Online Diary Moon's Stories: June 2015
Daisypath Friendship tickers

Ramadhan

hey peeps.  firstly, mun rasa tak lewat lagi kot kalau nak ucap selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.  relax la, hari ni baru hari ke-5.  tayah nak acah acah "apa lah dia ni, tak update sungguh" -___-"  yow, semua tu tak penting bro!!  yang penting kau puasa, ye dok?  hahaha.  oke so far puasa tahun ni agak terasa letih sikit atas sebab sebab tertentu.  letih yang lebih kepada mengantuk actually.  however, alhamdulillah kaki ni makin rajin buat tarawih.  waa satu perubahan yang positif kan?  so how about yours? :)
hari tu, kitaorang sekeluarga berbuka sama sama termasuk lah akak dengan abang ipar.  tengah makan tu tiba tiba abang ipar kata "2 tahun adik tak ada buka puasa sama".  mun pun macam tersentap sikit lah.  sikit?  macam banyak je sebab lately ni mood agak tak stabil, diam je.  lepas maghrib tu terlelap kejap akibat terlalu lah penat alkisah nya.  dah terjaga, guling guling la atas katil kejap.  teringat pula masa puasa dekat lendu.  2 tahun.  rindu nya.  masa sem4, setiap hari beli makanan kat bazaar yang ada tu haa, then buka puasa dekat merduwati dengan adah, atie, anis, iela.  lepas makan je gelak gelak sampai senak perut.  pukul 8 baru balik bilik sendiri, bersih kan badan then buat hal sendiri.  masa tu tak rapat dengan roomate sampai lah kes mun demam panas.  hahaha sorry roomates, I begitu "sombong" dengan kalian :P  agak lama jugak mun nak kenal dengan roomate baru.  kalau diorang tak mula cakap dengan mun, memang tak akan wujud conversation between us dalam bilik tu, hahaha.  bila dah kenal, salah sorang roomates ni ngadu mun garang time mula mula nampak dulu.  hahahahahaha XD  seriously garang?  depa orang kedua cakap mun garang.  well, this is me.  hard to communicate with people.
masa sem2, first time puasa tanpa family so agak tak terurus diri ni.  sampai lah muncul nya gastrik.  hadoi nampak sangat lah tak berdikari nya sikit dekat situ kan hahaha XD  sem ni mun banyak habis kan masa dengan roomates.  roomates kenal dari sem1 tak kekok lah.  most of the time, sahur and buka puasa dengan syai, my pretty little sister.  rindu juga dekat dia nih since dia dah pindah tapah.  haa dia ni lah my criminal friend.  baik pergi study, jogging, jalan jalan pusing UiTM, makan megi, tengok movie, tidur, semua nya sama sama.  masa sem2 I lived alone.  imah tukar bilik sebab study, lyn berhenti, lagi sorang tu budak masscom.  yang budak masscom ni lah orang pertama yang cakap mun ni garang pasal tak bercakap dengan dia langsung.  sadis sungguh, padahal memang sikap mun macam ni dengan strangers (yang sebenar nya lah).  ada lah sikit konflik masa awal awal tu tapi kalau dia say sorry ke apa ke tak ada lah sampai sepatah pun mun tak bercakap dengan dia.  hahaha.
well ni lah serba sedikit cerita untuk hari ni mengelak dari ketiduran sebab kejap lagi nak keluar sebentar.  kalau tidur ni dah sah sah sejam dua berlalu dengan pantas :P  kbai.



p/s:  selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa bila masuk waktu :)

hye! thanks for your little precious time ♥

untitled

wahhh, lama jugak tinggal kan blog ni berhabuk.  malam ni kasi bersih sikit blog ni.  kali ni tak nak lah membebel panjang panjang.  tak larat jari jemari ni nak menaip laju laju.
ahad lepas, macik rumah belakang ada buat kenduri tahlil kecil kecilan.  so mun amik la time ni untuk bincang pasal vacation kitaorang untuk tahun 2015 ni.  memang akan ada satu masa untuk kami luangkan masa bersama antara sepupu ni.  mun dengan cousin sambung bincang lokasi vacation and estimate budget kali ni.  masih dalam proses untuk dapatkan kesepakatan semua pihak.  so next time sembang lagi la pasal ni.
isnin kerja half day.  selasa kerja bagai nak gila.  malam tu pulak entah macam mana, dapat satu mimpi.  termimpi kan mr. handsome kita ni haa.  mimpi tu agak pelik sikit sebab environment rumah lama, which is rumah arwah nenek, tapak di mana bangkit nya rumah mun yang sekarang ni.  oke correction sikit dekat situ, rumah my mom actually, mun belum mampu nak ada rumah sendiri.  sambung mimpi, bae merajuk dengan kita pasal satu gambar yang penuh dengan ayat ayat manis by someone and mun tak ingat sangat pasal tu.  pujuk sekali tak lut.  pujuk lagi pujuk lagi sampai bae elok balik dengan kita.  rasa lega habis bila bae dah tak merajuk dengan kita ni haa.  lepas tu??  lepas tu mun terjaga la.  solat kejap then sambung baring.  fikir balik pasal mimpi tu rasa takut nak tidur balik.  pejam mata je tapi terlena.  bangun pagi siap siap pergi kerja.  seharian fikir pasal mimpi yang datang tu.  malam keluar pergi makan dekat Papa Tomyam, Kg. Jawa.  tak boleh jadi, mood still swing.  last last mun mengadu domba dengan bff :(  kalau dengan jebon tu, mengadu kejap je lepas tu merepek lebih.  tapi dia ada cakap, mungkin orang yang dalam mimpi kita tu yang terfikir pasal kita sebab tu termimpi orang tu.  tak tahu nak cakap apa lah, nak nangis je rasa.  berfikir fikir je nak text orang tu akhir nya send jugak.  nasib baik ber- reply.  kalau tak ada respond time tu, sumpa mun kecewa gila.  next day nya, muka ada senyum walaupun mata rabak mengantuk bak hang.  hahahahh :D
malam semalam sempat merayap ke uptown Seksyen 24 kejap teman abang cari car holder semata -___-"  boleh pulak dia buat kerja gila suruh mun bawa luna tengah tengah malam.  lepas gian jugak lah sekian lama tak pegang stereng. hahaha :D  dah dua tiga hari asyik tidur lambat je haa.  lepas tu kan, kerja berlambak pulak belakangan ni.  bertambah rabak la mata.  balik pun lewat je termasuk lah hari ni.  dah tu je, kbai :)



p/s:  take care wherever you are :)

hye! thanks for your little precious time ♥