Online Diary Moon's Stories: November 2014
Daisypath Friendship tickers

cuti sem dah habis bro!

hey peeps, wanshang hao.  haaa nak habaq mai ni, cuti dah habis!!  and mun tak ready nak balik kampus!!  sabtu balik sana dah, haihhh berat je badan ni haaa.  kenapa lah cepat sangat cuti ni habis.  nak meraung kejap T___T  nasib baik barang dah pack awal awal.  hm pack awal pun sebab tahu bila nak balik tak ada mood nak kemas barang.  pergh macam tak percaya je isnin ni dah start class.  hopefully mood cepat datang sem ni.  bila fikir fikir balik, bagus jugak dah nak balik kampus ni.  dapat jumpa junior roomates kesayangan, dapat jumpa kawan kawan, classmates and dapat jumpa crush kesayangan.  dah lama tak jumpa crush mun, sepanjang cuti sem pulak dia menyepi kan diri, hmm rindu encik monyet T___T  oke tak nak cerita pasal dia sebab nanti ada yang tidur berteman kan air mata pulak.
haa nak cerita sikit lah dekat sini about holiday kali ni.  totally bored.  duduk terperap je dekat rumah gaduh dengan anak buah and my bro, tv, laptop.  last week ada lah keluar tengok wayang.  syera ajak, so mun bagi syarat tengok cerita Big Hero 6.  movie tu memang best gila.  tak menyesal pergi tengok.  jalan cerita yang kelakar, menyentuh hati and of course baymax tu comel sangat even perut dia besar.  kan best kalau mun ada baymax, tak la rasa sunyi nanti.  dah la penyayang, caring, protective, comel pulak tu.  my life would be perfect if i have him :)  awak awak, please ada sifat baymax dalam diri awak.  if tak pun awak jadi la baymax saya.  saya promise akan pandang awak sorang je.  ecewahhhh hahaha.  oke nampak tak dia selalu muncul dalam kepala otak ni.  arghh stress nya bila diabaikan by him.  oke continue with my story.
then rabu lepas keluar lagi tengok wayang jugak.  kali ni keluar bukan mun yang plan.  mun follow je.  so rabu lepas konon nya nak jumpa scandal time sekolah menengah, ajak la wanis dengan syera.  teyha sibuk kerja so tak nak usik dia.  last minute, scandal cancel nak hangout, ada hal kata nya.  mun dah tawar hati malas nak layan group whatsapp.  so kitaorang keluar bertiga je, oke la tu daripada keluar berdua je.  kalau keluar berdua pun tak apa sebab keluar dengan bff mun yang gila si wanis tu.  kali ni tengok cerita Hunger Games: Mockingjay.  totally bored, jalan cerita yang slow and tak ada emosi langsung tengok cerita tu.  menyesal jugak lah tapi nak buat macam mana, benda dah lepas so let the past be past.  yang penting tahun depan Spongebob nak keluar movie, yang tu kena tengok, hahaha.  f.y.i mun lagi suka tengok wayang cerita kartun or cerita omputih daripada tengok cerita melayu yang slow tu.  oke rasa nya dah tak ada story seronok lagi kot nak taip dekat sini.  kalau ada pun dah melayang layang sebab tengah syok layan runningman.  almaklum, dekat kampus tak ada nak tengok cerita ni gelak guling guling.  nak download punya lah malas buat berat memory notebook je.  so sementara belum balik ni layan la dulu.  adios amigos ;)



p/s:  rindu awak la jebon encik monyet ;)
hye! thanks for your little precious time ♥

favourite person

hey people, agak agak nak cerita apa pasal title dekat atas tu?  let me introduce my best partner at Lendu.  i call her Sunshine, such a cute name isn't it?  cute like the person too.  haha oke oke.  mun nak cerita pasal Sunshine ni haa a.k.a Syai.
mun kenal dia ni since part one lagi dekat Lendu.  mula mula masuk Lendu tu mun tengok dia kecik besar kecik besar je kerek nya.  lama lama kenal, ngam dengan mun.  cantik sangat la tu kan.  study final exam sama sama.  masa part one dulu a lot subject yang sama so boleh la study sama sama.  naik part two, dah rapat gila.  nak menggila dekat bilik tu ajak je dia.  confirm seronok habis.  nak nak pula bilik dekat teja kami yang punya, roomate dari part one yang conquer.  pergh pergh pergh seronok nya hahaha.  pulun berjimba bila free.  pulun study sama sama masa final.  naik part three satu level dekat timah.  time ni dah tak seronok sangat.  sebab masing masing dah start busy.  study sama masa mula mula sem je.  nak final bawa haluan masing masing.  yelah lain course kan.  naik part four, lagi dah tak jumpa dia.  dia dah pindah, pisang habis la mun dekat kolej.  forever alone je.  tapi nasib baik la roomate mun masa part four tu oke oke belaka.  siap buka puasa sama sama lagi.
however, mun tetap rindu si jemah kepoh Syai ni.  dia lah favourite person yang selalu buat mun gelak, release tension apa semua tu.  "arghh rindu kau wehhh, nak nangis bila tengok gambar gambar kita snap guna webcam.  time tu kita bertiga rapat gila T___T  rindu nak makan pizza hut dengan kau tiap bulan, rindu nak study dengan kau, rindu nak dengar kau membebel, rindu nak buat cop bodyglove dekat drumstick kau, rindu nak breakfast dengan kau, tengok movie dengan kau sambil makan maggie or roti".  arghhh menggamit kenangan betul semua benda tu.
"weh Syai, jangan lupa kan aku tau!!  study elok elok dekat sana.  wehhh jangan lupa kan aku!!  jaga diri dekat sana.  makan tidur jangan terlebih lebih, aku tahu kau kaki tidur.  kata je nak stay up bagai last last aku kejut tak nak bangun hahaha.  makan tu jaga tau.  kelepet poket tak apa jangan sampai kelepet perut, gastrik makan nya karang".  emm apa lagi eh nak pesan.  tu je lah kot.  hahaha kbai :D



p/s:  jangan gelak sorang sorang bila baca post ni, kalau gelak, kau gila hahahh.  kidding je jahhh.  happy so belated birthday and take care :)
hye! thanks for your little precious time ♥

moment for students

hey bloggers and readers.  how are you?  mun nak cerita dekat sini pasal result yang keluar beberapa hari lepas.  haaa kawan kawan, apa result korang?  ada yang share, ada yang senyap je, ada yang berahsia.  hahaha tak kisah lah kan.

12 november.
mid-night:  malam tu mun tidur awal.  pasal apa entah tak ingat.  sebab satu lot ni blackout kot.  lepas dinner tak tahu nak buat apa, baring baring dekat sofa, last last tertidur.  around 23:00 o'clock terjaga, masuk bilik nak sambung tidur.  guling punya guling tak boleh nak lelap.  main game kejap.  lepas tu entah macam mana terdetik nak tengok email.  cek email dekat phone je pun, tunggu dia refresh kejap.  sekali "sims@SALAM.UITM.EDU.MY" dekat atas sekali.  awal pula dia masuk.  jatuh jantung ni haaa takut nak buka email tu.  tidur terus sebab malas nak layan rasa takut tu.

morning:  daily routine.  lepas tu on lappy main photo editing online.  adoi bosan betul.  lepas zohor, mun bantai mengecat bilik.  sebelum ni dah cat sikit so hari tu sambung mana yang belum cat la.  fuhhh letih bohh turun naik tangga mengecat bahagian atas.  tapi apa apa pun i'm satisfied with my work.  sampai ke maghrib mun buat projek bilik tu.  sepanjang masa tu termasuk lah masa untuk makan and rehat kejap.  siap kemas solat mandi apa semua.  phone di anak tirikan.

night:  sambil sambil menunggu waktu isya', belek belek phone buka semua media social and masa tu juga lah mun buka email dari uitm tu.  berdebar je rasa hati ni haa.  kepala dah fikir yang bukan bukan 'bout some subject.  scroll scroll scroll nampak CGPA meningkat.  eh macam tak percaya pula.  scroll lagi nampak segala subject and GPA.  scroll lagi fuhhh!!  menyengih sampai ke telinga bebbbb!!  hahaha :D  happy gila jiwa raga ni.  my bro dekat sebelah "kau dah kenapa tit?  mereng?".  mun pass je phone tu malas nak cakap dah, happy sangat XD  syukur.  lepas isya', ma ajak pergi makan dekat luar.  rezeki ma belanja.  bantai makan nasi lemak ayam, so delicious and kenyang.  balik masing masing dah kenyang, tv pun tak ada rancangan yang best, so tidur lah yang paling best.  mun masuk je bilik.  tapi dok melayan phone lagi.  ws dengan kesayangan and sunshine.  agak agak dah mengantuk baru tidur.  oke dah habis cerita kali ni.  good night and 'till we meet again next post.



p/s:  congratulations for you my dear and i envy you T___T  for my sunshine, work harder than before, jangan sleep or movie je oke.
hye! thanks for your little precious time ♥

cleaning time: kenduri kahwin

hey everyone.  sekian lama tak update blog ni.  bersawang penuh dah.  sebelum ni busy dengan final exam.  alhamdulillah mun dapat buat.  sekarang tinggal berdoa jela dengan result yang bakal keluar minggu depan insyaAllah.  so what's up with life?  so far so good.  habis je final hari tu, my mom buat kenduri kahwin.  siapa kahwin?  "kakak" mun oke bukan mun.  turn mun lama lagi haa, calon pun tah mana tah tak tahu hahaha XD  kenduri tu buat dekat rumah lagi satu so rumah my mom tak ada apa.  sampai rumah tengok hmm tak macam nak rumah sangat.  so mun buat cleaning sikit then rehat mandi apa semua.  my mom ada call suruh datang rumah sana lepas maghrib.  so lepas maghrib mun bersiap comel comel.  cadang nya nak pergi dengan cousin rumah sebelah tapi tiba tiba pulak gerimis.  so pergi dengan my bro sekali naik kereta.  sampai sana tak ramai orang.  kitaorang bantai makan dulu sebab kalau dah ramai nanti segan nak makan.  hahahh perangai betul.  lepas makan tu hmm tak ada buat apa pun.  teman my mom sambut tetamu je.  tak lama lepas isyak tu haa baru la cousin yang lain sampai.  time tu baru la syok lepak hahaha.  ingat nak karok kejap tapi memandangkan tak tahu nak karok lagu apa so lupa kan jelah niat di hati T___T  malam tu my mom tidur rumah sana so mun dengan cousin and my bro balik la rumah.  ingat nak tidur terus sebab mengantuk and penat bak hang tapi cancel tidur awal sebab tengok running man hahaha.  bantai gelak habis dengan abang yang lagi sorang.  my bro boleh pulak keluar merayap entah ke mana lepas balik dari kenduri tu.  mula mula tengok tv lepas tu hmm tv yang tengok kita, biasa lah tu hekhek.  keesokkan hari nya, hari minggu, bangun pagi sapu rumah dulu.  then baru bersiap pergi rumah sana lagi.  hm kali ni bersiap dah comel dah, tapi kena pergi naik moto.  hmm nasib baik ada teman.  kalau tak, memang mun pergi dengan muka selamba badak je lah, macam tak biasa pulak hahaha XP  sampai sana lepak dulu.  nak makan cousin mun ni ada time dia boleh makan.  pulak dahh -___-'  tunggu lah time dia pukul 11 ke atas baru boleh makan sama sama.  so lepas makan kami tak ada buat apa.  sambut tetamu, bagi souvenir, penuh kan stok souvenir hmm tu je.  panas gila bohh hari tu.  pengantin sampai mun tukar shift jadi photographer pula.  uuu i met someone, photographer, kacak hensem.  hahaha dah kacak hensem pulak, lebih lebih la tu kan.  hepp hepp ingat lah orang nogori tu haa.  oke tak usha dah mamat tu so mun sambung lepak dekat bawah khemah dengan yang lain sampai lah ke petang.  petang tu pulak, turn kita kemas barang barang.  biasa lah kalau badan kecik macam ni hanya mampu buat kerja yang ringan ringan sahaja.  balik rumah kemas dapur pula.  dapur dah tak rupa dapur bila my bro sorang yang tinggal dekat rumah.  cepat cepat la kau kahwin my bro.  biar bini kau pula yang jaga kau.  aku dah penat.  *keluhan sorang adik -___-"*  ececey ingat senang nak kahwin gitu je hmm berfikir sejenak.  oke lantak tolak tepi.  malam tu tinggal berdua lagi.  esok nya my mom call lagi suruh datang sana makan.  disebabkan malas nak panas kan makanan dekat rumah so pergi jelah.  sampai petang dekat sana kemas kemas sikit.  penat gila oke.  tak ada tangan nak tolong, kesian tengok my mom.  yang pengantin pulak, lesap lama dah langsung tak nampak sejak semalam nya.  nak tolong kemas lagi tak payah harap.  eii panas pulak hati ni bila ingat balik.  so let's end this post here.  till we meet again in the future.



p/s:  result UiTM T___T  pray for UiTM's student.  good luck guys!!  miss you much orang nogori
hye! thanks for your little precious time ♥