas jalan.  then dah tak larat berhenti lah.  take five.  depan syai mun dah merungut "mana Abang Ecad ni?!  nak minta tolong!"  masa tu merungut jelah yang mampu.  nak contact orang nya, bis tak ada.  redha jelah bawa barang berat tu bergilir gilir.  dah sampai bilik masing masing hembus nafas lega.  syai dengan qieyla balik bilik dulu buat apa yang patut.  lepas mandi baru diorang datang bilik.  makan sama sama.  then berbual kejap.  tak lama lepas tu diorang balik.  its time to sleep.
credit to:  HTC and SONY
shopping
jalan jalan ternampak bear comel
 di dataran pahlawan
berlakon konon nya XD
dari petang ke malam 
pelbagai mimik muka haha XD



p/s: bertuah punya senior.  dah nampak mun bawa kotak sampai terencot encot jalan, bukan nya nak tolong.  boleh pula kata tak tahu.  sabar jelah dengan Abang senior yang sorang ni -___-"
hye! thanks for your little precious time ♥

Lendu is calling . . .

apa khabar semua.  hari ni mun dekat rumah.  balik petang semalam.  kenapa balik?  bosan lah dekat sana.  lagi pun balik sebab nak ambik barang.  enough with that.
sabtu, 8 June 2013, mun balik UiTM Alor Gajah.  cuti sem dah habis so kena lah balik walaupun tak nak.  dah pakat dengan member Tun Ali sem lepas, nak balik sabtu.  mun gerak dari rumah dalam pukul 10 macam tu lah, tak berapa nak ingat sangat.  berhenti sarapan kejap dekat R&R mana entah then sambung perjalanan.  dalam kereta mun tidur sebab sakit kepala ya amat sangat.  bangun bangun je dah sampai dekat Alor Gajah, berhenti makan lunch pulak.  kenyang lagi and mamai mamai baru bangun tidur.  makan sikit je.  then masuk UiTM.  pergi lah dewan syahbandar untuk tengok senarai nama dapat kolej apa.  member call kata dapat sebilik dekat Tun Teja.  dewan tu pulak tutup.  masa rehat.  terus lah pergi kolej letak barang dekat bilik dulu.  dalam pukul 2 macam tu, abang arip hantar dekat dewan tu and diaorang pun balik.  pergi lah daftar nama.  dah siap, balik lah bilik.  punya lah jauh mun dengan imah menapak dengan panas terik nya lagi.  sabar jelah.  sampai dekat bilik lepak kejap.  tak lama lepas tu roomate baru masuk.  should be yang masuk tu lienda, then kitaorang dah gelabah.  imah minta tolong member dia dekat syahbandar, tengok kan nama kitaorang bilik berapa.  dan terbukti lah yang kitaorang salah bilik.  haha gelak kan mun cepat.  oke dah!  lepas tu kitaorang pun pindah lah dekat tingkat satu.  no bilik sama, cuma salah tingkat je.  penat punggah barang sampai sakit sakit bahu bagai.  lepas tu dah siap bawa turun semua barang, kitaorang pun rehat lah dekat bilik diam diam.  cehh mana ada diam.  berborak ada lah.  sebenarnya kitaorang mengutuk orang dekat bilik atas.  sebab apa?  sebab family diorang boleh menghalau kitaorang dari situ.  biadap lah tu nama nya kan.  kitaorang bengang je.  sakit hati.  then masuk lah qieyla dengan syai.  lagi meriah bilik tu.  barang barang biar kan dulu dalam beg.  cuma keluar kan apa yang penting like sidai baju kurung, alas tilam and whatsoever yang penting lah kan.  malam tu mun dengan imah fikir, kalau dapat conquer bilik tu pun best jugak.  jahat tak?  sikit lah kan.  so, tu je cerita nya.



p/s: sebilik dengan budak masscom.  me anti-masscom!  jangan tanya kenapa.

hye! thanks for your little precious time ♥

KAMI tampil lebih matured

dah lama KAMI ni menyepi setelah mengahadapi konflik.  tak nak ungkit dah cerita cerita macam tu.  buang yang keruh ambil yang jernih.  cewah dah pandai berperibahasa hahaha XD  sebelum bercerita panjang lebar, jum lah berkenalan dengan KAMI ni dulu.
syera.  we call her "Kambing"
awanis.  we call her "Amak"
murni.  they call me "Moon"
teyha.  we call her "Ikan"

dah berkenalan kan? oke jum start cerita panjang lebar.  gini mula nya~
alkisah~ taib.  alkisah maka tersebut lah kisah~ taib.  sang kancil datang beramai ramai mengadap keberadaan duli yang maha mulia sultan firaun~ mana firaun pakai sultan.  entah~
*siapa ingat dialog ni mention di tweet*
ahad hari tu mun buat surprise dekat awanis.  terlupa sebenar nya nak bagitahu dekat dia yang syera dengan teyha nak gathering dekat rumah.  so immediately mun mesej dia suruh datang rumah, URGENT!  hahaha nasib baik lah dia tu lurus bendul kali ni.  so ada lah reunion dekat rumah petang tu.  then cerita cerita masing masing rindu nak hangout sama sama.  ni lah hasil nya.  dapat keluar sama sama.


rabu, 5 June 2013.
wanis suruh kumpul dekat rumah mun pukul 10.  pergi sidai baju dulu.  dah pukul 10, diaorang tak sampai lagi.  oke dah faham, janji melayu -___-"  dekat 10:30 baru lah nampak batang hidung syera dengan teyha.  masa tu mun tengah sarapan.  sempat lagi melayan Spongebob Squarepants.  my favourite channel haha XD then mun sarung lah tudung and kemeja.  tengah siap siap awanis pula sampai.  ingat kan dia sampai nak pergi terus, tapi dia sempat lagi make-up.  siap suruh orang pakai kan eyeliner lagi.  hahaha whatever.  barang dekat bilik mun ni memang stok pinjam pinjam kalau wanis ada.  sebelum keluar minta duit dulu, hehe.  then weng weng pergi Setia City Mall.  sampai sana konon nak main bowling.  tapi bowling penuh.  kena tunggu giliran lah bagai.  last last tak payah.  pergi makan McD pula.  dekat sana jumpa kawan syera. then kawan dia cakap dia punya kawan sama UiTM dengan mun.  tak kenal siapa.  kbai hahaha XD
lepas tu diorang plan nak pergi Sunway Piramid pula.  nak main ice skating konon nya.  acah acah je diorang ni.  weng weng ke Klang. singgah pergi masjid kejap.  masa nak balik kereta, selipar teyha kena pinjam oleh kanak kanak.  budak tu buat muka selamba je.  ingat selipar tu selipar masjid agak nya.  kesian teyha hahaha.  lepas tu, pergi ke bank.  masing masing cucuk duit.  yelah pt dah masuk kan.  mun je yang kering.  eh tak, teyha pun kering jugak.  haha oke enough.  our next destination, GM Klang! sampai sana, main pusing pusing cari parking.  parking lah kereta dekat tingkat atas.  wanis drive main main sebab tak pernah masuk sana.  haha oke abaikan.
here we are!!  dalam gm.  first level kitaorang travel banyak baju baby and budak kecik.  jalan jalan jalan pusing pusing pusing.  almost semua kedai yang menarik kitaorang masuk.  masuk je.  beli nya tidak.  hahaha.  wanis nak beli kasut, syera nak beli topi and mun nak beli seluar.  so dalam jalan jalan tu usya lah apa yang nak dibeli.  masuk kedai kasut, wanis dapat lah kasut baru.  tik tok tik tok tik tok masa berlalu.  masing masing dah penat berjalan.  mun still macam hyper lagi.  macam je oke!  tapi sebenar nya kaki dah sakit hahaha.  on the way nak naik, ada jumpa satu kerusi.  diorang pun apa lagi, serang lah kerusi tu.  nasib baik muat kitaorang duduk empat orang hahaha.  sambil sambil tu snap lah gambar guna DSLR mun bawak.  dah bosan masing masing angkat kaki dari situ pergi cari kedai yang ada seluar yang mun minat tu.  syera beli baju dua helai and mun beli sehelai seluar.  so harga borong hahaha.  then kitaorang blah dari situ.  time nak balik hujan pula dekat luar.  apa nak heran, naik kereta tak basah kan.  so jalan jelah.  lalu mana entah awanis drive.  macam tak pernah lalu pula jalan tu.  abaikan lagi~
tengah on the way balik, jalan jammed.  apa lagi, mula lah perangai gila camera masing masing.  snap snap snap.  macam macam gaya ada dalam kereta.  hahaha biasa lah tu bila kitaorang bersama memang kepoh jadi nya.  lagi lagi kalau ternampak pakwe hensem tepi jalan or dalam kereta.  dah tak rasa macam dalam kereta.  more rasa tengah duduk dengan monyet.  hahaha.  walaupun masing masing dah penat.  tak senyap kereta tu, mesti ada je cerita nya.  tak ada cerita pun, kitaorang nyanyi sama sama.  lepas gian nak karaoke sama sama haha.  then plan ingat nak pergi minum petang dulu sebelum balik rumah, but tak jadi sebab driver busy.  dalam kereta banyak kali received call dari orang.  tak tenang jiwa driver tu, kesian.  dah sampai rumah mun, wanis pun balik.  lepak dulu dengan syera and teyha dekat luar.  tak lama lepas tu baru teringat beebee mun tertinggal dalam kereta.  dah jadi satu hal pula.  call wanis suruh simpan kejap phone tu.  then mun syera and teyha pergi pekan kejap.  beli barang murah punya haha.  then balik rumah.  penat ya amat.  but berbaloi lah.  thats all about KAMI :)
credits to Nikon and Blackberry. have fun ^_^
Setia City Mall's ladies
on our way to Klang
at GM
chillex for awhile 
shopping lah konon XD



p/s: merempit dalam gerimis semata mata untuk ambik phone dekat rumah wanis and lupa lagi nak bayar duit dekat dia.  next sem jelah ye, hahaha.  RM50 burn untuk apa entah hari ni.  hahaha XD
hye! thanks for your little precious time ♥