Online Diary Moon's Stories: April 2014
Daisypath Friendship tickers

home!!

hai selamat petang good evening xiawu hao.  kali ni mun nak cerita sikit je.  mengisi masa lapang yang kebosanan di sini.  see that tittle?  let me start my story from the beginning of the day 'til the end.
*actually confuse kejap hari ni hari apa -___-"
semenjak dua menjak ni mun susah nak tidur malam.  tak tahu kenapa.  insomnia mungkin.  hope tak berkekalan.  rabu, jam 0300 masih lagi celik mata ni haa.  disebabkan hidup keseorangan (ada roomate macam tade roomate) phone menjadi teman.  main lah segala macam game yang ada dalam phone sampai bosan.  penat nak main mun dengar lah lagu.  around 0500 baru mata ni terlelap.  terjaga pukul berapa entah,  tengok ada ws dari dear.  oke  dia kena bangun awal sebab paper dia hari tu jam 0900.  dia gerak dari rumah pukul berapa entah mun pun tak tahu.  mun pengsan sampai jam 1300.  disebabkan duduk sorang sorang so malas gila nak bangun.  dear lepas habis exam lesap terus tak ws.  ingat nak jumpa dia dulu before balik tapi hajat tak kesampaian.  oke takpe tahan rindu.  bangun mandi makan lepas tu berfikir sejenak macam mana nak kemas barang.  amik penyapu, bersih kan bilik sawang sawang rambut gugur dan segala macam habuk yang ada lah.  tak lupa jugak bersih kan kipas.  tang tu terlintas di fikiran, "kalau lah aku tinggi sikit, mesti dah boleh capai kipas tu.  senang lah sikit nak buat kerja kerja pembesihan."  dah siap menyapu apa semua tu, mun rehat dulu.  tengok jam awal lagi nak pergi hantar borang clearance.  kemas lah barang tu sikit sikit letak dekat satu tempat.  isi punya isi, segala beg mun guna pergi kuliah penuh dengan barang barang.  ini semua gara gara terlupa bawa beg besar haritu TT___TT  last last mun give up, pergi hantar borang clearance kejap.  balik bilik, online.  tanya abang arip bila nak amik, dia kejap kata khamis petang lepas kerja, kejap kata khamis pagi.  last last dia kata, "adik kemas barang barang, kami amik malam ni"  haaa time tu mun dah senyum + excited nak balik.  tapi rileks dulu, online lagi.  around 1900 pergi mandi siap siap.  angkat barang barang yang berat dulu letak dekat bawah siap siap.  letih gila mengangkat beg besar tu turun dari tingkat 3 -___-"  lenguh tangan ni haa.  dah sudah tu rileks lah dulu main game bawah kipas.  dah lah lapar, panas, bosan pula.  haa last last kita berselfie dulu dalam dekat meja study hahaa.  hmm muka bulat semangkuk tak tau nak kata apa dah -___-"  lantak lah yang penting mun tak kacau rumahtangga orang lain hahaha.  tapi, itu pun still ada yang tak puas hati, ehh psycho pergi mampus lah kau.  bila mereka dah sampai mun turun ambil beg besar naik bilik balik masuk kan barang barang tu dalam beg besar.  rasa nya kali ni, 4 kali mun turun naik tingkat 3 tu dengan perut yang lapar dan barang yang berat.  before nak turun terus balik tu, i left something dekat depan bilik 2301 senyap senyap.  nak jumpa syai takut ganggu dia tidur ke apa, so balik jelah diam diam.  dah dalam kereta, text dia cakap ada barang untuk dia.  drive to kfc makan dulu.  masing masing mencekik dulu dalam kereta before balik.  dah sudah tu terus kan perjalanan pulang ke meru.  haa dalam perjalanan tu lah baru ber-ws dengan dear.  dah makan mata rasa mengantuk je.  tapi tak mahu lelap kan mata gara gara nak ws.  so tunggu lah dear habis makan.  asik makan je kerja dia dekat rumah tu haa, kalau jumpa nanti makin comel lah dia.  dah nak sampai rumah dear ws tapi entah macam mana mun tak perasan phone vibrate.  suruh dia tunggu kejap sebab nak punggah barang dari kereta masuk rumah.  haaa arrive home at 0005.  bapak sunyi gila rumah.  yelah dah tengah malam nak bising bising buat apa.  masing masing tidur dah.  longgok barang satu tempat, basuh kaki apa semua tu then masuk bilik.  selfie sat bagi dekat dear proof dah sampai rumah.  walaweii penat gila bak hang!!  tapi mata tak boleh lelap.  dear dah tak reply ws tu mun dah faham la dia buat apa.  dengar lah radio sat, belek belek insta, belek video lagu dekat youtube.  last last mun tengok matluthfi90 dekat youtube pasang earphone.  terkekek kekek menengok nya.  around 0500 wifi pun macam siput malas nak tunggu buffering, tutup youtube, dengar hitz.fm.  baru lah nak lelap mata ni haa.  tamat.



p/s:  excited nak hangout dengan geng.  excited jugak nak keluar dating dengan awak for second time =D
hye! thanks for your little precious time ♥

final exam

hai semua.  *krikk krikk krikk*  -___-  hahaha mampus tak layan.  oke nak bagitahu dekat sini yang sem ni dah tamat dengan berakhir nya last paper petang tadi.  bangga kejap bila melangkah kaki keluar dari dewan taming sari tu haa hahaha XD  oke dah tak boleh bangga lama lama.  mama kata tak baik bangga riak takbur ni.  haha oke macam ni cerita yang sebetul nya.
semalam seharian study dari petang sampai pagi.  around 0330 baru tidur rasa nya.  set jam pukul 0800 oke tak boleh bangun, mata berat sangat.  snooze snooze snooze sampai pukul 0900.  celik mata, baca notes kejap pastu collapse balik.  hahaha mengantuk gila bak hang!!  terjaga balik jam 1030.  tak boleh jadi.  kalau dok bergolek golek atas katil tu mengundang tidur je.  celik mata berselfie kejap amik mood.  muka bangun tidur memang "comel"  hahahaa XD  baca notes kejap je, lepas tu pergi mandi siap siap.  mesej adah nak saing, tapi sampai je bilik dia tak ada orang.  bulsyit wehh wa cakap sama lu.  pergi lah dewan tu sorang naik van.  pergh seringgit melayang.  turun van baru lah diana (classmate sem 1) perasaan keberadaan mun dalam van tu.  oke sedih T___T  mun saje lah buat buat ayat touching dengan dia, sekali dia pergi cium mun, mangai segan siot >___<  dah lah time tu ada dua orang budak lelaki dalam dewan tengah pandang kitaorang.  mun pun apa lagi, macam biasa buat muka tak bersalah hahahaa.  lepas tu pergi menyapa adah and the gang kejap then pergi membawa diri.  hari ni sorang sorang je oke lantak pi dengan depa semua tu.  dah habis exam baru lah mun berkepit dengan lynda kejap sementara tunggu shuttle van.  sebab hujan so naik lah van tu and melayang lagi seringgit.  oh ye, mun rapat dengan lynda ni sejak sejak nak final ni.  lepas habis exam je dengan dia.  pergi makan pun dengan dia.  haaa dah kenapa entah.  tak kisah lah, kawan kawan kan :)  asal habis exam dekat dewan taming sari tu je kitaorang berselfie berdua.  so kalau tak ada gambar korang korang yang lain tu jangan lah dengki or nak touching bagai ye.  haa mun rasa mun dah sampai tahap merepek cerita kelaut ni.  dekat mana tadi ye sebenar nya.  melalut dah cerita dekat sini dengan cerita dekat whatsapp.
haaa oke dah dapat dekat mana cerita nya.  sampai dekat kolej, pergi unit kolej kejap ambil borang clearance.  nasib baik tak tutup lagi.  so tak ada lah mun nak menapak ke unit kolej tu esok esok.  officer tu tanya bila balik, dah confirm confirm la balik minggu ni.  hahaha gagap kejap nak jawab sebab tengok muka dia macam nak telan orang.  dia lapar lah tu kot, tak sabar nak balik.  hahaha merepek.  lepas tu sampai bilik, tarik nafas lega.  yeay!!  sem ni berakhir juga.  update moment dekat wechat, update status dekat whatsapp.  batak kejap.  alah bukan selalu pun, lantak lah kan.  pandang keliling bilik, *krikk krikk krikk*  bosan gila bak hang!!  baring golek golek je dekat katil tu sorang sorang.  roomate tak balik lagi.  kalau diorang balik pun bukan bercerita tapi atleast ada lah orang dalam bilik ni.  dah bosan guling guling pergi lah mandi.  tiap kali nak pergi toilet je mun tengok pokok dekat depan kolej tu.  cantik berbunga putih.  rasa macam musim bunga je.
malam ni pulak apa aktiviti nya.  lepas mandi tadi mun terlelap.  so masa terbuang dekat situ kejap.  terjaga around 0900.  bangun bangun je lapar.  nasib ada beli nasi dekat runner petang tu.  kalau tak, makan megi jelah jawap nya.  lepas makan tak tahu nak buat apa.  bukak notebook tengok movie.  tiba tiba pulak rasa macam nak update insta.  dengan malas nya bangun pergi korek broadband dalam beg.  notebook buat hal lembab semacam nak running.  menguji kesabaran betul.  rileks layan whatsapp dulu.  dah online update insta apa semua tu, kebosanan melanda lagi.  layan apps radio pulak.  semua pakai internet woii.  habis lah kuota broadband cenggini.  hahaha.  memang mun bayar untuk habis kan kuota broadband ni.  kalau tak guna membazir pula kan, so guna kan dengan bijak.  cewah ayat.  makin merepek di sini.  oh ye nak cakap jugak, tadi girlfriend sempat singgah bilik kita berborak kejap.  haa rindu sangat nak lepak dengan dia macam sebelum ni. girlfriend kita siapa lagi kalau bukan syai.  huhu lepas ni tak jumpa dia dah.  nasib baik mun balik meru lambat.  so maybe lepas dia abis exam rabu ni sempat lepak dengan dia.  oke done for today's story.  penat nak taip panjang panjang lagi.  babai!!! :D



p/s:  my dear kena rabak kan mata study law.  goodluck for your last paper dear.  and not to forget, goodluck for my girlfriend also because both of them are account student.  kawan kawan yang lain yang belum habis final, goodluck!!  love you all my friends :D
hye! thanks for your little precious time ♥