Online Diary Moon's Stories: eid day on 2013
Daisypath Friendship tickers

eid day on 2013

hey.  is it too late to wish selamat hari raya to all muslimin and muslimat?  i don't think so because we are still in syawal.  oke dah tak payah nak excited sangat.  haaa nak share cerita ni.  raya tahun ni tak seronok lah.  hurm sebab cuti tak lama.  sedih tau tak!!!  siapa lah yang kejam sangat tak bagi student UiTM ni cuti lama lama.  akan ku bakar rumah nya kalau tahu.  KALAU jelah.  oke blank jap.  apa nak share tadi eh?  aiyooo lupa lak ai!!
~ 10 minit kemudian ~
warna tema family kitaorang tahun ni ialah turqoise.  ramai pula yang pilih warna tu tahun ni.  memang warna yang family kitaorang pilih selalu nya menjadi favourite colour of the year.  bengang je bila cari baju raya sebab selalu tak ada saiz mun -___-"  disebabkan itu juga lah, tahun ni beraya tak pakai baju kurung.
raya pertama, beraya bersama family tersayang.  menangis meleleh air mata tu normal.  ada penyesalan dekat situ, hahaha :D  lepas tu apa lagi?  sesi fotografi bersama keluarga lah!  part ni mun suka, haha ^_^  dah pakai comel comel mesti lah nak bergambar, hehe.  gedik jap.  oke dah buang gedik tu jauh jauh!!  lepas tu pergi lah beraya ke rumah macik macik yang terdekat tu.  memang dekat sangat sebab tu pakai selipar je pergi beraya.
raya kedua pulak pergi rumah atok dekat jenderam lepas solat jumaat.  pagi tu mun rileks jelah dekat rumah.  pakai skinny and shirt.  nasib tak ramai yang datang beraya.  segan jugak lah nak ke ruang tamu.  tapi, mun buat dono je.  bak kata abang, mun ni kan brutal sikit.  hahaha.  petang, dalam pukul 3 pergi rumah atok, beraya dengan atok, bergambar dengan atok, dapat duit raya dari atok.  atok the best lah.  still segak bergaya.  haha.
raya ketiga, ikut akak and abang arip beraya.  pergi rumah ayah farah fauzana.  first time nampak fafau in reality, eh kocik jo dak nyo.  chubby.  abang mun pulak dah cover cover macho.  alahai abang aku -___-"  hahaha.  yang best nya, pasal rumah dia lah.  tak besar tapi design dalam dia smart.  cantik je.  nanti dah ada rumah sendiri nak buat design ala ala macam tu.  hahaha berangan lebih.  tak apa tak apa.  in future who knows, right?  oke apa lah yang mun membebel ni.
raya keempat paling membosankan.  pagi tu ye ye mun ingat mama nak pergi beraya.  rupa rupa nya tak pergi pun.  pergi lepas zohor.  kalau tahu, mun pergi merayap beraya rumah geng KAMI.  lepas zohor ikut lah mama beraya.  haa bosan sangat.  sampai rumah yang second last mun rasa nak tidur dah.  padahal pergi beraya berapa rumah je.  5 or 6 rumah macam tu lah.  bayangkan bosan nya macam mana.  sebab tak ada geng mun nak kacau.  samsung akak jadi mangsa mun buat main game diamond dash.  orang beraya mun rilek je main game.  hahaha peduli apa kan.  malam tu beraya lagi.  ponek den poie berayo.  tanpa cousin menggila ku raya tak seronok.  ahahah, ayat acah acah poyo.
raya kelima?  bangun pagi pagi, pergi melaka.  berhenti sarapan dekat R&R Seremban.  sempat juga mun tidur sebelah driver sebab mengantuk tahap gaban punya pasal.  bedal pula nasi lemak.  should be mengantuk tahap gaban tu datang balik, tapi sebaliknya.  tak pula mata ni lelap dalam kereta.  aneh betul.  sampai dekat Tun Teja, angkut barang barang naik bilik.  eh eh asal tiba tiba macam dah tak cerita pasal raya? hahahaa ni lah raya kelima mun.  beraya di class!!  raya kelima dah start class, memang bosan lah cerita nya.  dah lah cafe sunshine tutup.  terpaksa lah menapak ke medan selera depan UiTM tu mencari lunch.  dengan panas nya.  walaweh, its killing me!!  lepas makan cepat cepat pergi lepak bawah library.  tanpa membuang masa, mun tidur dekat situ.  bangun je dari tidur, hamekau!  sakit kepala.  nak tak nak masuk jugak class CTU.  nasib lah tak tidur dekat class CTU.  and and and.  nasib baik dapat markah lebih.  dengan ini habis lah cerita pasal raya.

credit to: nikon




p/s:  thanks abang sebab belanja makan ♥ hehee ^-^  also not forget, terima kasih kepada yang menyempat kan diri datang beraya dekat rumah.  thank you so much :)

hye! thanks for your little precious time ♥