hai semua. dah lama jugak tak mengemas blog ni. almost bersawang. hahaha oke itu tipu. nak share something sikit ni. nak tahu ke tidak?? haa minggu lepas, mun cuma ada dua hari kuliah je. hari rabu tu dah cuti. kalau ikutkan hati ni nak je balik hari rabu tu tapi ada presentation pulak hari khamis. so kena lah postpone :/ settle kan assignment yang nak dihantar dulu. masa presentation tak ramai yang datang, tapi masa present tu gagap lah jugak. malu oke nak berhadapan dengan orang ramai. cakap gagap gagap, tangan terketar ketar pegang kertas, dah macam orang parkinson dah haha. malam jumaat tu kemas barang barang and also kemas bilik sikit. pagi jumaat tu kena bangun pagi sebab adah kata pukul 0800 dah gerak. tepat pukul 0800 mun keluar bilik, menuju ke library around 10minutes. sampai sana adah tak siap lagi. what the fish!! if i am not mistaken, menunggu dia almost 30minutes kot. choiii!! kalau tahu tadi mun sarapan dulu sebelum keluar bilik tau. nak tak nak tunggu jelah mereka sorang sorang dekat library tu. ditemani angin yang bertiupan, syok oohh! sampai kena tegur dengan polis bantuan. terkojut denn -___-" haha kemudian kami menuju pula ke bustop depan u tunggu bas ke AG. malas nak cerita panjang sangat so macam ni jelah. UiTM > AG > Tampin > Seremban. kami berdua naik train dari seremban je sebab tak beli tiket ke TBS. sepanjang jalan tu mun tak nak cerita kepayahan dia macam mana. lepas ni kami serik tak nak naik train dari seremban. apa apa pun kami akan tetap ke TBS sahaja. sampai je dekat KL Sentral, kami pergi makan dulu. perut masing masing dah lapar tahap maximum. makan lah dekat McD. alhamdulillah lepas makan tu perut kenyang. yang terkejut nya adah boleh cakap "tak cukup wehh" and i was like, what? tak cukup? serius lah? dahsyat jugak dia ni, hahaha. then kami terus kan perjalanan. sampai je Klang, perghhh silau and panas dia tak payah cerita lah. baru terasa jejak kaki ke Malaysia. almaklum lah, dekat Londu tak terasa panas macam tu sebab angin bertiup kuat. ecewah belagak macam duduk dekat overseas pulak hakhak XD sambung cerita, i have to wait for my brother to pick me up that evening. nasib baiklah ada kerusi dekat situ. kalau tak mesti dah tercabut kaki ni. masuk je kereta, "ma mana ma? call tak angkat?" my bro kata my mom pergi dating. mun pun macam erghh tak apa lah. membebel dengan abang, bertepuk perut, bergaduh macam tom n jerry sebab dah lama tak jumpa, hahaha XD sampai rumah rehat dulu kejap. ma balik, mun menyorok dalam bilik. agak agak ma dekat dapur, mun buat surprise. ma kaget hahaha nakal nya anak mama yang sorang ni. happy dapat balik jumpa family tersayang ^_^ habis dipeluk dicium ma nya. almaklum lah, rindu sebulan tak balik. haha nampak tak manja nya dekat situ XP pengakuan, mun memang manja orang nya. tapi manja tu hanya dengan orang orang yang tertentu sahaja :)
hari sabtu, iaitu semalam, cik abang kita turun selangor. dia ajak jumpa tapi mun malas sebab nak spend time dengan family. lagi pun semalam my mom ajak pergi shah alam. shopping cari kain nak buat baju kurung. penat penat pun mun dapat la satu. dah pusing berjam jam dekat situ, sampai nak usha gadget dekat atas pun tak sempat. so kitaorang terus lah ke Setia City Mall pula. abang kata nak pergi Daiso cari barang. jalan jalan la pulak dekat situ. barang tak dapat duit dia lebur belanja mun aiskrim, hehehe ^_^ oh ya lupa nak cakap, dekat SCM tu, mun sempat amik gambar. nak tengok, follow my instagram: sitimurniwati. ehh terpromote. haha kesah pula beta XD dah tak ada apa nak dicari kami pun pulang lah ke rumah. mun dah kelaparan so makan dulu. then malam tu, pergi setia alam dengan abang kejap beli KFC :D waaa abang baik lah kali ni. rajin dia membelanja adik perempuan dia yang sorang ni. alhamdulillah rezeki melimpah ruah hehe ^_^
then pagi tadi, masing masing watlek watpeace je. macam tak ada apa apa nak di buat. mun pun macam tak nak balik. sampai lah ma tanya "nak balik ke tidak?" ehh soalan tu memang nak je jawab tak nak tapi tanggungjawab ni tak selesai lagi T___T tak apa lah. masa study week nanti abang suruh balik. oke mokk, wa balik nanti. balik melaka nanti lu hantar. deal lah tu. hehe XP kami gerak dari rumah around 14:30 sampai u around 17:30. pergi hantar kunci rumah akak dulu dekat abang ae. sempat lah jugak menengok abang yang lagi sorang tu haa sebelum balik melaka. tapi sedih, dia tak bagi duit belanja T___T then dekat dalam kereta sepanjang perjalanan menyanyi je kerja mun dekat belakang. yelah, bosan kan. bila senyap tu tanda nya bateri dah habis. meaning, mun tidur la dalam kereta. abang dah pishang je drive sorang sorang sebab ma pun tidur jugak. hahaha kesian dia XD sebelum masuk U ma beli kan nasi dulu dekat dimensi tu haa untuk dinner mun nanti so that malam mun tak perlu keluar untuk cari makanan. akhirnya, sampai juga tempat di mana mun harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang student. bila lah nak habis diploma ni. kadang kadang macam dah tak larat je nak bawa. tabah kan diri untuk bangga kan my family especially my mom. tujuan utama tu kena pegang sampai bila bila. sebak pula tiba tiba nak menaip lagi. oke lah. see you again. the end!
p/s: buat my lovely family, jaga diri masing masing ye. abang gemok, jaga ma elok elok. nanti kita enjoy sama sama lagi. buat my love, rindu kan awak setiap masa tu part time job saya. take care where ever you are.
hye! thanks for your little precious time ♥