Online Diary Moon's Stories: friends
Daisypath Friendship tickers

friends

hey ho holla.  oke kali ni nak cerita pasal malam jumaat.  haa korang fikir apa dengan "malam jumaat" tu hahaha.  oke let me be blunt. macam ni cerita nya.  haritu, teman beta ni mengajak lepak makan makan.  beta pun macam err boleh je nak lepak makan weekdays tapi lepas beta balik kerja lah.  dan sudah pasti nya korang ajak malam.  depa pun oke je, tak ada masalah.  oke lepas tu muncul satu masalah bila depa ni mengajak nya hari khamis which is malam jumaat.  em nak kata mun ni penakut nak keluar malam tu tak lah sangat, boleh je.  cuma nya kadang kadang tu terasa 'sejuk' jugak lah dekat lorong rumah mun tu.  nak keluar tu lagi satu hal.  tak berani nak minta izin my mom :(  nak tak nak, bff kena minta izin sendiri.  haha kelakar weh time banis call my mom.  first, abang yang pickup call tu.  second, masuk voicemail.  third, baru mama angkat.  masa call tu gelabah tanya line oke ke tak sebab masa abang pickup call, dia kata abang garang.  nak gelak berdekah je rasa.  baru kau tahu kenapa aku takut dengan abang aku tu :P  time tu kita buat rilex je pasal belum dapat greenlight dari my mom.  lepak lah melepet depan tv tu haa.  pukul 8 lebih baru siap siap, terus gerak pickup mok syera and banis.  sempat jugak gaduh nak makan dekat mana masa on the way ke Tesco Setia Alam.  diorang ajak pergi Tesco pasal nak beli barang sikit and sebab mok ejol tunggu situ, ku relakan jua lah walaupun sebenarnya nak terus pergi makan dekat Burger King.  dari Tesco nak ke Burger King, kereta pulak buat hal.  nasib ada pomen banis, hahaha.  gelabah tak gelabah lah time tu enn.  tak pernah pernah kena kereta tak mau hidup, tiba tiba kena.  mata dok tengok jam je sebab bajet masa tak nak balik lambat.  last last, 23:15 baru gerak balik, gara gara makan, sembang lebih, wefie lebih and sempat menghenna.  sejak sejak mok syera buat henna, tangan ni sengaja mengoffer untuk kena conteng.  soalan "free ke bayar" tu mesti didahulukan.  kalau free ku relakan jua hahaha :P  dah kelam kabut balik, drive macam setan sikit lah.  kereta pun tak banyak so tak apa lah kan, heheh.  jalan sunyi sepi je.  nasib baik radio ada, pasang kasi kuat sikit.  sampai rumah masing masing dah tidur.  lega jugak lah tak kena bebel malam tu.
hari jumaat bantai banyak gila kerja.  patah pinggang beta.  balik kerja, sempat lena kejap dengan tak mandi nya.  bangun solat maghrib lepas tu sambung tidur lagi.  terjaga jam 22:23, ruang tamu tak ada orang.  mama dah tidur, abang dekat bengkel belakang.  pergi mandi then makan.  layan lah cerita Sleepy Hollow.  Johny Depp muda muka hensem betuiii XD  and sebab tadi dah terlajak tidur jugak lah beta mengupdate blog ini.  sekian.
credit to:  oppo




p/s:  mok ejol, semoga kau selamat terbang balik Sarawak and balik sini, study kau semua oke je and happy dengan gf kau.  mohon terharu Muhaizat Aizul ! XD

hye! thanks for your little precious time ♥