Online Diary Moon's Stories: July 2013
Daisypath Friendship tickers

salam ramadhan dari Mun

alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.  dengan segala limpah kurnia Nya, kita masih diberi kesempatan untuk mencari keredhaan Nya di muka bumi ini.  rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua umat islam.
so far, kita dah puasa selama 4 hari, right?  so, macam mana perasaan anda?  seronok tak puasa?  or ada yang tak puasa?  ish ish ish, mana yang tak puasa tu jangan lupa ganti tau!  hahaha oke lets start membebel kejap.  bukan membebel kosong, cuma nak share pengalaman.  its up to you whether want to read or not.  i'm not forcing you guys =)
kita start puasa hari rabu, 10.07.2013.  hari tu semua cuti and yes ofcoz UiTM pun cuti.  oke nak cakap dekat sini yang ini kali pertama mun puasa sendiri, tanpa keluarga.  pengalaman baru lagi bagi mun.  kenapa cakap puasa sendiri?  sebab roomates pun tak ada.  diorang balik rumah untuk sambut ramadhan pertama dengan keluarga tersayang.  untung nya rumah dekat kan.  haish jeles sungguh dibuat nya -___-"  roomate mun hari selasa lepas class dia balik.  sedih juga bila kena tinggal sorang sorang walaupun bukan pertama kali.  sebab tak ada teman untuk bersahur.  nak tak nak kena juga tinggal sorang sorang.
malam rabu tu, mun pergi masjid al-hikmah untuk solat terawih dengan kawan kawan.  first day terawih memang ramai.  harap sampai habis bulan puasa lah kehadiran nya macam tu.  habis je terawih, mun rasa lega sikit, tak tahu kenapa.  maybe rasa release sebab baru lepas mendekatkan diri kepada Nya.  alhadulillah dah ada kemajuan dalam hidup sikit.
mun set alarm pukul 04:30.  tepat masa nya, beebee pun memekak di tepi telinga dan terasa sangat kebingitan nya di situ.  masak air lepas tu pergi basuh muka.  bersahur lah seorang diri dekat bilik.  bangun pagi, menghadap assignment.  fokus sekejap je, lepas tu termenung sebab sakit kepala.  sedar tak sedar dah jam 18:30.  pergi mandi bersiap sebab nak berbuka puasa dengan 1E yang awesome tu.  kelam kabut bersiap sebab nak kena pergi dang merduwati dulu.  dekat sana, tunggu diorang bersiap punya lah lama.  kami berempat terus bergegas ke dimensi sebab ada yang ugut, siapa lambat dia kena bayar total.  wakakaka kena tipu je.  sampai dimensi tengok diorang dah siap sedia tunggu azan je.  kami dekat situ tak dengar azan, jadi kami tunggu orang berbuka dulu.  elok je yang lain berbuka, guys pun sampai.  apa lagi, suruh si hafiz baca doa buka puasa dan doa makan.  kami pun berbuka lah dengan apa yang kami dah order awal-awal.  bila 1E dah berjumpa jangan harap lah kami nak diam diri je.  lepas berbuka tu, mun tak pergi terawih.  so terus lah ke bilik menyelesaikan assignment yang tak siap lagi tu.  lepas habis terawih, syai pun datang bilik menemani mun.
hari yang kedua.  bangun macam semalam juga, tapi.  hari ni mun sahur dengan syai.  sebenarnya, serba salah nak kejut syai bangun sebab dia tak berapa sihat.  tapi disebabkan puasa, kejut lah jugak walaupun dia bangun lambat untuk bersahur.  tunggu dia bangun, kitaorang makan megi sama sama.  sweet kan, hahaha XD  pagi tu mun terbangun lambat.  nasib baik lah class pagi tu cancel.  so tak ada lah risau sangat.  bangun, kemas baju apa semua lepas tu bersiap ke dang merduwati untuk bincang hal assignment.  lepak dekat bilik adah sampai class petang.  sempat tidur sebab dah tak ada apa nak dibuat.  bila bangun, otak tengah mamai lagi, terus lah bersiap.  pergi class dalam keadaan lesu dan mengantuk.  dah tidur pun mengantuk susah lah macam ni kan XD  pedulik kan semua tu.  class BBM berjalan seperti biasa.
lepas class pergi lah singgah ke bazar ramadhan untuk mencari kuih muih.  tetapi malang nya, tak jumpa pun kuih muih.  yang banyak dijual adalah nasi.  mencari kuih tepung pelita tak jumpa T_T  tak apa lah.  tak ada rezeki kut.  balik lah ke kolej dengan perasaan yang excited.  sebab apa?  sebab hari tu mun balik ke rumah!!  hahaha.  sampai je kolej nampak akak dekat tepi kereta.  dengan perasaan excited nya mun lambai tangan dekat akak XD  seronok sebab balik diorang amik.
kitaorang berbuka dekat R&R pedas linggi dengan donut yang akak bekal kan.  nyum nyum~  kemudian kami berhenti makan dekat R&R Dengkil.  tak sampai setengah jam dah sampai McD Klang Sentral turun kan adah.  tunggu sampai abang dia sampai amik dia, then kitaorang balik rumah.  thats all =)




p/s:  kesian dekat abang senior ni sebab donut dia nak berbuka puasa dikerumun oleh semut.  dia minum air soya je.  eh eh sama lah, mun pun minum soya.  hahaha XD  kbai~
hye! thanks for your little precious time ♥

having fun and make some memories

khamis, 4 Julai, mun ada satu class je yang kena attend.  that is at 16:30.  tapi sebelum tu ada sesi photography with classmates.  lebih kurang jam 15:00 mun turun dari kolej ke tepi tasik tun fatimah.  then jumpa lah yang lain lain tu dekat satu tempat ni.  tengok tak ramai yang datang, so just abaikan yang lain tu.  mun mesej adah suruh datang tapi dia tak mahu.  oke abaikan dia juga.  tak lama lepas tu, guys pun sampai.  then kitaorang pergi lah dekat cameraman.  dia suruh pakai formal dulu.  meaning that we all kena pakai blazer.  tak calang calang blazer nya.  semua saiz besar.  mun pun sarung je lah saiz 17 kalau tak silap.  tengok dah macam pakai jubah tak cukup panjang.  very "nice".  nasib baik lah berdiri dekat belakang.  so tak nampak sangat yang blazer tu besar.  dah buat gambar formal, kitaorang pun buka lah blazer tu and bagi dekat orang yang seterusnya.  next is, candid style.  pinjam frame warna hijau.  make some crazy and cute face.  i think so.  hahaha XD  then pergi dekat tempat yang ala ala macam dekat kaki bukit.  make some crazy, angry and cute face again.  hahaha hopefully gambar tu cantik lah macam sem lepas punya.  habis je sesi tu, hujan pun turun.  very nice.  nasib baik tak lencun tudung and baju.  kitaorang terus menuju ke class dekat blok B.  dekat class perut dah berbunyi bunyi.  sabar kan diri dengan class 3jam.  sir masuk je, mula lah bercerita dengan isu isu semasa.  dengar je lah.  dah puas dia berkongsi cerita, baru dia start mengajar.  lepas tu masuk cerita lain pula.  sampai lah jam 18:00 dia stop.  habis class tu hujan still renyai renyai.  mun redah je and yes, sangat sejuk.  dalam class dengan aircond nya, hujan nya.  mun dah tak senang duduk sebab sejuk sangat.  sampai je kolej, kipas pula dipasang kuat.  hari sejuk sedunia mungkin.  bertambah tambah lah lapar nya.  masak air, buat maggie mee sedap.  fuhh sedap!!  nak kata kenyang tu, sikit lah.  daripada kebulur dari pagi tak makan nasi.

malam nya pula, lepas maghrib, mun siap siap nak pergi event pula.  kejap kata jam 20:00 kejap kata 20:30.  so mun siap jelah awal.  classmates sem lepas semua dah bising bising tanya dekat mana location masing masing.  "weh! aku dah siap awal.  tunggu Fatin Najihah je ni yang lambat".  mun pun tunggu lah fatin dekat kolej tun puteri.  dekat sebelah kolej je pun.  tunggu sambil melayan classmates dekat wechat.  almost setengah jam jugak lah menunggu.  then kitaorang berdua jalan sama sama pergi kolej dang meduwati pula.  diorang semua dah kumpul dekat situ.  kitaorang sampai je, habis riuh tempat tu kejap.  then kitaorang gerak ke dewan bendahara.  sepanjang jalan kitaorang berbual, gelak gelak, gurau gurau.  seronok sangat dapat gathering balik walaupun keadaan masa tu hujan.  sampai je dekat dewan tu, kitaorang daftar, ambil makanan and then masuk dewan.  masing masing kelaparan.  lawak oke gelagat diorang semua ni.  gelak sampai penat pipi ni.  mun makan setengah lagi setengah simpan dalam beg sebab dah kenyang masa tu.  then mula lah aktviti kelab ni.  part 1 duduk dalam group ikut kelas.  part 2 sampai part 5 duduk dalam group masing masing.  then main game.  first game, chopstick dan guli. budak budak 1E sem lepas conquer game ni.  second, eat and sing.  mun almost kena tarik dalam game ni.  tapi mun elak.  hahaha.  tengok je diaorang main.  lepas tu, game keretapi.  game ni melibatkan budak budak lelaki sahaja.  guna apa je barang yang ada dekat diorang untuk buat satu landasan terpanjang.  akhir sekali, game apa entah nama dia.  melibatkan student dengan lecturer.  yang ni lawak bila miss mil buat mimik mimik muka and ganggu student untuk rebut kertas dekat belakang baju.  penat pipi ni gelak gelak tengok miss.

habis je game ke-4 tu, acara penyampaian hadiah pula.  setiap part dapat hadiah.  lecturer pun dapat juga.  then, sebelum balik tu, kitaorang ada lah snap beberapa gambar bersama 1E.  ada akak akak and abang abang senior enterframe sekali.  no hal lah kan.  kita kan satu family.  keluar dari dewan, cari classmates yang lain.  tunggu mereka sebab nak gerak balik kolej sama sama.  masa jalan balik tu, menggila dengan diaorang.  mummy a.k.a farah, plan nak buat gathering akan datang.  dah tak sabar nak keluar sama sama.  sampai satu simpang, mun, fatin and yana berpecah dengan diaorang.  tinggal lah kitaorang bertiga, jalan ke kolej masing masing.  sampai je bilik, imah dah tidur.  wuhuu!!  penat gila.  duduk dulu kejap melayan wechat kelas 1E.  tiba tiba lapar pula.  habis kan lah nasi dapat masa daftar tadi tu.  badan dah tak selesa, pergi lah mandi.  dah tu nak buat apa lagi?!  tidur lah.  penat gila kut.  tu je.
credit to:  ipod





p/s:  kelas 1E terbaik!!  sayang kaurang semua.  lepas ni gathering sama sama tau.  kehadiran adalah wajib.  terima kasih =)
hye! thanks for your little precious time ♥