Online Diary Moon's Stories: June 2014
Daisypath Friendship tickers

random things

bosan gila bak hang.  class pagi tadi jam 0830 dekat makmal.  lect pulak suara perlahan trying to make jokes yang entah mun tak rasa kelakar pun.  she's my old lect, dah pernah ajar mun dulu masa first sem.  in my opinion madam nashrah lagi best kalau ajar dalam lab hmm :/
so whats story i want to share?  hmm let me think first.  oke, yeah i got a story.  sepanjang minggu ni hidup mun tenang je alhamdulillah sangat.  for those yang try no mess up with me, talk to my es.  sorry to say mun malas dah nak layan or care about people yang tak menghargai orang lain.
about study?  everything is fine cuma tu lah, banyak gila kena buat presentation.  and mostly individual.  class bel sem ni banyak buat acting.  pergh menggeletar nak speaking dekat depan.  madam oke rasanya as long as kitaorang tak buat hal dengan dia.  subjek lain pula hm entah lah.  malas nak describe.
hey hey korang, sedar tak dah nak ramadhan?  ladies dah habis ganti puasa yang lepas ke belom?  mun dah, hari khamis haritu hehe :P  hm lambat kan mun ganti puasa.  ingat nak ganti time cuti sem haritu tapi dekat rumah nafsu makan tak boleh control hahaha.  minggu lepas 4 hari minggu ni 3 hari.  lama kan.  2 ke 3 hari lepas mun puasa, badan rasa lemah sangat.  tak alas perut weh mana nak larat nya.  kena pulak class semua nak yang tinggi tinggi.  naik tangga lagi lah penat.  tapi redha jelah.  kuat kan badan ni guna segala energy yang ada.
haa 2 hari lepas jugak lah, mun jumpa buah hati jantung kesayangan ^___^  ini semua gara gara subjek eco.  sebelum ni ada jugak terserempak dengan dia dekat bawah library.  tapi jumpa kejap je sebab dia ada class mun pun ada class :(  hari rabu tu jumpa, petang, kejap tak kejap la.  dia cakap nak pergi pasar sama sama tapi hampeh betul budak tu.  mun dah dekat pasar dia dok guling guling lagi dekat rumah.  perangai.  rasa nak lenyek lenyek je -___-"  last last pergi pasar dengan adah dan lynda je.  sampai bilik, baru guling tak sampai 5minit, dia dah dekat depan kolej.  arghhh rasa nak jerit je suruh dia masuk bilik amik makanan dia.  tapi slow slow mun sarung tudung balik keluar pergi jumpa dia.  awak nampak tak pengorbanan saya tu.  haha poyo je.  masuk kereta dia argh silau!!  nak hadap muka dia tak boleh.  muka ada nur.  haha jadah nya lah.  dia parking kereta ikut suka je.  tak fikir mun ni sakit mata nak lawan cahaya time senja.  tak boleh tahan, mun cakap "silau la gila"  haa amikau, kena gila sebijik.  haha sian dia tak pasal pasal je kena gila.  dah tu dia tukar parking hadap ke tasik legend tu.  haa lega sikit mata.  lepak la dengan dia kejap sampai masuk azan maghrib.  hilang sikit penat lepas dapat jumpa dia, hehee ^___^  actually dia nak buku eco time tu tapi disebabkan mun malas sangat nak masuk bilik ambil buku dia cakap tak apa.  lepas mun siap buat assignment sikit malam tu dia ws lagi pasal buku text.
disebabkan buku tu la, pagi khamis tu mun pergi class dengan dia.  kata jam 0810 sampai kolej jadah nya lah, boleh dia oversleep pagi tu.  mun cuak jugak lah time tu sebab tak pernah lambat pergi class.  kena pulak class dekat tingkat atas sekali.  memang tercungap lah masuk class hahaha.  lantak sana.  nasib baik madam tak masuk lagi time tu.  class event so buat perbincangan jelah.  membebel sana sini.  biro venue senyap je sebab group kami blur about the place.  and other biro tanak bagi kerjasama, tanya sikit nak melenting perli bagai.  alah sakai nya lah perangai kan.  so kitaorang buat apa yang ketua biro nak je.  mun tambah sikit sikit idea nak decorate macam mana.  however, semua tu masih lagi dalam perbincangan.  so itu sahaja.  kbai.



p/s:  apa lah yang mun merepek panjang lebar tu.  entah lah jiwa tengah kacau macam ni lah.  abaikan je oke

hye! thanks for your little precious time ♥

the adventures: chapter 2

holla.  here's the story.  jumaat lepas schedule mun berjalan seperti biasa.  kuliah dari jam 0830 sampai 1220.  tapi tak straight la.  first class pagi tu madam buat sejam je sebab dia ada meeting.  gap tu kitaorang lepak dekat cafe sunshine.  next class dekat blok B.  habis je class mun balik la bilik.  katil mun tu ibarat magnet yang melalaikan.  baring kejap je dah tertidur.  dalam jam 1500 lebih, adah call.  bangun terkejut oke sebab fon dekat dengan telinga.  adah ajak pergi overnight.  mun on je hee :P  then dah tak boleh sambung tidur.  hadap notebook cari info untuk subject bel.  sampai lah magrib.  buka puasa dengan air kosong and then solat dulu.  lepas tu baru lah makan nasi beli dekat runner.  mun siap siap pack barang dalam beg then pergi bilik adah.  tengok diorang baru nak siap.  rileks dulu tunggu diorang.  dalam jam 2115 baru gerak pergi amik kereta sewa.  adah dengan nad dah bising kata perut lapar.  so kitaorang pergi makan dulu dekat AG, tempat first time mun dating dengan Encik Monyet.  rindu gila dekat dia :(
sambung cerita, lepas makan maka bermula lah episod adventure kami.  cewah ayat hahaha :P  kami pergi tengok wayang dulu.  midnight movie di dataran pahlawan.  sampai sana dah 2345.  takut kaunter tutup so mun dengan nad pergi dulu.  kami tengok cerita Maleficent.  rate mun bagi untuk cerita tu 5/5star sebab cerita tu memang best.  ada part yang sedih, terharu, gembira.  disebabkan terlebih menghayati cerita tu, part yang sedih tu mun termeleleh air mata kahkahkah tengok wayang pun boleh nangis.  tu nama nya menghayati oke bukan nya sebab lain haha.  lepas tu pusing pusing dekat bandar and next baru lah kami pergi ke negeri sembilan.  sepanjang jalan kami berkaraoke je dengar lagu dekat radio pasang kuat kuat.  singgah warung kejap minum air panas.  time nak parking kereta boleh pula tersagat bawah kereta tu dengan jalan.  dah semua orang dekat warung tu, pacik pacik semua pandang.  kami terus cabut lari.  tapi masing masing dah tak tahu nak berhenti dekat mana untuk ambil angin kejap.  kami u-turn pergi balik dekat warung tu tapi kami parking dekat belakang.  lepak warung minum air panas sambil tengok bola.  lepas tu kami pergi cari masjid untuk berehat kejap.  sempat la kami tidur dalam kereta.  cuci muka solat dulu then sambung perjalanan ke rumah wani.  tujuan utama trip kali ni memang nak ke rumah wani pun, jenguk dia.  then boleh pulak tersesat.  kata ila nak buat surprise tapi nak surprise apa kalau dah tersesat.  call wani and tanya jalan.  diam tak diam tengok wani tengah jaga kedai runcit.  dah sampai lah tu maksud nya.  lepak dulu dekat kedai tu lepas tu baru ke rumah wani.  jumpa mak dia alhamdulillah mak dia nampak sihat sikit.  hm oke nak cakap sikit dekat sini.  abang dan adik wani tu handsome siot!!!  yang baby pulak comel putih!!!  melting mun tengok diorang hahaha.  oke dah stop it.  jangan nak melebih kat sini, annoying.  mak wani siap masak untuk kami makan tengah hari.  lepas makan masing masing bantai tidur.  ngantuk gila bak hang!!!  around 1600 kami ke sawah padi pula.  haa gila apa panas panas ke sawah padi.  boleh bertukar warna kulit ni tau.  tapi kami tak peduli sangat pasal tu sebab kalau bukan dekat sana, dekat mana lagi kami nak jumpa sawah padi.  nampak macam batak ke?  haha sikit lah kot.  yelah mun duduk dekat klang, mana ada sawah padi.  kami berselfie dekat situ kejap.  nampak pula ada pengantin tengah buat photoshoot dekat situ.  kami ambil kesempatan nak bergambar dengan pengantin tu.  lepas tu kami terus kan perjalanan.  berpusing pusing kami mencari atm.  last last kami masuk Poli PD.  then kami ke area sebelah port dickson tu.  alaa mun lupa la nama tempat tu apa.  kami nak cari baju jersi tapi tak jumpa pun.  perut dah lapar jadi kami singgah makan dulu dekat situ.  and you know what.  makanan dekat situ rasa dia macam nokharom.  masing masing complain.  dah lah air tumpah kena dekat beg mun, lepas tu ish selekeh betul lah pacik yang buat air tu.  sumpa rasa macam nak keluar kan balik apa yang kami makan dan minum malam tu.  cepat cepat kami pergi dari tempat yang bagi mun sangat selekeh and disgusting tu.  tak sampai separuh jalan mun bagi cadangan makan mcd or kfc.  and yes sebelum balik kampus kami singgah kfc dan the store dekat masjid tanah.  lepas tu baru lah kami pulang kan kereta and tunggu pacik tu hantar kami dekat kampus.  pacik ni pun satu hal, nak sekali hantar 10 ke 11 orang satu masa dengan alza.  jadah apa jadi nya.  macam sardin lah kami dekat dalam alza tu.  jebon betul.  mun rela jalan kaki masuk kampus sebenarnya tapi masing masing lebih rela jadi sardin dalam alza, takan mun nak jalan sorang sorang.  memang tak berani la kan.  mun malas and boring gila nak balik bilik so tumpang bilik adah je.  dua malam mun biar kan lampu bilik tu terbukak.  so lantak lah hahahh.  tengah hari tadi baru balik bilik kemas apa yang patut.  basuh baju buat assignment pergi meeting.  oke tu je cerita untuk kali ni.  babai
credit to:  Lenovo



p/s:  thank you girls.  enjoy dengan korang iela atie adah nad wani.  rindu awak encik monyet.
hye! thanks for your little precious time ♥

sesi meluah

hai!!  kabare?  how are you?  ni hao?  apa khabar?  ehh banyak nya tanya.  soalan yang sama jugak hahaha kurang kerja la ni.  eh eh ada cerita nak cakap kat sini.  haa nampak tajuk tu?  tajuk dia memang tak boleh blah.  sesi meluah apa oiii?!!!  gila ke apa?  hahaha tak ada lah gila.  sikit pun tak oke.  mun waras lagi akal ni.  oke berkenaan dengan tajuk, petang tadi mun pergi lepak makan dekat McD Klang Sentral.  pergi dengan pacik bad sebab dah lama gila deal dengan dia kata dia nak belanja.  akhirnya tercapai jugak hari ni hahahaha!!  first kita makan dulu.  kebuluq bak hang menunggu pacik tu pick up mun dekat rumah.  katanya sesat tersalah lorong.  hahaha kesian, kalau tahu dia nak sesat mun pasang signboard besar besar untuk dia.  lepak dekat tempat beraircond ingat biasa je lah sejuk dia.  lepas makan rilex lagi berbual.  sampai satu tahap pergh sejuk la hoi!!!  sampai pacik kata "aku nak minum kopi panas, kau nak apa?"  kahkahkah nampak sangat lah sejuk nya tu haa.  mun ingat dapat la tahan sejuk tu last last menggigil haa hahaha!!  dah dapat hot coklat lepak lua pulak tak tahan sejuk dekat dalam.  sambung cerita oi dekat lua tu.  macam macam la mun cerita dekat dia.  mun cerita satu benda ni tanya dia pendapat.  waa sejak bila ada bff baru ni?  haa, tak ada lah.  kawan biasa biasa je.  dia lelaki so maybe ada baik nya jugak mun cerita dekat dia pasal ni.  dia pun lebih lama makan garam dari mun so apa salah nya kan.  dah cerita cerita tu mun cakap la yang mun dah buat ni nak tengok apa respond dia.  pacik pun cakap bagus.  so ada jugak la yang support mun buat tindakan tu.  sampai bila asik nak main tarik tali je kan?  so mun akan terus kan dengan plan mun tu.  and lepas ni apa apa hal yang berkaitan mun nak rujuk dekat dia sebab dia faham macam mana situasi mun sekarang ni.  so big thanks to him sebab dia nak dengar mun membebel sepanjang kitaorang lepak petang tadi.  lega sikit kepala ni daripada pendam sorang sorang :'D  haaa post kali ni agak pelik sikit bagi korang yang baca sebab mun tak state kan pasal apa mun cerita.  so korang tayah la baca sampai habis.



p/s:  korang jangan jadi bodoh sebab fikir mun dengan pacik bad ni ada apa apa relationship yang lebih dari seorang kawan.  haa kasar ke?  i guess no.  kalau tanak tergolong dalam tu tayah la buat cerita.  simple as that.  have a nice day.

hye! thanks for your little precious time ♥