Online Diary Moon's Stories: August 2013
Daisypath Friendship tickers

16 August

hai readers sukarelawan semua.  mun ada cerita nak share sikit ni.  even tengah busy study, tapi mun curi masa kejap nak update blog ni.  cehh macam tak biasa pulak masa study or buat assignment curi masa untuk online.  hahaha XD
ni haa cerita nya.  hari jumaat lepas, mun pergi interview satu company ni dekat melaka mall.  lepas habis class bel pagi tu, kitaorang terus keluar amik kereta.  around jam 1330 sampai dekat mall tu.  kitaorang pergi lunch dulu.  then kitaorang pusing pusing satu mall tu cari office tu.  mall tu memeningkan.  siapa yang create mall tu, dia terlebih kreatif.  lama jugak lah kitaorang main pusing pusing dalam mall tu.  nasib baik lah jumpa.  kalau tak, hampa sungguh rasanya.  interview lah akak Human Resource dekat company tu.
lepas tu, kitaorang dah tak ada hala tuju.  adah bagi suggestion ajak pergi tengok wayang.  mun pun ye kan jelah.  then pusing pusing lah sampai ke bandar.  and dalam otak mun pun fikir, eh diorang ni serius ke?  i thought main main.  kuajaq!!  sampai dekat mahkota parade, pergi lah tengok ada cerita apa je sekarang ni.  tengok time sekali.  last last tak jadi sebab cerita yang diorang nak tengok tu almost at 1900.  so buat critical thinking kejap and mun bagi lah idea.  jum main bowling!!!  hahaha.
mula mula adah dengan mira tak nak sebab kitaorang pakai baju kurung.  yelah, kan hari jumaat.  pergi kelas pakai baju kurung.  dengan selamba main bowling pakai baju kurung.  yehaww!!  ahahaa.  rilex jelah.  pakai baju kut.  nak malu buat apa, bukan nya tak pakai baju.  dapat line 11.  line 12 pula pakwa pakwa yang main.  boleh pula ada sorang mamat hensem ni, usya line kitaorang lain macam lepas mun dapat strike.  dah kenapa entah.  nasib lah kau hensem mamat oi.  hahaha.  uish menggatal lak mun ni.  ingat mun, jaga mata jaga hati!
haaaa and then, kitaorang pun balik lah.  duit mengalir macam air.  tahu tahu je habis dah yang colour merah dalam purse tu.  huhuhu T_T



p/s:  information dapat sikit je untuk assignment.  duit yang habis banyak dalam satu hari.
hye! thanks for your little precious time ♥

eid day on 2013

hey.  is it too late to wish selamat hari raya to all muslimin and muslimat?  i don't think so because we are still in syawal.  oke dah tak payah nak excited sangat.  haaa nak share cerita ni.  raya tahun ni tak seronok lah.  hurm sebab cuti tak lama.  sedih tau tak!!!  siapa lah yang kejam sangat tak bagi student UiTM ni cuti lama lama.  akan ku bakar rumah nya kalau tahu.  KALAU jelah.  oke blank jap.  apa nak share tadi eh?  aiyooo lupa lak ai!!
~ 10 minit kemudian ~
warna tema family kitaorang tahun ni ialah turqoise.  ramai pula yang pilih warna tu tahun ni.  memang warna yang family kitaorang pilih selalu nya menjadi favourite colour of the year.  bengang je bila cari baju raya sebab selalu tak ada saiz mun -___-"  disebabkan itu juga lah, tahun ni beraya tak pakai baju kurung.
raya pertama, beraya bersama family tersayang.  menangis meleleh air mata tu normal.  ada penyesalan dekat situ, hahaha :D  lepas tu apa lagi?  sesi fotografi bersama keluarga lah!  part ni mun suka, haha ^_^  dah pakai comel comel mesti lah nak bergambar, hehe.  gedik jap.  oke dah buang gedik tu jauh jauh!!  lepas tu pergi lah beraya ke rumah macik macik yang terdekat tu.  memang dekat sangat sebab tu pakai selipar je pergi beraya.
raya kedua pulak pergi rumah atok dekat jenderam lepas solat jumaat.  pagi tu mun rileks jelah dekat rumah.  pakai skinny and shirt.  nasib tak ramai yang datang beraya.  segan jugak lah nak ke ruang tamu.  tapi, mun buat dono je.  bak kata abang, mun ni kan brutal sikit.  hahaha.  petang, dalam pukul 3 pergi rumah atok, beraya dengan atok, bergambar dengan atok, dapat duit raya dari atok.  atok the best lah.  still segak bergaya.  haha.
raya ketiga, ikut akak and abang arip beraya.  pergi rumah ayah farah fauzana.  first time nampak fafau in reality, eh kocik jo dak nyo.  chubby.  abang mun pulak dah cover cover macho.  alahai abang aku -___-"  hahaha.  yang best nya, pasal rumah dia lah.  tak besar tapi design dalam dia smart.  cantik je.  nanti dah ada rumah sendiri nak buat design ala ala macam tu.  hahaha berangan lebih.  tak apa tak apa.  in future who knows, right?  oke apa lah yang mun membebel ni.
raya keempat paling membosankan.  pagi tu ye ye mun ingat mama nak pergi beraya.  rupa rupa nya tak pergi pun.  pergi lepas zohor.  kalau tahu, mun pergi merayap beraya rumah geng KAMI.  lepas zohor ikut lah mama beraya.  haa bosan sangat.  sampai rumah yang second last mun rasa nak tidur dah.  padahal pergi beraya berapa rumah je.  5 or 6 rumah macam tu lah.  bayangkan bosan nya macam mana.  sebab tak ada geng mun nak kacau.  samsung akak jadi mangsa mun buat main game diamond dash.  orang beraya mun rilek je main game.  hahaha peduli apa kan.  malam tu beraya lagi.  ponek den poie berayo.  tanpa cousin menggila ku raya tak seronok.  ahahah, ayat acah acah poyo.
raya kelima?  bangun pagi pagi, pergi melaka.  berhenti sarapan dekat R&R Seremban.  sempat juga mun tidur sebelah driver sebab mengantuk tahap gaban punya pasal.  bedal pula nasi lemak.  should be mengantuk tahap gaban tu datang balik, tapi sebaliknya.  tak pula mata ni lelap dalam kereta.  aneh betul.  sampai dekat Tun Teja, angkut barang barang naik bilik.  eh eh asal tiba tiba macam dah tak cerita pasal raya? hahahaa ni lah raya kelima mun.  beraya di class!!  raya kelima dah start class, memang bosan lah cerita nya.  dah lah cafe sunshine tutup.  terpaksa lah menapak ke medan selera depan UiTM tu mencari lunch.  dengan panas nya.  walaweh, its killing me!!  lepas makan cepat cepat pergi lepak bawah library.  tanpa membuang masa, mun tidur dekat situ.  bangun je dari tidur, hamekau!  sakit kepala.  nak tak nak masuk jugak class CTU.  nasib lah tak tidur dekat class CTU.  and and and.  nasib baik dapat markah lebih.  dengan ini habis lah cerita pasal raya.

credit to: nikon




p/s:  thanks abang sebab belanja makan ♥ hehee ^-^  also not forget, terima kasih kepada yang menyempat kan diri datang beraya dekat rumah.  thank you so much :)

hye! thanks for your little precious time ♥

shopping with friends

hai!!  dah lama tak share certia dekat sini.  dah berhabuk dah laman sesawang ni.  jap eh, nak bersih kan sini kejap.  *fuhh fuhh fuhh*
dah bersih :D  oke now jum bercerita.  semalam mun pergi shopping.  lagi.  dengan kawan kawan.  walaupun dah dapat baju raya beli dekat klang dengan akak, mun nak jugak ikut diorang pergi keyel tu.  lepas sahur, mun tak tidur sebab melayan cik abang yang entah kenapa dia bangun time sahur padahal dia cakap dia malas nak bangun sahur sebab mengantuk.  whatsapp lah dengan dia sampai pagi.  dekat jam 0730 macam tu, mun pergi mandi and bersiap.  around 0810 mun minta acik hantar ke 7eleven.  tengok awanis dah tercongok dekat situ sesorang.  tunggu lah yang lain.  janji melayu jam 0800.  tapi sampai jam 0830.  kalau tahu kena tunggu lama, mun tidur kejap -___-"
naik lah bas ke klang.  lambat nau bas tu bergerak.  sempat kitaorang bergambar sebelum sampai sana.  dekat klang.  jumpa fieqa pulak.  gerak sesama pergi ktm.  jauh wooo nak kena jalan.  hasrat hati nak mintak acik hantar kan terus dekat ktm tapi awanis kata tayah sebab tak muat nak naik satu kereta.  nak tak nak jalan jugak lah.  sembil menunggu fieqa and emieza withdraw dekat bank kitaorang sempat snap picture.  memang tak dinafikan kitaorang memang gila camera, hahahaa :D
dalam ktm lak sejuk, mata ni kuyu je.  sepet je mata ni sepanjang jalan ke KL Sentral.  dengar awanis bercerita pun macam nak tak nak je mata ni bukak luas luas.  sampai KL lak, awanis pergi dengan skandal dia yang baru.  ramai gila kot skandal dia *ayat perli*  mohon terasa ya awanis!!  mun berkepit lah dengan teha coz kalau nak berkepit  dengan syera, mun terasa sangat kecil -___-"
first destination, masjid jamek.  pergh ramai gila orang.  nasib baik lah mun ni kecik je.  selit selit pun takde lah berlanggar sangat dengan orang ramai.  masa tengah shopping tu boleh pulak ada yang nak interview.  masing masing dah gelabah.  mun rilex je buat dono je dengan orang tu.  tengok diorang dah jadi mangsa mun lari tempat lain sesorang.  hahaha.  dah sudah tu baru mun pergi dekat diorang balik.
next pergi TS.  oke dekat situ tak ada apa sebenarnya.  tapi dah kena hasut dengan syera suruh beli itu ini, den beli jo.  abeh duek den ni haaa!!  haa kan dah keluar bahaso nogori.  hahaha!  lopeh tu, apo lei?! ish dah kenapa asik sepiking nogori jo ni haa. hahaha.  lepas tu balik lah.  kaki dah sakit, duit dah habis, nak tunggu apa lagi.  pergi menapak ke ktm masjid jamek, naik train pergi KL Sentral.  dalam train KL Sentral ke Klang tak ada tempat duduk.  mun pun dengan selamba buat muka tak bersalah, duduk dekat lantai je.  tak lupa ambil kesempatan untuk tidur.  mata berat gila tahap maximum dah tak boleh nak tahan.  betri phone pun dah merah, dah tak boleh nak whatsapp.  lepas bangun dari tidur baru rasa segar sikit.  tapi perut pula buat hal.  meronta ronta dia minta diisi.  hahaha.
naik teksi pergi giant kejar waktu nak berbuka.  tengok kedai full.  pergi surau cari plug.  cas handphone sambil merehatkan kaki dan sambil menunggu kekosongan dekat pakli.  agak agak orang dah tak ramai dekat pakli tu, kitaorang keluar lah dari surau.  dapat je meja, terus order makanan.  makanan sampai nak tunggu apa lagi, makan lah.  da lapar sangat sangat.  tak lama lepas tu akak pula sampai.  kacau teha makan sikit.  makan lagi padahal perut dah penuh.  besar kan perut mun, hahaha :P
masuk giant kejap tunggu akak abis beli barang dapur.  lepas tu balik.  sampai je rumah kepala dah nyut nyut je rasa nya.  pening kejap.  rehat rehat dulu.  tengok tv.  tak lama lepas tu tv yang tengok mun.  hahaha.  mama kejut, masuk bilik sambung tidur.  tak peduli dengan phone dah sebab mata dah tak larat nak berjaga.  oke that all!!
credit to: nikon
dalam bas dan kemudian menapak ke ktm
menunggu train
KAMI tak cukup quota
muka menahan kesakitan kaki



p/s:  other than clothes, we got 3K.  that is kesakitan, kepenatan, kehabisan duit.

hye! thanks for your little precious time ♥