Online Diary Moon's Stories: sunday day
Daisypath Friendship tickers

sunday day

hai rasa macam dah lama tak update belog ni.  ini hari nak cerita pasal semalam.  nothing much to say.  semalam mun pergi la jogging macam biasa dengan syera dekat taman setia alam tu.  masa kitaorang pergi cuaca memang cantik je.  dapat la round dalam 3 pusingan padang bola tu.  hmm 3 pusingan je yang mampu.  sebab dah skip jogging berapa hari entah.  lama jugak lah skip sebab cuaca.  kalau tak sebab cuaca pun sebab tak ada kenderaan.  semalam ramai pula pengantin datang untuk sesi photoshoot.  ada dalam 3 pasangan pengantin melayu.  masa last round kitaorang pusing tu ada pula perempuan perempuan cina pakai dress.  pergh cantik kot dress diaorang.  tak tahu lah, pengapit je kot sebab tak ada pengantin lelaki pun.  lepas dah penat dah semput bagai, kitaorang pergi lah dekat motor.  masa tu ada pulak mamat mamat jet jet hensem sampai.  nak jogging jugak lah konon nya.  tapi time tu awan dah mendung gila kot.  angin pun kuat je bertiup.  dah boleh buat filem titanic dah hahaha.  kitaorang rilek dulu dekat moto.  agak agak dah sejuk badan kitaorang balik lah.  dalam perjalanan balik tu, boleh pulak angin bertiup kuat gila.  tak lama lepas tu hujan pun turun.  hoorayy mandi hujan!!  dah lama tak mandi hujan macam tu.  cerita nya mun dah kesejukan je atas moto tu haa.  macam parkinson pun ada jugak.  bawak moto dah tak berapa nak berhemah sangat.  mana yang boleh dilanggar mun langgar je.  minah rempit kan.  hahah choii mana ada lah.  mun bukan minah rempit lah.  i'm used to be that girl masa zaman sekolah dulu lah.  sekarang alhamdulillah dah baik sikit XD *mohon muntah tempat lain*  sampai je rumah lencun satu badan.  hampeh tui la.  penat mun bawak laju, tapi akhirnya lencun juga -___-"  berlari masuk bilik mandi.  lagi satu hal, tuala, syampu, sikat semua dekat bilik.  bilik mandi dengan bilik mun dah lah berada di hujung dunia.  nak tak nak perah air dekat seluar, lepas tu berlari pula ke bilik amik semua barang tu.  basah jugak lah lantai rumah rasa nya.  mun mandi lama walaupun tengah kesejukan.  keluar je bilik air, menggigil satu badan.  terbaik lah!!  -___-"  malam tu sebelum tidur, dah ada feeling feeling macam nak demam.  yeayy!!  oke itu sahaja :)



p/s:  wish goodnight dekat Mr. H sebelum tidur supaya dia tidur dengan senyuman ♥ take care awak :)
hye! thanks for your little precious time ♥