Online Diary Moon's Stories: 2013
Daisypath Friendship tickers

2013s

hai semua.  hari ni 31 Disember, merupakan hari terakhir dalam tahun 2013.  firstly mun nak ucap, Selamat Hari Lahir dekat bbf mun, Mr. Hezry.  semoga awak sihat selalu, murah rezeki dan semoga awak dapat apa yang awak idamkan selama ni.  may your day be filled with happiness and joy.
sepanjang tahun ni, banyak betul kenangan bagi mun.  antaranya, dapat kenal dengan kawan baru, belajar dengan kawan baru, dapat best partner baru and macam macam lagi lah.  most important is mun dapat bbf baru.  haa tahu tak bbf tu apa?  bbf tu best boyfriend lah.  siapa best boyfriend mun?  mesti lah Mr. Hezry :3  ♥
oke nak cerita dari mana ek?  awal tahun?  tengah tahun?  akhir tahun?  seriously tak tahu nak start cerita dari mana -___-"  awal tahun,  study habis kan masa sepanjang sem dengan buku, quiz, test, presentation, assignment.  muntah kan semua tu masa final test.  lepas tu cuti sem.  sepanjang cuti sem tu mun duduk rumah je, jadi isteri yang solehah sikit.  tengah tahun, masuk UiTM balik, sambung study lagi.  kali ni dugaan bertambah.  bulan puasa pula.  first time oke mun puasa tanpa family disisi.  jujur mun cakap, masa tu pemakanan mun memang tak terjaga.  and time puasa tu jugak lah, mun dapat gastrik.  rasa dia memang tak boleh nak describe macam mana.  sakit sangat.  first time kena kan memang lah sakit.  bila gastrik tu kerap datang, dah biasa dah.  so i go through the semester with my "new friend" gastric.  sepanjang belajar tu, ada jugak mun ambik masa pergi jogging dengan member kesayangan, syai.  ada jugak mun ambik masa pergi makan dengan si dia.  tiba tiba pulak kan mun rajin pergi jogging.  sebab nya stress bertambah and final just around the corner.  so decide untuk cergas kan minda ni dengan berjogging petang petang.  bila final, muntah kan semua nya sama macam sebelum ni.  then cuti sem.  cuti kejap je, so pejam celik pejam celik dah habis cuti.  masuk sem baru.  sem baru ni macam mana?  classmate still sama macam sem lepas, alhamdulillah tak kena tukar class lagi.  erm roomate?  roomate baru, tu je yang tak best.  diorang masing masing buat hal sendiri.  i should be oke with that.  tapi entah kenapa entah, setiap kali masuk bilik je, mun rasa sangat tak seronok.  its better to live alone rather than have to face with people but having no interaction with them.  bab study pula, masuk bilik je rasa mengantuk, susah nak study.  banyak lagi benda yang mun nak merungut pasal kolej baru ni tapi tak apa lah.  malas nak cerita panjang panjang.  yang tak best nya, awal awal sem lagi dah ada masalah.  first day kuliah ended with bullshit and two friend of mine bergaduh pasal event.  mun tersepit dekat tengah tengah.  one left and i can't find her, so i follow with the other one.  then i've been ignored so i left her.  i go with my bbf.  spent that night with him.  i just love to remember about that night with him ♥  untuk sem baru ni je dah banyak kali kitaorang dating.  dating kitaorang tak semestinya kena keluar pergi tengok wayang ke apa ke.  kitaorang just jumpa, lepak, berborak, berdebat.  kitaorang ni kan profesional, so rasa nya tak perlu kot nak hangout selalu sangat.  jumpa kejap je cukup lah, buat hilang kan rindu.  and to be honest, setiap kali jumpa dia, mun akan rasa nervous.  macam mana lah mun tak nervous.  dia tu suka sangat tenung mata mun.  tapi mun still buat muka cool, acah acah comel.  hahaha.  about pelajaran pula, so far, ada yang oke and ada yang rasa macam susah sangat bagi mun nak catch-up.  but hopefully mun dapat lah naik kan lagi pointer mun sem ni.  hari tu, dia dah bising je kenapa pointer mun boleh jatuh.  haila, dah tak boleh nak jawab apa -___-"  diam kan diri je bila dia membebel.  this time, mun kena kerja keras lagi untuk naik kan pointer.
cukup pasal kehidupan di UiTM.  now mun nak cerita pasal life sepanjang dekat rumah pula.  mesti lah cerita time cuti panjang je.  its not an interesting story to share because my life is totally boring.  duduk rumah tengok tv, online, makan, jogging, tidur.  cuma ada lah satu dua kali tu, mun keluar hangout dengan kawan kawan.  ada jugak keluar berdua je dengan kawan kawan, but its NOT dating.  cuma keluar pergi tengok wayang and makan.  thats all.  mulai cuti midsem ni, mun dah dapat pesanan from mama.  lepas ni dah tak boleh keluar berdua dijemput by them dekat rumah.  oke, kena lah mewempit keluar sendiri.  bosan nya lahai -___-"  tapi tak apa lah.  kan dah ada bbf.  kenapa nak sedih or marah bila tak boleh keluar dijemput by them betul tak?  nak pergi mana mana lepas ni, pergi sorang sorang.  tak pun bawak mama sekali buat teman hahaha.  oh ya sebelum end this story, there is one more story i would like to share.  guess what.  petang tadi mun drive!!!  OMG!!  OMG!!  OMG!!  XD  do you know how nervous i am bila kereta tu mula bergerak?  cuak tak cuak jugak lah.  dah la kereta tu besar and mun ni kecik je.  tak nampak depan and tak tahu nak agak macam mana time parking tu.  takut melanggar and something happend dekat kereta tu je.  ikut jelah cakap abang dah oke ke belum parking kereta nya.  lepas tu boleh pulak abang buat mun cuak.  dia cakap mun langgar pasu bunga orang.  padahal cantik je mun parking kereta tu.  nak bangga kejap ni ^o^  keluar je kereta, menggigil satu badan.  hahaha parkinson kejap.  masuk bilik kena angin baru oke sikit.
maka dengan itu, tamat lah cerita menarik bagi mun sepanjang tahun 2013 ni.  berharap tahun 2014 nanti, lebih banyak lagi perkara menarik yang berlaku.  berharap juga agar tahun 2014 nanti, hubungan mun dengan bbf bertambah akrab and we'll be more sweet.  tak lupa juga, berharap agar pointer mun naik untuk sem ni dan tak akan turun lagi untuk sem yang akan datang.  amin O:)



p/s:  awak, saya tak mampu nak beri kan gadjet yang berharga sebagai hadiah birthday awak.  saya cuma mampu untuk sayang awak dan belajar setia kan hati saya untuk awak.  thanks sebab anggap saya ni istimewa bagi awak ♥ ^o^
hye! thanks for your little precious time ♥

farji & wawa: the engagement

hai hey ola.  ada cerita nak share ni.  haa meh duduk ontok ontok depan laptop/pc korang.  bismillah~
firstly mun nak ucap tahniah dekat cousin, aji sebab dah bertunang.  and bakal jadi suami coming soon.  muda lagi dah nak kahwin.  bagus lah kan.  tak ada lah asik ke hulu ke hilir bawak anak dara orang je.  dah tunang tu oke lah.  dah ada ikatan.  so kena jaga elok elok ikatan tu.  oke dah cukup mukadimah tu.  tak reti nak panjang lebar lagi.  kang salah tak pasal pasal kena saman -___-"
so pagi tu bangun lah lebih awal daripada biasa.  mandi and then bersiap.  kasi tacap sikit muka ni.  dah lama tak make up.  tak reti pula bila nak make up hari ni.  *ini semua dusta XD*  mun make up sikit je sebab natural beauty tu lagi cantik and simple =)  yes thats right!!  pergi belakang tengok diorang sibuk mengangkat dulang hantaran.  mampu tengok je sebab tugas mun hari ni amik gambar.  be a photographer.  ecewah, macam pro je gaya nya kan.   padahal nak setting camera pun dah lupa hahaha XD  whatever lah kan.  yang pasti dslr tetap ditangan.  bila masing masing dah amik tempat, dah naik kereta, kitaorang anak dara bertiga, naik van.  terbaik lah!!  dah comel comel macam ni naik van yang tak ada aircond.  cair make up woiii!!  hahaha.  masa bergerak tu oke lah lagi sebab buka tingkap, so ada angin.  tapi bila berhenti kejap tunggu yang lain, yang tu tak boleh tahan.  5 minit je cukup, tayah lama lama, muka ni dah start berpeluh peluh.  haiyakkk >_<  sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam tu, banyak kali stop tepi jalan just to make sure tak ada yang tertinggal.  sigh -___-"  rombongan nya ramai sangat.  bertunang je ni dah sepuluh biji kereta yang follow.  kahwin nanti tak tahu lah.  10 biji bas pulak kot.  memang macam tu ke kalau jadi cucu sulong?  haih entah lah.  lantak depa lah.
bila dah sampai sana, first thing, tangkap picture diorang bawak hantaran.  13 dulang.  kalau berbaris macam mana ek?  memang tak muat lah nak tangkap gambar -___-"  mereka ni pun satu.  kabot benau.  haa kan dah keluar loghat melaka.  dah situasi macam tu, amik alakadar je sudah.  nak amik gambar cantik masing masing kabot, malas lah mun macam tu.  tunggu diorang semua masuk rumah, baru lah mun masuk.  pergh ramai wehhh!!  penuh rumah tu.  as conclusion nya, mun berdiri je sepanjang mereka berbincang pasal hal tu, faham faham jelah hal apa kan haha.  mun yang berdiri kebosanan amik jelah gambar banyak banyak.  baik orang baik hantaran sama je.  dah bosan nak buat macam mana.  takan nak bagi tugas dekat orang lain?  tak ada pengganti pun.  time sarung cincin pun mun amik je gambar banyak banyak.  mesti lah ada photographer dia sewa sendiri kan.  yang mun pelik nya, siku mamat tu asik kena lengan mun je -___-"  nak je mun cakap "tahu lah tangan awak tu panjang tapi perlu ke asik kena saya je =..="  tapi tak kesampaian.  tempat orang kan.  so better diam.  dah sarung cincin dah habis bincang, time makan pula.  mun duduk dulu dekat meja sementara tunggu yang lain amik makanan.  then tiba tiba mama panggil.  ehhh mama dah amik kan makanan untuk mun lah.  yeay!!  tayah nak beratur amik makanan hehe ^o^  lepas tu amik gambar lagi.  dah tugas mun memang amik gambar orang je hari ni kan.  so tak boleh nak mengeluh.  kali ni bukan diorang yang kelam kabut, mun yang kelam kabut.  orang sana sini panggil minta di foto.  dah lah pakai heel.  oke fine, penat.  gambar sendiri tak ada.  nak minta mamat photographer tu amik kan gambar dengan tunang aji pon tak sempat.  kambing gurun betul!!!  T___T  lepas tu masa nak balik, mamat tu pesan "hati hati jalan"  eh awak ni, dah la asik menyiku saya masa dekat dalam rumah tu, tumbuk awak kang.  hahahaa  XD  *ayat acah acah berani*
lepas tu, kitaorang singgah masjid solat kejap then balik lah.  kitaorang lalu kapar.  masing masing hilang time balik.  haluan masing masing.  yang dekat dalam van pulak, masing masing nak lelap.  mun tidur tidur ayam je.  cukup lah tu.  kitaorang orang yang pertama sampai rumah dulu.  disebabkan bawak balasan hantaran, so kitaorang kena tunggu dekat rumah nenek aji.  dekat situ mula lah kitaorang bosan.  main camera lagi.  but this time, pakai camera phone je.  malas nak pegang dslr tu.  acah acah sweet je masing masing haha.  sempat juga tengah batuk + selsema ni, makan aiskrim corneto.  budak kecik belanja pulak tu.  mewah hidup kau jahhh.  haha makan jelah.  rezeki jangan ditolak :D  lepas tu apa?  em melepak jelah dekat rumah nenek aji tu.  the end!
credit to: nikon & sony

lelaki: merah 13 dulang * perempuan: ungu 15 dulang



p/s:  awak yang tengah demam tu, jangan lupa pergi klinik and makan ubat tau.  semoga cepat sihat awak.  miss you.  take care ♥
hye! thanks for your little precious time ♥

jom balik!!

hai semua.  apa khabar?  sihat tak?  mun tak berapa nak sihat ni.  sakit tekak pula tiba tiba.  tak apa tak apa, jangan risau.  tak lama lagi elok lah tekak ni.  hey hey hey, i'm home everyone.  midsem break 2weeks.  actually tak rasa excited sangat pun nak balik ni sebab tahu assignment belambak lecturer bagi.  eh diorang ni bagi cuti macam nak tak nak je.  eei geram pula rasa nya.  sekarang nak cerita pasal semalam.  yah semalam.  pagi tu ada kuliah macam biasa dekat MK dengan dekat blok B.  pagi tu ada quiz note taking tau.  mun sikit pun tak baca buku or notes.  masuk makmal awal, so sempat la baca sikit sikit.  tak risau sangat sebab ingatkan senang kacang goreng.  tengah jawab tiba tiba tak ingat jawapan.  eh apa lagi, tanya orang sebelah la.  nasib baik la orang sebelah study hahaha.  quiz sejam je so kitaorang keluar awal.  pergi sarapan dulu dekat kafe sunshine.  lepak dengan adah, zila, fiza and shamira.  adah kata itu kak sha.  mun tak tahu pulak dia tua setahun.  oke lah lepas ni panggil dia kak sha je.
next class, mengantuk.  kitaorang masuk kelas awal.  menggila main camera.  nak habis kan bateri phone so lepas class nanti boleh cas sampai penuh sebab petang nak balik dah.  bila miss dah masuk, time tu pun syaitonirojim seronok bergayut gayut dekat kelopak mata ni haa.  mengantuk gila time lecturer bagi lecture.  dah lah miss asik aim tempat mun je sebab gege azim dengan muka mengantuk dia duduk belakang mun.  so nak tak nak kena lah tahan sampai sakit kepala.  bila dah habis, baru lah rasa lega.  time tu pun dah segar.  then kitaorang nak pergi jumpa ustaz tapi ustaz tak ada.  so mun dengan adah pergi lah withdraw money dekat ATM Bank Islam.  lepas tu beli makanan and balik bilik.  mun beriye nak balik bilik cepat sebab nak jumpa syai dulu sebelum dia balik.  tapi kecewa akhirnya.  dia dah dekat depan u time mun sampai bilik T_T see you next year babe!!
dekat bilik mun kemas kemas barang dulu lepas tu makan.  macam biasa, makan sambil layan movie.  tengok cerita warm bodies diam diam.  dah habis tengok movie pergi basuh baju pula.  pakai tangan je sebab tak ada duit nak basuh pakai mesin.  haa sebelum balik semalam memang duit mun dah habis licin.  seringgit pun tak ada.  keluar dari bilik air tengok dekat luar hujan.  oh gosh!!  macam mana nak balik ni!!!  cuak lah sebab payung tak ada.  nak redah boleh je tapi sampai gate tu lencun lah.  serupa baru lepas mandi.
tengok jam dah 16:20.  hero whatsapp tanya nak jumpa tak.  mesti lah nak jumpa dulu sebelum balik.  kalau tak jumpa nanti rindu pula.  dia dah sampai dekat bawah mun tak siap lagi.  kabut dibuat nya.  sorry buat awak tunggu lama.  huhu :/  siap siap terus turun bawak beg nak balik nanti.  masuk kereta dia, pandang belakang, penuh!  masa tunggu mun turun tadi dia kemas tempat nak letak barang mun.  cantik je satu seat kosong dekat belakang.  dah mun bawa dua beg je, dia sepah kan balik.  haha.  kitaorang pergi lexi dulu, lepak minum kejap.  kesian dekat dia.  hahaha.  masa dekat lexi si adah mengada, kalau nak tumpang cakap jelah.  nanti kitaorang kemas balik seat belakang tu.  sebelum pergi kolej merdu, kitaorang susun balik barang untuk adah tumpang.  call adah tak berangkat.  pergi naik bilik dia, tak ada orang dah.  call dia lagi, dia cakap dah dekat depan u -___-"  penat mun berlari naik bilik dia.  masuk kereta mengah mengah dibuat nya.  nasib baik ada air hero belanja dekat lexi.  tak ada lah kering tekak ni haa.  then kitaorang keluar lah.  hero hantar mun dekat depan u.  babai UiTM Melaka.  babai hero.  drive elok elok .>o<.
mun tunggu bas sampai dengan adah.  time tu dah mula rindu hero :(  haha oke gedik sikit XP  naik bas and here we go, heading to klang!!  dalam bas tak ada nya nak bercerita.  dengar lagu, main phone je.  whatsapp abang demok and syai.  nasib baik adah ada powerbank.  bb mati so pinjam pb dia je.  almost half way, nak ke TBS kot, mun tidur.  mengantuk gila bak hang.  time tu pun dah mula ada feeling feeling mabuk jalan.  tak tahu lah sejak bila dah pandai nak mabuk mabuk jalan ni huhu.  dah sampai TBS, mun turun dulu then tunggu adah.  dalam hati "cepat lah wehhh!!  nak terkucil dah ni!!"  lama gila kot menahan.  should be, sebelum keluar tadi membuang dulu.  ni tak, sebelum keluar tak membuang pastu pergi minum.  memang cari nahas lah -___-"  pergi mencari toilet dulu lepas tu baru pergi makan.  tiba tiba pulak teringin McD tapi tak ada.  KFC je yang ada.  itu pun ramai gila orang dekat dalam tu.  adah mencari tempat, mun pergi order.  lega perut ni haa bila dapat makan.  kenyang alhamdulillah.  kitaorang dah habis makan, khairi dengan botak baru sampai.  kitorang pergi dulu malas nak tunggu diorang berdua haha.
menunggu train sempat lagi posing.  mun snap pic adah je sebab dia yang beriye nak amik gambar.  haha.  train sampai masuk koc wanita.  seat penuh so berdiri jelah.  kejap je sebab nak ke KL Sentral.  menunggu train lagi.  time ni betri dah low.  mana tak low nya, dari tadi asik main phone pakai internet je.  train sampai mun berdiri depan adah je sebab tengah share pb.  sanggup berdiri semata mata tak nak berenggang dengan phone.  hahaha peduli lah.  penat berdiri, mun duduk je dekat lantai tu haa buat muka tak bersalah.  kesah pulak, macam tak biasa XD  half way heading to klang baru ada 2 seat kosong sebelah sebelah.  ajak adah duduk situ.  pergh lega nya dapat duduk.  si adah dah lentok dekat bahu mun.  hey hey revenge time lah.  snap pic dia yang tengah tahan nak muntah.
dah sampai klang, mama tak sampai lagi.  so i have to wait for them.  nasib baik hero teman.  tak ada lah bosan gila menunggu mama sorang sorang dekat situ.  yah i'm alone while waiting for my mama because adah dah balik dulu.  boleh pula terasa lapar.  makan lah bekalan roti dalam beg.  mama sampai siap pakai jaket lagi.  amboi, sejuk betul keluar malam hahaha.  tapi malam tadi memang sejuk lah.  mun balik rumah, basuh muka and kaki je.  malas nak mandi.  sejuk.  tapi tidur tetap pasang kipas without blanket.  pelik tapi benar hahaha.  melayan hero kejap sampai mun tertidur.  the end!!
credit to: sony experia




p/s:  thanks hero sebab sudi tunggu lama lama, tolong hantar dekat depan time hujan and thanks juga sebab belanja minum.  wo ai ni ♥ hehee ^o^  miss you already.  take care selalu =)
hye! thanks for your little precious time ♥

pengalaman di negeri orang

hai people, i've got new story.  tak ada lah baru sangat pun haa.  hari ahad hari tu, mun dengan syai pergi hangout dekat bandar.  saje je jalan jalan habis kan duit.  hahaha.  macam dah kaya sangat je masuk sem ni XP  tak ada la.  kitaorang keluar sebab nak release stress akibat duduk terperap je dekat dalam bilik ni haa.  antara faktor faktor gila sementara ialah terperap dalam bilik.  serius talk!  haha.  *hoii apa aku merepek ni!!*  ignore it.
macam ni la cerita nya.  pagi tu mun bangun around 10:30am sebab tidur lewat buat kerja.  lepas tu syai mai bilik kata nak keluar.  syai ni sekali dia confirm nak keluar mesti keluar punya lah.  mun pergi lah mandi bersiap and sarapan dulu.  first thought nak naik teksi tapi mahal gila nak mampus.  mun pun lupa teksi pergi sana sumpa mahal and selama ni kalau pergi, mun pergi ramai ramai sewa kereta.  so kitaorang tunggu lah bas.  lama gila tunggu bas yang rare dekat depan UiTM tu.  almost sejam.  nasib baik lah ada.  lepas satu satu destination kitaorang turun.  letih dia tak payah nak cerita.  sesak dia dalam bas pun tak payah nak cerita.  dah macam ikan sardin dalam tin je rasa nya -___-"  dah sampai sana pergi isi perut dulu.  kebulur dari pagi tak makan apa cuma minum milo.  dalam bas perut dah berkeroncong je.  lepas makan baru lah kitaorang pergi shopping.  nampak kasut cantik cantik.  rasa macam nak beli je tapi nanti my mother marah pula T___T kasut baru dah ada tiga pasang untuk sem ni.  so syai je yang shopping kasut.  nampak kasut hitam memang smart habis.  mun dengan syai dah tertarik dengan kasut tu.  syai nak beli tapi tak ada saiz.  eei geram pulak rasa.  kenapa lah kaki syai tu besar sangat.  kan dah tak dapat nak beli kasut smart tu.  huhuhu.  redho jelah.  so dia beli kasut yang lain.  smart juga lah, warna coklat.  lepas tu kitaorang masuk SASA.  mun tengok syai shopping sakan dalam kedai tu.  apa yang di offer cina tu dia amik je.  dalam hati, syai ni mesti lari bajet nanti.  memang betul pun bajet dia lari.  shopping tak ingat dunia.  sebelum balik tu kitaorang terjumpa satu pokok krismas besar dalam mall.  kitaorang berhenti lah dulu.  amik gambar.  hehe ^_^  yang tak best nya, ada pula tikus mondok dekat tingkat atas dalam mall tu.  sampah masyarakat betul la -___-" spoil mood happy kitaorang je.  lepas tu, kitaorang ingat nak pergi Melaka Sentral naik teksi je tapi akibat bajet dah lari, naik lah bas.  nasib baik time tu bas baru sampai.  so tak ada lah kena tunggu lama gila.  tunggu bas dekat Melaka Sentral yang lama nya boleh buat mun tertidur.  dah lah waktu maghrib.  dengan angin yang sejuk nya, memang best untuk tidur.  dalam bas syai dah lena dah.  mun je yang tak boleh nak lena.  sampai je dekat bilik, letih nya sumpa terasa.  macam nak minta kerusi urut ogawa time tu jugak.  lepas tu kitaorang bertiga lepak dalam bilik.  tambah lagi sorang sebab ayun datang bilik mun.  penat sangat dah sampai diorang berborak mun diam je.  ayun dah pergi bilik kawan dia baru lah kitaorang masing masing pergi mandi.  sebelum tidur mun gosok baju dulu sebab ada class pagi isnin tu.  nasib baik tak lambat masuk class.  time class CTU mata mengantuk gila gila.  macam mamai dalam kelas tu.  dengan lapar nya lagi, sejuk nya.  tak jadi apa lah pergi class.  kepenatan kuasa kuda -___-"



p/s:  tiba tiba Mr. H ajak dating kejap dekat bawah tadi.  ta xiwang "wo ai ni".  melting ^_^
hye! thanks for your little precious time ♥

sem baru di kampus

hey people.  how are you?  what you doing right now?  im doing nothing in my room.  haa nampak tak kebosanan nya dekat situ.  hari ni mun tak ada kelas.  actually class cancel.  diorang cakap lah.  mun tak tahu kesahihannya pun.  if ada pun, satu kelas je tengahari.  conclusion nya hari ni tersangat lah lapang.  hm oke donga sini mun nak cerito *cehh ingat sini apa boleh cakap cakap bagai*
begini cerita nya.  masuk hari ni, dah lima hari mun dekat kampus.  so far, i've got no life here!!!  roomates tak best.  classmates, tak sama kolej.  kenapa lah tercampak dekat kolej yang krikk krikk ni.  bosan bosan bosan!!!  nasib baik lah syai duduk dekat dengan bilik.  kalau tak, mati akal mun -..-  timetable sem ni dahsyat.  hari isnin padat, hari khamis padat, hari jumaat petang baru habis.  mohon susun balik jadual!!  T_T  biar lah hari rabu ada lebih dari satu class daripada setiap hari class padat *meraung kejap*  ni baru dua hari introduction about subject.  bila dah start assignment nanti siap lah.  jangan harap nak tidur jam 00:00.
malam semalam ada event dekat padang kawad.  pencalonan mpp baru kot.  entah lah.  pergi sebab terpaksa.  mun sediakan handphone yang bateri nya penuh untuk dengar lagu sepanjang event tu berlangsung.  haiyakkk sumpa bosan dekat sana.  nasib baik lah ada hero selamat kan mun dari mati kebosanan dekat padang kawad tu.  dia ajak pergi teman kan dia study.  even kitaorang lain kos, mun rela teman kan dia study daripada duduk sorang sorang dekat padang kawad tu.  sayang awak lebih sikit :*  tapi time tu, line maxis pula buat hal.  call dia banyak kali tak dapat je.  bengang pulak kita -___-"  nasib baik lah whatsapp berfungsi even lambat.  bila dia cakap dia dah sampai mun terus pergi cari dia.  lepas tu kitaorang pergi lexi.  dia buat kerja while mun kacau dia buat kerja, hahah XD  penat ohh dengar dia membebel asik suruh duduk luar.  bertekak je dengan dia sampai kerja dia siap.  actually kerja dia tu tak complete pun.  suka hati dia lah.  kerja dia.  kalau kena marah pun dia, bukan mun.  hahaha :P  lepas siap kan kerja dia sikit, kitaorang pergi AG pula.  dia nak pergi bank.  oke mun teman kan lah.  wife kan.  eh eh hahaha.  tunggu dalam kereta bosan oke.  dah lah bateri beebee mun dah kong time tu.  nak main phone dia karang bising pula orang tua tu.  duduk jelah diam diam sampai dia settle kan hal dia.  lepas tu kitaorang balik lah.  dah malam.  takut tak boleh masuk je kalau lewat.  tak pasal pasal merempat mun nanti.  ada lah satu perkara ni, bagi mun tu lawak tapi sweet.  masa dekat satu simpang empat ni, traffic light tengah hijau.  tiba tiba "ala kenapa tak merah?  nak berhenti jugak boleh tak?"  dia dah slow kan kereta dekat traffic light tu.  mun pandang je muka dia yang tengah drive tu.  pelik pun ada jugak time tu.  tak pernah pernah dia macam ni.  tiba tiba pula macam nak sweet sweet.  nasib baik lah mun pandai jaga hati ni.  kalau tak mesti dah melting gila dekat dia.  dalam kereta tu kitaorang bertekak je.  bukan bergaduh maksud nya.  just berdebat.  dah dua dua ego.  kalau cakap tu asik nak menang je, bertekak lah.  tapi mun ni jenis yang tak reti nak ego sangat.  asik kalah je dengan anak dato' nodin ni.  eeii geram pula rasa -..-  malas nak bertekak dengan dia dah.  ye kan je apa dia nak cakap.  sampai dekat kolej, "alaa dah sampai ke?  bosan nya.  jum naik bilik buat teman."  tiba tiba je mun cakap macam tu.  yang dia ni pun satu, pergi jawab jum.  monyet betul perangai.  hahaha XD  lepas tu mula lah kebosanan ku di bilik.  tamat!!




p/s:  awak monyet saya.  sayang awak gila monyet XD  luv u Mr. H ♥
hye! thanks for your little precious time ♥

lots of love

yezza!!  nak kongsi cerita ni.  malam semalam mun pergi hangout dengan sayang sayang mun.  ala bukan nya pergi enjoy shopping ke apa.  pergi makan sama sama je.  hmm cadang nya nak pergi petang, tapi awanis pula kata pergi lepas magrib.  hm oke kan jelah.  lepas magrib tu mun siap siap terus pergi rumah syera.  lepas tu ke rumah awanis lepas tu ke petronas isi minyak.  menunggu awanis pick up teha ni boleh tahan jugak lah lama nya.  orang lalu lalang pandang je kitaorang macam kitaorang ni pembunuh bersiri -___-"  kalau KAMI keluar bersama mesti ada je masalah.  mesti punya lah.  masalah kali ni, ejol.  boleh pulak time tu dia cakap dia tak ada transport.  aiyakkk, migrain kejap fikir macam mana.  last last, nasib baik ejol datang jugak.  kalau tak, memang mun sembelih dia.  time makan tu macam macam lah kitaorang sembang.  gelak gelak.  snap pictures.  rindu gila dekat diaorang.  lepas ni, masing masing nak balik UiTM dah.  tak ada masa dah nak lepak lepak macam ni.  kalau mun tak rancang nak jumpa and paksa diorang, memang tak ada lah kitaorang nak gathering macam ni.  tak ada lah sweet memories ni, huhu.  hm apa lagi tak cerita eh?  oh ya.  ek eh macam skema pula ayat tu, hahaha.  sebelum balik tu, kitaorang snap pictures lagi!!  hahaha seronok.  terasa glamour kejap, hahaha XD  lepas tu babai ejol.  suasana dia riuh macam tak ada orang dekat situ.  hahaha suka hati kitaorang je buat kecoh dekat situ XD  lepas tu menunggu someone pulak.  hm dia gedik kata nak hantar balik.  lama gila tunggu dia -___-"  dah lah time tu mun tengah sakit perut.  nak tak nak tunggu lah juga.  tinggal kan karang menangis dia dekat tepi jalan tu.  hahaha oke ni tipu.  dia sampai je kitaorang gerak pergi beli sate pula.  minta tolong wanis pergi order kan.  sampai je dekat kedai tu, pacik tu tanya "ni ke murni?  kecik comey je orang nya"  hahaha segan gila bila pacik tu cakap macam tu.  menyengih jelah bila dah segan.  pergi rumah wanis amik motor syera.  sampai rumah, bagi lah mereka sate beli tadi.  hm tengok diorang makan sedap je.  mun dah kenyang, hanya mampu makan secucuk je, merasa.  hahaha.  melayan group wechat and whatsapp dengan kawan dekat u.  layan pulak kerenah diorang dekat twitter.  penat woo.  oke tu je.  see you later with new story !! :D
credit to: samsung
 




p/s:  thanks korang yang berjaya menghadirkan diri.  yang tak dapat datang tu, its oke.  saya maaf kan korang.  haha, bila jumpa korang mesti tak ingat masa.  next time jumpa lagi oke ;)  take care balik sana nanti.
hye! thanks for your little precious time ♥

sunday day

hai rasa macam dah lama tak update belog ni.  ini hari nak cerita pasal semalam.  nothing much to say.  semalam mun pergi la jogging macam biasa dengan syera dekat taman setia alam tu.  masa kitaorang pergi cuaca memang cantik je.  dapat la round dalam 3 pusingan padang bola tu.  hmm 3 pusingan je yang mampu.  sebab dah skip jogging berapa hari entah.  lama jugak lah skip sebab cuaca.  kalau tak sebab cuaca pun sebab tak ada kenderaan.  semalam ramai pula pengantin datang untuk sesi photoshoot.  ada dalam 3 pasangan pengantin melayu.  masa last round kitaorang pusing tu ada pula perempuan perempuan cina pakai dress.  pergh cantik kot dress diaorang.  tak tahu lah, pengapit je kot sebab tak ada pengantin lelaki pun.  lepas dah penat dah semput bagai, kitaorang pergi lah dekat motor.  masa tu ada pulak mamat mamat jet jet hensem sampai.  nak jogging jugak lah konon nya.  tapi time tu awan dah mendung gila kot.  angin pun kuat je bertiup.  dah boleh buat filem titanic dah hahaha.  kitaorang rilek dulu dekat moto.  agak agak dah sejuk badan kitaorang balik lah.  dalam perjalanan balik tu, boleh pulak angin bertiup kuat gila.  tak lama lepas tu hujan pun turun.  hoorayy mandi hujan!!  dah lama tak mandi hujan macam tu.  cerita nya mun dah kesejukan je atas moto tu haa.  macam parkinson pun ada jugak.  bawak moto dah tak berapa nak berhemah sangat.  mana yang boleh dilanggar mun langgar je.  minah rempit kan.  hahah choii mana ada lah.  mun bukan minah rempit lah.  i'm used to be that girl masa zaman sekolah dulu lah.  sekarang alhamdulillah dah baik sikit XD *mohon muntah tempat lain*  sampai je rumah lencun satu badan.  hampeh tui la.  penat mun bawak laju, tapi akhirnya lencun juga -___-"  berlari masuk bilik mandi.  lagi satu hal, tuala, syampu, sikat semua dekat bilik.  bilik mandi dengan bilik mun dah lah berada di hujung dunia.  nak tak nak perah air dekat seluar, lepas tu berlari pula ke bilik amik semua barang tu.  basah jugak lah lantai rumah rasa nya.  mun mandi lama walaupun tengah kesejukan.  keluar je bilik air, menggigil satu badan.  terbaik lah!!  -___-"  malam tu sebelum tidur, dah ada feeling feeling macam nak demam.  yeayy!!  oke itu sahaja :)



p/s:  wish goodnight dekat Mr. H sebelum tidur supaya dia tidur dengan senyuman ♥ take care awak :)
hye! thanks for your little precious time ♥

sayang pacik sikit ^_^

hai readers.  mun ada benda nak share hari ni.  ehem ehem begini kisah nya.  di pagi yang dingin, aku terjaga dari tidur.  cewah ayat tak payah nak macho sangat lah haha.  pagi tadi mun terjaga jam 0900, tengok phone ada mesej and one missed call.  bukak lah.  "sayang..." dari pacik.  eh orang tua ni dah kenapa cari mun jam 0109.  sambung tidur balik kejap.  celik mata lagi jam 1039.  baru perasan rumah sunyi je.  tengok phone, ada lagi mesej dari pacik.  dua dua nombor dia mesej.  hmm pacik betul betul mencari malam tadi.  disebabkan ketiadaan kredit, mun diam jelah.  nak whatsapp dia bukan nya online pun.  so lepas mandi mun sarapan.  around 1200 pacik call tanya hari ni keluar pergi mana mana tak.  dengan selamba badak and suara ala ala serak, jawab la tak.  dia ajak keluar teman dia.  mun oke kan je.  padahal time tu fikiran melayang ke mana entah.  rasa macam pening pening sikit.
lepas zohor, mun siap.  time dia sampai, mun still dekat dalam bilik mengemas pasal bilik bersepah mencari tudung.  time nak guna lah tudung tu hilang.  bengang pula.  tak lama lepas tu, abang gemok balik.  hmm bertegur lah mereka dekat luar tu.  time mun nak keluar dia minta KFC pulak.  cehh -___-"  pandang pacik mun buat muka pasal matahari terik gila.  silau.  nasib la pacik naik "tenggiling"  tak ada lah terbakar kulit ni haa, hahaha.  first soalan yang mun tanya, kita nak ke mana.  hmm dalam phone, dia dah bagitahu nak pergi mana tapi mun lupa.  hahaha dia cakap mun banyak makan semut.  cubit la yang dia dapat.  padan muka.  drive punya drive, bergurau punya bergurau, dah sampai AEON Bukit Raja.  tengok wayang dulu.  cerita apa?  dia choose sebab dia yang pergi beli.  pergi merayap kejap sementara ada masa 15minutes only sebelum wayang mula.  ngek betul pacik ni.  dia jalan laju je.  mun penat bila jalan dengan dia -___-"  rasa lega gila kaki bila dapat duduk dalam wayang sebab mun pakai weges.  hmm ladies sikit keluar hari ni sebab tak ada kasut lain.  tengok lah cerita tu diam diam sampai habis.  dah habis pergi cari makan pula.  hmm walaupun mun rasa lapar, tapi tak teringin pula nak makan.  our next destination is padang jawa.  pusing pusing kitaorang cari alamat.  tanya dekat orang.  nasib baik lah sampai tempat tu.  cuma nya tak sampai dekat kedai yang dia cari je.  dia kata tak apa, so biar jelah.  hmm lepas tu, pergi rumah kawan dia pula.  dekat bukit jelutong kot.  ada apa entah diorang jumpa.  duduk diam diam dalam kereta sudah lah.  tanya dia, kejap je?  dia kata member nak pergi main bola.  so kitaorang pergi cuci kereta dulu.  tengah kebosanan tunggu kereta di cuci, dia bagi mun tengok movie.  cerita taken 2.  entah cerita apa entah.  mun diam je tengok cerita tu sepanjang perjalanan balik ke rumah.  hidup dia pun aman je sebab tak kena kacau dengan mun, hahaha.  tepat jam 1900 mun sampai rumah.  hmm kalau boleh tak nak keluar dari kereta tu sebab tengah syok tengok movie tapi dah maghrib.  lepak dekat dapur dulu dengan mama.  boleh pula mama tanya "balik dengan siapa tadi?  naik apa?"  cehh rupa rupa nya mama tak dengar kitaorang sampai dekat depan rumah.  bercerita sikit dengan mama pasal kitaorang keluar tadi.  mama pun watlek je.  oke lah tu agak nya.  mun punya lah cuak bila abang kata mama dah bising.  yang sebenar nya, masa mama call tapi tak berangkat tadi mama suruh beli sos cili je -___-"  cakap dengan mama esok jelah mun pergi pasaraya.  tu je nak share.



p/s:  saya suka bergurau dengan awak. thanks tau untuk hari ni.  and sorry sebab time awak cari saya malam tadi saya dah tidur.  sorry sayang.
hye! thanks for your little precious time ♥

happy moment

hai.  kerajinan pula mun nak update lagi.  sebab nya, ada cerita mun nak share.  post sebelum ni mun cakap mun bosan kan?  lepas je update blog petang tadi, phone mun ringing.  and you know what.  mun terkejut dengar ringtone tu.  dah berapa kali dah asik terkejut je bila pacik yang call -___-"  masa tu around 1630, dia kata dia nak datang kejap, dah lama tak jumpa.  oke then mun pergi solat dulu.  tak lama lepas tu muncul lah dia dekat depan rumah naik "tenggiling" hitam.  dia pergi menyapa mama dekat belakang sementara mun angkat baju dekat ampaian.  lepas tu dia sengal kata nak lepak luar je.  mun ajak masuk kata tak apa lah duduk luar je.  mama ajak masuk baru lah nak masuk.  mengada juga lah dia tu, haha.  so kitaorang lepak lah dekat dalam.  first topic dia kata nak cari rumah.  dia tanya lah pendapat dekat mama.  lepas tu kitaorang berbual lah pasal anything.  pasal result exam mun.  pasal kerja dia.  pasal erm macam macam.  main main dengan dia.  lebih kurang kepada kes buli.  hahaha mun buli dia sikit je.  bukan nya buli yang teruk teruk pun.  cuma amik phone dia and simpan.  lepas tu mun suruh dia buat muka seposen, and muka dia buat mun tergelak.  then entah cerita pasal apa, dia bagi nasihat dekat mun and sambil tu, perlahan lahan dia usap kepala mun.  masa tu entah kenapa mun terdiam.  dengar je apa dia cakap.  pandang je muka dia.  fikiran dah melayang entah ke mana.  haa masa tu, rasa macam nak menangis pun ada juga.  sejak akhir akhir ni mun stress fikir pasal banyak hal.  then bila dibelai macam tu, mun rasa tenang je.  rasa lega pun ada.  thanks pacik :')  terharu sangat bila dia usap kepala mun.  hmm oke dah tak nak sedih sedih.  lepas tu dia cakap nak tunjuk something dekat phone dia.  mula nya mun tak nak bagi.  then dia cakap "awak pegang lah phone tu, saya bagi awak dengar lagu".  mun pun dengar lah.  dia bagi mun dengar minion gelak.  hahaha dengar minion gelak memang lah comel gila suara nya.  dia cakap tu ringtone untuk alarm.  bila bangun pagi nanti senyum sensorang dekat katil.  hahaha sweet pulak la pacik ni.  perangai macam budak budak.  cerita punya cerita dengan dia, hari pun dah petang.  around 1800 kot dia balik.  kenapa lah cepat sangat dia nak balik.  sebab nanti mun tak ada kawan nak bermain.  nak gelak gelak.  nak tak nak, bagi juga dia balik.  kalau lah boleh simpan dia dekat almari, dah lama mun buat.  hahaha merepek je XD  hantar dia keluar.  tunggu dia pusing "tenggiling" dia.  sebelum dia balik, dia pesan benda yang sama lagi.  then tiba tiba teringat, dia pernah cakap "isteri yang solehah kena bla bla bla bla . . . "  senyum sorang sorang lagi.  gila lah kau ni mun.  banyak sangat berangan.  hahahaha XD



p/s:  pacik, dengan awak, dua dua kawan saya.  tapi kenapa dia yang busy dengan kerja boleh datang jenguk saya dengan mama or call saya sedang kan awak, awak langsung tak hirau kan saya.  lebih kan orang yang selalu susah kan hidup awak.  hope you're happy like that.
hye! thanks for your little precious time ♥

random

heyho hai assalamualaikum selamat petang.  sedang kebosanan ni.  petang yang sunyi.  tiba tiba dapat idea nak cerita dekat sini.  errr sekejap eh.  idea tu menyorok pula -___-"  searching searching searching . . . .

yeah i got it!!  baru je kejap tadi menyelinap ke facebook senior favourite kita.  bukan tengok apa.  tengok gambar je.  honestly rindu moment MDS.  kena marah, kena bebel, kena raging tidur 4hours per day in a week, kena ceramah sampai tertidur tidur pun ada.  paling rindu masa last day MDS dengan akak akak dan abang abang MPP dan PMDS.  have fun berjoget dengan mereka.  walaupun masa tu mun rasa macam kanak kanak nya mereka ni, tapi tu lah yang buat kita rindu dengan mereka.  bergambar dengan mereka.  moment tu yang buat mun kenal dengan ramai senior.  dengan secara tak sengaja juga lah, ada seorang abang ni, yang watak nya lebih kurang macam abang mun and that's why mun merapat kan diri dengan dia.  choiii bukan nak cari scandal or else lah.  just nak berkawan.  beza umur tak menghalang untuk kita berkawan, right?  sejak tu mun selalu kacau dia.  selalu nampak dia breakfast dengan kawan kawan dia dengan cafe sunshine.  selalu tegur dekat twitter bila berselisih dekat pasar.  selalu menyemak dekat twitter.  masuk sem baru, jarang dah nampak dia.  cuma nampak sekali dua je dan dia dah berisi.  if i'm not mistaken lah.  jarang menyemak dekat twitter.  semua nya rarely dah.  sem lepas dia kata dia last sem dekat situ.  lepas ni tak ada lah nampak lagi muka dia dekat kampus tu lagi kut.  lahai rindu nya nak kacau hidup dia =___=  rindu nak bergurau petang petang dengan dia.  haiyoo abang I, mun rindu ni.  macam mana ni?  hahaha kisah pula dia kan.  mun rasa satu kelemahan dia, dia ni kadang kadang pelupa.  hoii jangan lah lupa dekat mun ya ;)



p/s:  bukan setakat rindu dekat abang I je.  rindu juga dekat akak akak dan abang abang yang lain =)
hye! thanks for your little precious time ♥

rezeki hari jumaat

hey rajin nya mun update blog.  hari ni je dua kali update.  meh meh meh, ceq nak habaq mai someting.  hari ni, my abang gemok belanja makan Domino's Pizza.  mwehehehe ^_^  akhirnya dapat jugak merasa pizza setelah sekian lama mengidam.  cewah ayat, hahaha.
cerita nya.  hari ni mun tak pergi jogging.  so petang tu lepas mandi lepak dekat luar dengar kerenah macik macik serta pacik pacik.  maghrib pun menjelma.  abang gemok tak balik lagi.  around 1945 baru dia sampai rumah rasanya.  dengan baju yang basah kena hujan.  mun gelak kan aje.  hahaha kejam punya adik XD  time tu mun tengah baring menghadap notebook main game.  so biar kan jelah dia nak buat apa pun.  lepas dah bosan online mun search something dekat Mr. Google.  search punya search tiba tiba phone ringing.  abang gemok call tanya dah makan ke belom.  haaa dia tanya ni mesti nak beli makanan.  tau dah taktik dia yang lapok tu hahaha.
agak lama lepas tu, dia pun balik.  nampak dia bawak beg plastik. dengan kemalasan dan excited nya.  eh jap malas dan excited?  macam mana tu?  malas tapi excited la.  tahu tak?  tak tahu buat buat la tahu.  hahaha.  mun bangun pergi serang makanan yang dia beli.  terus serang tau.  dengan rambut kering yang tak berikat nya, nampak tak mun tengah kelaparan menunggu dia.  hahaha.  pergi dapur amik piring dua, tapi guna satu je untuk letak segala "sampah" yang melekat dekat pizza tu.  hahaha.  kami adik beradik tak makan "sampah" so buang lah.  aneh ke cara kitaorang makan?  ada mun kesah?  habis pizza kitaorang makan berdua.  mama makan sepotong je sebab sakit gigi kata nya.  yang tinggal roti garlic tu abang tak makan kasi habis.  pizza dengan "lempeng mahal" habis dah kitaorang bedal.  fuhhhh kenyang bebbb :D  alhamdulillah.
dah kenyang masing masing melepak.  mun amik kesempatan ni berani kan diri bukak email tunjuk dekat mama pasal result.  abang pun tengok jugak dah dia duduk sebelah mama.  pergh cuak jugak masa nak tunjuk tu.  tapi bila mama tengok mama cakap bagus.  alhamdulillah again mama tak marah.  fuhhhh selamat =____=  hahahaha yes yes yes.  lepas dah segala cuak pada hari ni.  alhamdulillah syukur.



p/s:  thanks for the MAKANAN ya abang gendud ^___^ next time belanja la lagi, hehe
hye! thanks for your little precious time ♥

akhirnya dia keluar juga

di hari jumaat yang mulia ini, mun rasa tak bersemangat.  pasaipa?!  result exam keluar weh!!  cuak tak cuak la citer dia haaa.  dari malam tadi masing masing dah heboh pasal result dekat twitter.  mun watlek watpeace je.  padahal dalam hati dah dupdap dupdap laju.  malas nak ikut kan perasaan, mun tidur.  bangun pagi tadi, mun tak nak fikir pasal result.  on data, bbm syera ajak pergi pasar.  hahaha.  saje jalan jalan dekat pasar tu.  dengan tak sengaja terbeli pulak satu shawl.  syera lah ni menghasut. hahaha XD  sebelum balik beli apambalik buat sarapan.  lepas tu bukan nya terus balik.  pergi singgah kedai yang-yang kejap.  beli seluar pula.  wehhh abis duit ni haa.  memang tak boleh la keluar dengan syera bawak purse.  sekelip mata je habis isi dalam tu haaa.  macam magic, hahaha.

sampai rumah, mun rileks dulu.  sarapan sambil tengok tom & jerry.  bosan betul.  lepas tu lipat lah kain yang belambak tu haa.  haiyo baju basuh time bila entah banyak betul.  sambil sambil tu tengok la C713, ridiculousness.  gelak sesorang tengok rancangan tu.  habis je cerita tu, kain pun siap dilipat.  hahaha lama jugak mun lipat kain.  lepas tu teringat, surat rayuan tak buat lagi.  amik notebook dekat bilik, on.  tengok wifi ada.  search "facebook", belek belek, close.  lepas tu tergerak hati nak tengok result.  bukak email.  dupdap dupdap je rasa masa tengah loading.  hahaha sekali tengok result, mendapat kau.  banyak B.  ingat kan semua B, tengok subjek last sekali C.  hampeh betul !!! -___-"  sedih la result kali ni.  hurm tak terkata apa dah.  tu je usaha sepanjang sem ni.  sem depan kena usaha lebih lagi.  chaiyok chaiyok!!  you can do it mun.



p/s:  adah, sem depan nak satu kelas dengan kau.  nanti kita study sama sama lagi naik kan pointer.

hye! thanks for your little precious time ♥

gather with them

today, i went to Setia City Mall with my cousins for having some fun together.  cewah, speaking !  macam tak biasa pula :P  hahaha, yelah. petang semalam mun pergi melepak dekat SCM kejap.  kejap tak kejap lah.  dari jam 1500 sampai jam 1815.  i think so.  around 1430 baru gerak dari rumah dengan cousin naik moto dia.  oke mun yang kena bawak -___-"  choiii boleh pula terlupa nak pakai spec.  keluar dari rumah memang tak sempat nak pakai.  malas pun sebenarnya sebab ingat kan dia yang nak bawak.  nasib lah pergi isi minyak dulu dekat petronas.  sebab malas nak berhenti so bawak jelah sampai ke pekan without wearing spectacles !  cuak tak cuak lah kan.  menggigil jugak bila berhenti isi minyak tu haa.  masa isi tu baru lah pandangan mun ni clear.  clear bak hang !!  hahaha choi merepek.  lepas tu pergi lah ke SCM lalu jalan dalam.  mun ni tak berapa nak ingat jalan situ so bawak slow jelah.  alhamdulillah sampai jugak akhirnya.

masuk SCM, naik atas, tengok nuar dengan am je.  lin nya tak sampai lagi.  ingat kan kitaorang je yang da lambat.  rupa rupanya lin baru nak gerak dari rumah -___-"  choiii !!  nak tunggu memang lama.  takan nak berdiri je dekat depan panggung wayang tu.  so kitaorang pergi lah jalan jalan dekat MPH.  pusing pusing. rasa nya hampir setengah jam jugak lah habis kan masa dekat kedai buku tu.  mun ni bukan ulat buku yang suka baca novel setebal tebal alam tu.  so tak ada lah berminat sangat sampai obses ke apa ke.  i'm just walking around wasting my time waiting for her.  then, kitaorang naik balik, tengok dia masih tak sampai lagi.  so just sit down listening to my music.  around 10-15minutes after, she arrives with her boyfriend.  ceh hampeh tui -___-"  cakap jelah dari semalam yang kau nak main petang sebab nak pergi dengan dia.

its bowling time.  hah !  kalau dengan diaorang ni takde game lain nak main, bowling je.  so kitaorang main dekat line 22.  choi !! mun main macam apa dah.  lopek betul.  markah paling rendah.  eh jap, er rasa nya lah -___-"  maybe sebab dah lama gila tak main kot.  tiba tiba pegang bola berat tu.  choiii choiii choiii !!  hahaha.  masa main, dari jauh mun pandang sekumpulan minah ni.  haaa tu dia minah dari Kedah, Cera and her gang, hahaha.  dia dah duduk baru perasan mun.  ceh ! -___-"  Teyha ni lagi sorang.  Cera dah menyapa mun dia boleh cakap tak nampak pun.  yelah, boyfriend dekat sebelah, mana nak nampak member nya.  so lepas tu kitaorang sambung main game.  sampai satu masa ni, turn mun, strike !!!  haaa ni saat yang dinanti nanti lepas beberapa kali baling masuk longkang je.  naik balik semangat nak main tu.  hahaha.  mun dapat 3rd place je.  hahaha tak apa lah.  game je kan.

lepas tu kitaorang pergi lepak McD, makan.  takan berjoget pulak kot kan.  order dekat nora je, lepas tu mun pergi duduk.  tengah duduk sorang sorang tu, mun belek belek lah beebee.  tengok gambar dia.  hurm rasa macam nak nangis pun ada juga time tu.  rindu dekat dia.  rindu nak gaduh dengan dia.  rindu nak dengar dia membebel.  rindu nak tengok dia segan bila mun tenung dia.  huhuhu rindu sangat lah conclusion nya.  lepas tu diorang sampai bawa makanan.  terus tekan button end call and tarik nafas dalam dalam.  it makes me feel better.  kitaorang makan then pergi dari situ.

balik tu giliran nora bawa moto.  so i just sit at the back.  dalam masa yang singkat tu, macam macam yang bermain dalam fikiran.  but i just don't want to overthinking about it.  berpegang pada jodoh.  kalau ada, we'll be together.  kalau tak, maybe with someone else.  so just keep smiling and be strong to move forward.

sedar tak sedar, dah sampai pekan.  mun ajak pergi singgah pekan kejap cari subang.  boleh pula hilang masa main dengan anak buah.  tak selesa bila tak ada.  sampai rumah dah maghrib.  sunyi gila jalan nak ke rumah.  masuk, pergi dapur, boleh pula mama tanya "bila masa kau balik dik?" -___-"  choi nampak sangat ma khusyuk makan sampai tak dengar salam & bunyi pintu tertutup.  lepas tu apa lagi.  solat maghrib then mandi lah !! pastu online jap sampai habis bateri notebook.  bila cas, mun lari rumah cousin jap.  lepak lagi.  tengok budak sekolah yang sorang tu tengah menganyam dengan akak dia.  haaa so mun join lah.  belajar menganyam benda tu.  untuk satu huruf je ambil masa 30minit untuk mun buat.  tu belajar sendiri.  ikut imaginasi dan logik sendiri.  bila buat menjadi satu huruf yang kemas dan nampak cantik, mun terus kan lah ke huruf lagi satu.  tiba tiba pula tak menjadi.  so minta tolong budak tu buat kan.  next letter until the end, i made it by myself.  dan siap juga akhirnya.  fuhhh tersenyum je bila tengok benda tu ^_^  hand-made, owner mana yang tak suka.  walaupun cuma guna warna kelabu and kuning, but heyy its beautiful for me.  kalau bagi dekat dia, agak agak apa dia komen ek?  hurm takut dia kutuk je benda tu buruk.  mulut dia kadang kadang laser nya boleh tahan juga.  rasa nak bagi penampar pun ada kadang kadang.  tapi setakat ni dia dengan mun, oke lagi lah.  dah siap buat tu tengok jam 2300+.  choii !  lama juga dekat depan.  so decide balik rumah.



p/s:  awak !  saya rindu kan awak.  take care dekat sana.
hye! thanks for your little precious time ♥

cerita abang a.k.a gemok

hai peeps !!!  its been a few days since balik dari kampus.  lets see.  balik dari kampus terus ke KPJ Healthcare tengok abang.  first time melangkah kaki ke situ, scary ! >.<  mun memang tak suka ke klinik, unit kesihatan, hospital or mana mana tempat yang serupa dengan nya lah.  masuk je pintu utama, dengan aircond nya, bau ubat lah bagai, tak suka oke -___-"  naik lift tingkat 3, sampai dekat katil abang, mun oke lagi.  lebih kurang 10minit lepas tu tiba tiba pulak pening.  pening macam baru lepas berpusing pusing macam gasing.  padahal berdiri je pun huhuhu.  rileks dulu sambil bertwitter.  boleh lah bertwitter lagi sebab kredit ada.  tak lama lepas tu, kitaorang turun pergi makan dulu sebelum balik.  cuaca petang tu sangat lah romantik.  langit gelap macam dah senja.  angin bertiup macam dekat tepi pantai.

hari sabtu semalam, pagi, bersiap lah untuk jenguk abang.  but before that, kitaorang pergi klang dulu kejap.  lepas tu makan dulu dekat Ali Corner.  lepas tu singgah beli makanan buat kudap kudap dekat atas nanti.  dari jam 1300 kitaorang dekat atas tu, kebosanan.  makan lah buah yang mama bawa dari rumah.  daripada berdiri ke duduk dan akhirnya mun yang macam orang sakit, baring sebelah abang atas katil tu.  ma dah siap "pengsan" kat kerusi.  abang asik main wechat je.  ehhh, jeles pulak -.-  mun baring je tengok kartun.  sampai satu saat mun pun terlelap.  tak lama pun.  lepas tu kak mimi sampai.  ma pun dah bangun dan kesejukan.  mun sambung lah tengok kartun dengan mata yang sepet mengantuk hahaha.  lepas tu abang mula cari pasal.  sempat jugak jadi kucing dengan tikus -___-"

petang tu abang dah boleh keluar.  so dia ni kategori nya dah sihat la.  tu pasal sempat bergurau kasar dengan mun hahaha.  so kitaorang balik lah dengan kak mimi je.  sampai rumah, macik macik pun datang lah menjenguk abang.  rumah time tu jadi meriah lah jugak.  mun duduk diam diam makan karipap ma goreng and tengok tv je.  kerja mun satu hari tu memang makan je.  perut ni pun makin membulat dah haa.  dah tu kemalasan nak mandi sebab sejuk.  tapi mandi juga akhirnya.  basuh rambut dengan air yang sejuk gila bak hang.  seronok mandi.  segar :D  lepas tu ma suruh makan nasi.  makan lagi.  memang boleh gemok la macam ni.  berat ni pun rasa nya dah naik sikit.  rasa nya lah -___-"  lepas tu ermm ~ ermm ~

tu je kut cerita nak share.  yup tu je.  kbai XD



p/s:  miss my friends there.  miss my life as a student.
hye! thanks for your little precious time ♥

6 October 2013

tarikh ni tarikh bersejarah.  pasai apa?  pasai hari ahad ni, mun kena buat test -___-"  wahaha soalan dia, susah bebeno yang esei tu.  plus, dia punya esei masuk pulak soalan yang mun baca sekilas macam tu je.  memang hentam saja lah cerita nya.  nak tinggalkan kosong rasa bersalah pulak.  tapi ada je satu soalan yang mun tak jawab hahaha.  try jugak fikir nak buat ayat apa.  tapi tak boleh nak fikir sebab dah ramai gila yang keluar, lalu lalang depan mun.  menyirap pulak rasa hati ni haaa.  bila adah dah keluar, mun pun cepat cepat cek answer booklet apa semua tu.  dah kemas kemas semua barang wa chauuu dari dewan tu.  tak lama lepas tu budak budak lain pun keluar jugak.  masing masing meluahkan perasaan tak puas hati dengan soalan.  ada sorang classmate ni siap cakap "weh, kalau repeat nanti kita satu kelas ek" and i was like, what !! repeat?! memang tak lah -__-"  tanak repeat.  lulus cukup lah.  tayah nak hope tinggi tinggi sangat.  lepas tu melepak kejap dekat tepi tasik dengan classmates.

balik bilik tengok tak ada orang.  huhu kecewa.  ingat kan qila dengan syai sedang melepak dekat bilik.  rehat dulu kejap sambil sambil online.  dah kebosanan, mun naik bilik syai.  dia baru bangun kata nya.  terbaik lah !  melayan movie harry potter.  macam macam gaya duduk dekat kerusi.  siap berbantal lagi, special dari syai hahahaha.  tengah syok tengok movie, tiba tiba pulak dengar bunyi annoying dari phone.  nasib ada lagi kredit nak reply.  ada orang nak belanja makan hohoho.  ingat kan masih petang.  tengok jam dah 1900.  nak keluar lepas magrib.  kelam kabut balik bilik mandi.  tengah kemas baju, dengar pulak bunyi kereta dekat bawah.  oke dia dah sampai.  masuk kereta buat muka innocent, mwahaha. :D

mun macam pelik jugak sebab kali ni dia tak bawak adik kesayangan dia sekali.  malas katanya.  oke biar kan jelah.  pergi makan dekat AG tempat first time keluar dengan dia & kawan kawan dia.  makan nasi putih + tomyam + paprik = kenyang.  maka dengan ini tercipta lah satu lagi formula baru.  haha oke apa mun merepek nih !  next ~  dekat kolej pulak, kantoi dengan syai.  hahaha oke baibai. XD

mereka lepak kejap bincang pasal apa entah tanak tahu.  lepas tu boleh pulak menyambung dekat lexi.  fikir kan kat bilik duduk sensorang, so join jelah diorang.  masa dekat lexi boleh pulak kepala ni haa berdenyut denyut sumpa sakit.  duduk jelah diam diam dengar je diorang berbual.  around 2200 macam tu kut entah mun tak tengok jam, kitaorang balik.  balik bilik, sidai baju basuh tengah hari tu and buat lah apa apa yang patut dulu.  pastu melepak bilik syai teman dia malam tadi.



p/s:  awak, thanks belanja saya makan masa saya memang tengah lapar gila. awak sungguh memahami saya. hahaha merepek XD oke bai~
hye! thanks for your little precious time ♥

penghulu segala hari

hari ni hari jumaat.  dan hari ni bermula nya final exam mun.  hurm tak tahu kenapa, dengan tiba tiba je hati ni rasa sedih.  maybe sebab semalam terlebih happy lepak dengan member member.  tak tahu la nak cakap/luahkan macam mana.  cuma rasa nak menangis je sekarang ni.  tapi, hurm . . . . .
"ma, doa kan siti untuk jawab exam ni eh.  ampun kan semua salah silap siti.  maaf kalau siti sangat jarang call ma."
*tangisan mengiringi ku



p/s:  korang, yang aku sayangi, yang aku gelar kawan, jawab exam elok elok tau.  buat betul betul.  perah segala ilmu yang korang ada.  bukan untuk orang lain, tapi untuk diri korang sendiri jugak.  i wish the best of luck to you guys.  allah yuftah alaikum, semoga allah membuka jalan untuk kamu.  assalamualaikum.
hye! thanks for your little precious time ♥

rezeki balik rumah

hey, i've got nothing much to say here.  tapi still nak update blog ni.  nak cerita apa ya?  let me think for a while.  ermmm~
10 minutes later. . . .
last week was a busy week.  banyak assignment kena siap kan untuk submit.  group project semua kena compile and submit.  time tu lah semua nak buat perangai.  bila mun dah tarik muka malas nak ambil kisah, tanggung sendiri lah akibat nya.  bila fikir fikir balik, rasa senak tiba-tiba.  so decide tanak fikir lagi.  bila semua kerja dah settle, beban dekat bahu tu terasa hilang.  and i feel relieved!!  lepas tu, hari jumaat tak ada class. ambil kesempatan ni untuk balik rumah hilangkan rasa stres.  balik lah dengan adah naik bas sampai TBS.  masa tukar train dekat KL Sentral, boleh pulak tiba-tiba polis jaga train minta number phone.  jangan harap la nak dapat.  adah yang usya mun yang kena -___-"  this is unfair.
sampai shah alam beli burger sebab kelaparan tak lunch.  boleh pulak akak tak nak hantar balik rumah, so kena tidur rumah dia malam tu dengan mawi ( kucing ).  mendapat, mata hidung mun gatal-gatal.  subuh tu balik rumah, sambung tidur.  letih guna kan otak ni sepanjang minggu tu.
dekat rumah biasa lah.  excited nak balik.  sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun.  cuma nya kali ni, rezeki mun melimpah ruah.  dapat makan banyak.  hari jumaat tu makan ketam masak cili api buatan mama.  memang sedap lah cerita nya ^_^  hari sabtu malam pulak abang arip ajak makan burger dekat Saujana Utama.  Lava apa entah nama kedai tu tak ingat.  kenyang gila.  lepas tu hari ahad pergi dating dengan kak mimi dekat klang dapat makan pizza.  alhamdulillah rezeki mun dapat makan sedap-sedap ^o^



p/s:  there's something i shouldn't know.  and its hurt me more than you thought.
hye! thanks for your little precious time ♥

camping

friday, 30 august 2013.  tarikh ni merupakan tarikh yang boleh dikatakan agak malang bagi aku.  bengang, sakit hati semua ada.  and tarikh ni jugak merupakan tarikh dimana mun kena mengahadiri kem ____.  lagi satu hal lah kan.  dah la tak suka camping camping ni.  unit ko memang suka mendera student dengan benda benda macam ni.  pagi tu listening test dulu.  balik dari class baru lah mun kemas barang barang nak pergi kem.

lepas solat jumaat, dalam jam 1500 macam tu, baru kitaorang gerak by group.  tak jauh pun perjalanan nya.  tapi mun sempat lah jugak tidur dalam bas.  dah memang letih, dapat tidur ayam pun jadi lah.  sampai dekat sana, dengar briefing by encik sahak dulu.  lepas tu baru lah pergi cacak khemah and so on.  malam, lepas solat isyak, mun ingat tak ada buat apa dah.  rupa rupa nya, kena berjaga sampai pagi.  macam macam aktiviti kitaorang buat dengan jurulatih.  menyanyi dulu sebagai warm-up.  dah tu count down malam merdeka.  perghhh memang bosan lah cerita nya.  tak pernah kut sambut merdeka dalam hutan.  tup tup kena lak tahun ni, huhuhu.  ikut kan jelah aktiviti yang jurulatih suruh buat. nyanyi nyanyi joget joget.  sumpah letih.  tapi oke lagi lah daripada kena dengar briefing tengah pagi macam tu kan.  then kitaorang kena pecah lagi kepada 6 group.  malang rasa nya sebab satu group dengan hafiz -___-"  kitaorang main cat buat bendera.  nasib baik ada budak AD yang comel ni, capik, lukis untuk buat bendera.  yang lain bagi idea nak jadikan bendera tu kreatif.  so bergabung as a team la masing masing.  mun cat kan benda tu guna jari.  main lah warna cat tu dengan jari ni.  nasib baik baju tak kena warna cat tu.  siap part mun, yang lain sambung sambung.  time ni mata dah berat tahap bhabheng punya.  so mun landing lah dekat siapa siapa dalam group tu.  masing masing letih kot.  tapi mun punya letih tak payah nak cakap lah.  tahap gila punya.  dah siap benda tu, kitaorang sidai kasi kering.  then sambung lagi aktiviti lain.  hafal lagu ____ pulak.  ehh, mun dah lah pendek, mata dah sepet, disuruh pulak tengok skrin then hafal lirik tu.  memang tak lah jawapan nya.  haaa maiming kan aje.  bila jurulatih lalu kat sebelah time tu baru lah acah acah dah hafal lirik.  hahaha.  around 0400 baru diaorang lepas kan kitaorang untuk rehat.

jam 0600 dah kena bangun and never going back to sleep again.  haiyahhh mengantuk gila.  sempat lelap kejap lepas solat.  then pergi sarapan and so on.  hari ni, kena berjemur tengah panas.  oh no!!!  it gonna change my skin colour!  rileks la mun.  bukan tak pernah berjemur masa kawad sekolah menengah dulu.  watlek watpeace jelah :)  dengan berbaju hitam, tudung pun hitam.  mun almost nak pengsan dah.  huhu.  lepas zohor and lunch, mula lah aktiviti buat strecher.  *tak reti eja*  dengan halangan halangan dia.  perghhh!!  menderita sangat.  lagi menderita bila kena masuk lumpur.  "woii!!  kaki aku sangkot dalam lumpur!!"  sumpa mun cuak gila time tu.  nasib baik lah ketua group ada dekat belakang.  dia tolong tarik kan kaki mun.  takut gila wehhh huhuhu T_T  lepas tu kena mandi tasik pulak.  cantik menarik tertarik kau memang de bom -___-"  im gonna make a confession here.  i cant swim.  haha booo me yeah i know.  but.  ada mun kesah?!  hahaha.  tapi pakai safety jacket lah wei.  mana boleh tenggelam haha.  and mun berjaya lepasi semua halangan tu.  alhamdulillah :D

sempat tidur kejap dalam khemah sementara tunggu magrib.  lepas tu makan.  dengar lah briefing lama lama.  malam tu, malam kebudayaan.  setiap group kena buat persembahan.  kitaorang punya group menyanyi je.  lagu "warisan"  kena feeling.  hayati lagu tu.  cehhh, ini semua poyo.  hahaha.  kitaorang punya persembahan simple je.  and plan tu last minit.  tapi alhamdulillah ada rezeki dapat lah tempat kedua, yeayy!! ^o^  habis je malam kebudayaan tu, ada sesi bergambar dengan jurulatih.  muka time tu dah lah sembab tahan mengantuk.  tapi bila suka bergambar, mata tu celik aje.  hahaha.  lepas tu masing masing balik khemah, tidur.  dapat tidur lama sikit malam tu.

bangun pagi, sejuk tahap gaban.  tu tayah cerita.  sebab memang setiap pagi macam tu.  then pergi surau, sempat tidur lagi walaupun sekejap.  then sarapan.  kemas kemas barang.  bersihkan khemah.  perghhh letih.  tangan dua dua belah sakit sebab main monyet monyet semalam nya.  lepas tu dengar briefing, nak tidur tak dapat sebab muka dia asik pandang arah aku.  siot betul -___-"  dapat je naik bas UiTM, letak semua barang, tidur.  langsung tak sedar diri.  bangun bangun je dah sampai UiTM.  konon nya nak pergi kejar member nak amik kasut.  tapi batang hidung dia mun pun tak nampak.  so kena lah menapak ke kolej.  haishhh penat sungguh.

sampai je bilik, letak barang, bukak kipas, amik bantal, bedebam baring dekat lantai.  tunggu apa lagi, tidur lah jawapan nya.  sampai ke petang tidur nya.  bangun bangun sakit kepala.  pandang kiri kanan tak ada orang.  perghhh!!  sumpa bosan.  lepas tu boleh pulak maxis mun tak ada kredit.  lagi lah bosan gila.  huhuhu.  rasa macam nak sambung tidur lagi.  tapi bila fikir assignment banyak tak siap lagi tak jadi nak tidur.  rasa nak menangis pula bila fikir pasal assignment T_T



p/s:  suka tengok muka capik dengan sorang mamat ni.  sebab nya dua dua pakai spect.  diorang nampak comel ^o^  mun memang suka usya mamat comel comel yang pakai spect hehehe
hye! thanks for your little precious time ♥

16 August

hai readers sukarelawan semua.  mun ada cerita nak share sikit ni.  even tengah busy study, tapi mun curi masa kejap nak update blog ni.  cehh macam tak biasa pulak masa study or buat assignment curi masa untuk online.  hahaha XD
ni haa cerita nya.  hari jumaat lepas, mun pergi interview satu company ni dekat melaka mall.  lepas habis class bel pagi tu, kitaorang terus keluar amik kereta.  around jam 1330 sampai dekat mall tu.  kitaorang pergi lunch dulu.  then kitaorang pusing pusing satu mall tu cari office tu.  mall tu memeningkan.  siapa yang create mall tu, dia terlebih kreatif.  lama jugak lah kitaorang main pusing pusing dalam mall tu.  nasib baik lah jumpa.  kalau tak, hampa sungguh rasanya.  interview lah akak Human Resource dekat company tu.
lepas tu, kitaorang dah tak ada hala tuju.  adah bagi suggestion ajak pergi tengok wayang.  mun pun ye kan jelah.  then pusing pusing lah sampai ke bandar.  and dalam otak mun pun fikir, eh diorang ni serius ke?  i thought main main.  kuajaq!!  sampai dekat mahkota parade, pergi lah tengok ada cerita apa je sekarang ni.  tengok time sekali.  last last tak jadi sebab cerita yang diorang nak tengok tu almost at 1900.  so buat critical thinking kejap and mun bagi lah idea.  jum main bowling!!!  hahaha.
mula mula adah dengan mira tak nak sebab kitaorang pakai baju kurung.  yelah, kan hari jumaat.  pergi kelas pakai baju kurung.  dengan selamba main bowling pakai baju kurung.  yehaww!!  ahahaa.  rilex jelah.  pakai baju kut.  nak malu buat apa, bukan nya tak pakai baju.  dapat line 11.  line 12 pula pakwa pakwa yang main.  boleh pula ada sorang mamat hensem ni, usya line kitaorang lain macam lepas mun dapat strike.  dah kenapa entah.  nasib lah kau hensem mamat oi.  hahaha.  uish menggatal lak mun ni.  ingat mun, jaga mata jaga hati!
haaaa and then, kitaorang pun balik lah.  duit mengalir macam air.  tahu tahu je habis dah yang colour merah dalam purse tu.  huhuhu T_T



p/s:  information dapat sikit je untuk assignment.  duit yang habis banyak dalam satu hari.
hye! thanks for your little precious time ♥

eid day on 2013

hey.  is it too late to wish selamat hari raya to all muslimin and muslimat?  i don't think so because we are still in syawal.  oke dah tak payah nak excited sangat.  haaa nak share cerita ni.  raya tahun ni tak seronok lah.  hurm sebab cuti tak lama.  sedih tau tak!!!  siapa lah yang kejam sangat tak bagi student UiTM ni cuti lama lama.  akan ku bakar rumah nya kalau tahu.  KALAU jelah.  oke blank jap.  apa nak share tadi eh?  aiyooo lupa lak ai!!
~ 10 minit kemudian ~
warna tema family kitaorang tahun ni ialah turqoise.  ramai pula yang pilih warna tu tahun ni.  memang warna yang family kitaorang pilih selalu nya menjadi favourite colour of the year.  bengang je bila cari baju raya sebab selalu tak ada saiz mun -___-"  disebabkan itu juga lah, tahun ni beraya tak pakai baju kurung.
raya pertama, beraya bersama family tersayang.  menangis meleleh air mata tu normal.  ada penyesalan dekat situ, hahaha :D  lepas tu apa lagi?  sesi fotografi bersama keluarga lah!  part ni mun suka, haha ^_^  dah pakai comel comel mesti lah nak bergambar, hehe.  gedik jap.  oke dah buang gedik tu jauh jauh!!  lepas tu pergi lah beraya ke rumah macik macik yang terdekat tu.  memang dekat sangat sebab tu pakai selipar je pergi beraya.
raya kedua pulak pergi rumah atok dekat jenderam lepas solat jumaat.  pagi tu mun rileks jelah dekat rumah.  pakai skinny and shirt.  nasib tak ramai yang datang beraya.  segan jugak lah nak ke ruang tamu.  tapi, mun buat dono je.  bak kata abang, mun ni kan brutal sikit.  hahaha.  petang, dalam pukul 3 pergi rumah atok, beraya dengan atok, bergambar dengan atok, dapat duit raya dari atok.  atok the best lah.  still segak bergaya.  haha.
raya ketiga, ikut akak and abang arip beraya.  pergi rumah ayah farah fauzana.  first time nampak fafau in reality, eh kocik jo dak nyo.  chubby.  abang mun pulak dah cover cover macho.  alahai abang aku -___-"  hahaha.  yang best nya, pasal rumah dia lah.  tak besar tapi design dalam dia smart.  cantik je.  nanti dah ada rumah sendiri nak buat design ala ala macam tu.  hahaha berangan lebih.  tak apa tak apa.  in future who knows, right?  oke apa lah yang mun membebel ni.
raya keempat paling membosankan.  pagi tu ye ye mun ingat mama nak pergi beraya.  rupa rupa nya tak pergi pun.  pergi lepas zohor.  kalau tahu, mun pergi merayap beraya rumah geng KAMI.  lepas zohor ikut lah mama beraya.  haa bosan sangat.  sampai rumah yang second last mun rasa nak tidur dah.  padahal pergi beraya berapa rumah je.  5 or 6 rumah macam tu lah.  bayangkan bosan nya macam mana.  sebab tak ada geng mun nak kacau.  samsung akak jadi mangsa mun buat main game diamond dash.  orang beraya mun rilek je main game.  hahaha peduli apa kan.  malam tu beraya lagi.  ponek den poie berayo.  tanpa cousin menggila ku raya tak seronok.  ahahah, ayat acah acah poyo.
raya kelima?  bangun pagi pagi, pergi melaka.  berhenti sarapan dekat R&R Seremban.  sempat juga mun tidur sebelah driver sebab mengantuk tahap gaban punya pasal.  bedal pula nasi lemak.  should be mengantuk tahap gaban tu datang balik, tapi sebaliknya.  tak pula mata ni lelap dalam kereta.  aneh betul.  sampai dekat Tun Teja, angkut barang barang naik bilik.  eh eh asal tiba tiba macam dah tak cerita pasal raya? hahahaa ni lah raya kelima mun.  beraya di class!!  raya kelima dah start class, memang bosan lah cerita nya.  dah lah cafe sunshine tutup.  terpaksa lah menapak ke medan selera depan UiTM tu mencari lunch.  dengan panas nya.  walaweh, its killing me!!  lepas makan cepat cepat pergi lepak bawah library.  tanpa membuang masa, mun tidur dekat situ.  bangun je dari tidur, hamekau!  sakit kepala.  nak tak nak masuk jugak class CTU.  nasib lah tak tidur dekat class CTU.  and and and.  nasib baik dapat markah lebih.  dengan ini habis lah cerita pasal raya.

credit to: nikon




p/s:  thanks abang sebab belanja makan ♥ hehee ^-^  also not forget, terima kasih kepada yang menyempat kan diri datang beraya dekat rumah.  thank you so much :)

hye! thanks for your little precious time ♥

shopping with friends

hai!!  dah lama tak share certia dekat sini.  dah berhabuk dah laman sesawang ni.  jap eh, nak bersih kan sini kejap.  *fuhh fuhh fuhh*
dah bersih :D  oke now jum bercerita.  semalam mun pergi shopping.  lagi.  dengan kawan kawan.  walaupun dah dapat baju raya beli dekat klang dengan akak, mun nak jugak ikut diorang pergi keyel tu.  lepas sahur, mun tak tidur sebab melayan cik abang yang entah kenapa dia bangun time sahur padahal dia cakap dia malas nak bangun sahur sebab mengantuk.  whatsapp lah dengan dia sampai pagi.  dekat jam 0730 macam tu, mun pergi mandi and bersiap.  around 0810 mun minta acik hantar ke 7eleven.  tengok awanis dah tercongok dekat situ sesorang.  tunggu lah yang lain.  janji melayu jam 0800.  tapi sampai jam 0830.  kalau tahu kena tunggu lama, mun tidur kejap -___-"
naik lah bas ke klang.  lambat nau bas tu bergerak.  sempat kitaorang bergambar sebelum sampai sana.  dekat klang.  jumpa fieqa pulak.  gerak sesama pergi ktm.  jauh wooo nak kena jalan.  hasrat hati nak mintak acik hantar kan terus dekat ktm tapi awanis kata tayah sebab tak muat nak naik satu kereta.  nak tak nak jalan jugak lah.  sembil menunggu fieqa and emieza withdraw dekat bank kitaorang sempat snap picture.  memang tak dinafikan kitaorang memang gila camera, hahahaa :D
dalam ktm lak sejuk, mata ni kuyu je.  sepet je mata ni sepanjang jalan ke KL Sentral.  dengar awanis bercerita pun macam nak tak nak je mata ni bukak luas luas.  sampai KL lak, awanis pergi dengan skandal dia yang baru.  ramai gila kot skandal dia *ayat perli*  mohon terasa ya awanis!!  mun berkepit lah dengan teha coz kalau nak berkepit  dengan syera, mun terasa sangat kecil -___-"
first destination, masjid jamek.  pergh ramai gila orang.  nasib baik lah mun ni kecik je.  selit selit pun takde lah berlanggar sangat dengan orang ramai.  masa tengah shopping tu boleh pulak ada yang nak interview.  masing masing dah gelabah.  mun rilex je buat dono je dengan orang tu.  tengok diorang dah jadi mangsa mun lari tempat lain sesorang.  hahaha.  dah sudah tu baru mun pergi dekat diorang balik.
next pergi TS.  oke dekat situ tak ada apa sebenarnya.  tapi dah kena hasut dengan syera suruh beli itu ini, den beli jo.  abeh duek den ni haaa!!  haa kan dah keluar bahaso nogori.  hahaha!  lopeh tu, apo lei?! ish dah kenapa asik sepiking nogori jo ni haa. hahaha.  lepas tu balik lah.  kaki dah sakit, duit dah habis, nak tunggu apa lagi.  pergi menapak ke ktm masjid jamek, naik train pergi KL Sentral.  dalam train KL Sentral ke Klang tak ada tempat duduk.  mun pun dengan selamba buat muka tak bersalah, duduk dekat lantai je.  tak lupa ambil kesempatan untuk tidur.  mata berat gila tahap maximum dah tak boleh nak tahan.  betri phone pun dah merah, dah tak boleh nak whatsapp.  lepas bangun dari tidur baru rasa segar sikit.  tapi perut pula buat hal.  meronta ronta dia minta diisi.  hahaha.
naik teksi pergi giant kejar waktu nak berbuka.  tengok kedai full.  pergi surau cari plug.  cas handphone sambil merehatkan kaki dan sambil menunggu kekosongan dekat pakli.  agak agak orang dah tak ramai dekat pakli tu, kitaorang keluar lah dari surau.  dapat je meja, terus order makanan.  makanan sampai nak tunggu apa lagi, makan lah.  da lapar sangat sangat.  tak lama lepas tu akak pula sampai.  kacau teha makan sikit.  makan lagi padahal perut dah penuh.  besar kan perut mun, hahaha :P
masuk giant kejap tunggu akak abis beli barang dapur.  lepas tu balik.  sampai je rumah kepala dah nyut nyut je rasa nya.  pening kejap.  rehat rehat dulu.  tengok tv.  tak lama lepas tu tv yang tengok mun.  hahaha.  mama kejut, masuk bilik sambung tidur.  tak peduli dengan phone dah sebab mata dah tak larat nak berjaga.  oke that all!!
credit to: nikon
dalam bas dan kemudian menapak ke ktm
menunggu train
KAMI tak cukup quota
muka menahan kesakitan kaki



p/s:  other than clothes, we got 3K.  that is kesakitan, kepenatan, kehabisan duit.

hye! thanks for your little precious time ♥