Online Diary Moon's Stories: A FAMOSA
Daisypath Friendship tickers

A FAMOSA

perhh lama gila tak update blog ni, bersawang dah haa.  oke hari ni kita clean up sikit blog ni dengan cerita paling latest.
semalam kami pergi A Famosa dekat Simpang Ampat sana.  kami ni ialah classmates.  dah final year ni nak la jugak habis kan masa bersama sama dengan aktiviti luar.  so leader kitaorang decide nak bermalam di villa.  dengan berbekal kan bbq, swimming pool and karaoke, melayang duit demi mereka.  tak apa la, last sem kan hahaha.  so tengah hari tu mun adah and jiha gerak dari kolej sama sama and tunggu dekat medan.  bila tengah hari dekat melaka ni faham faham jelah panas dia tu macam mana kan.  naik panas darah menunggu yang lain nak sampai.  sebelum nak gerak tu, kitaorang terserempak dengan miss acc kitaorang.  dah ajak miss join sekali tapi miss ada hal, jaga dewan exam kot.  so kitaorang biar jelah tak kan nak paksa pula.  dengar cerita nya, miss support kitaorang dengan duit sikit.  baik nya miss ni.  harap acc kitaorang A+ lah ye miss, hahaha.
dah lepas semua tu settle, kitaorang gerak lah ke villa.  almost sesat pun sebenarnya nak ke villa tu.  dah parking kereta, dah dengar briefing owner, dah letak barang, baru lah rileks sikit.  dah tak tahan tengok swimming pool memanggil manggil, em apa lagi terjun jugak petang tu.  yang lain membuta, tengok hindustan, tak ada life kan lantak diorang sana.  dah puas berendam main air, giliran mun pulak tidur.  bangun bangun perh lapar weh.  member pulak masak megi makan beramai ramai.  buat muka selamba join sekali, kenyang jugak lah.  lepak tengok tv tunggu masa malam menjelma.  petang tu dah ada yang buat preparation bbq.
lepas maghrib diorang start bbq.  tolong lah jugak sikit sikit.  tolong suluh lampu je sebab nak tengok makanan tu dah masak ke belum.  sebab lampu yang ada tak membantu.  dah siap masak semua, masa untuk makan berjemaah.  serius sedap sebab perut lapar, lepas tu makan ramai ramai.
aktiviti malam kitaorang buat pool party.  hahaha tak ada lah.  gila nak berparty.  main belon main air je.  masa tengah main main tu ternampak pulak orang berbaju putih dekat sliding door villa sebelah.  takut jugak la masa tu.  pastu owner tu datang ajak pergi karaoke dekat villa dia.  yang nak pergi ni, mandi lah, bersiap.  half je yang pergi karaoke dengan menapak.  gigih kan jalan kaki semata nak karaoke.  usaha tangga kejayaan hahaha punchline tak sampai.  dah sampai ketuk pintu tak berjawab.  memang tak lah orang tu nak jawab kalau tengah pasang lagu karaoke dalam rumah tu haa.  wan arip syah start karaoke.  tu part lelaki, masuk part perempuan, mun start dulu dengan sesal separuh nyawa - alyah.  tarik habis semput dibuat nya.  lepas tu lagu lain lari habis suara tak sampai hahaha.  air tak ada nak nyanyi lama lama plus lagu semua high notes punya, memang tak ah cerita dia.  tengok je diorang nyanyi pulun habis kasi hilang gian, lagi lagi leader si isa tu.  lepas gian habis mun tengok.  sekali dapat microphone tak nak lepas hahaha.  bila masing masing dah penat karaoke, ingat nak terus balik lah.  lagi pun time tu dah pukul 3:20am.  tapi ni tak, dj tu dok bukak cerita pengalaman dia pula.  kitaorang yang tinggal ni dah buat muka mengantuk teruk je tapi tak sampai dekat dj tu agak nya, dia drag sampai pukul 4:30am.  jalan kaki pukul 4:30am, seram tau sebenarnya.  gigih kan kaki yang tak berapa nak panjang ni langkah lebih laju.  sampai villa, cuci muka cuci kaki tarik selimut tidur.  penat dia tak payah nak cerita.
set alarm langsung tak dengar.  bangun pagi tu ingat mun sorang je yang lambat, rupa nya ada lagi yang belum bangun.  terus pergi mandi, kemas barang, siap siap.  lapar dah menguasai diri.  yang lain tu ada yang sempat berendam dalam swimming pool lagi, hareyyy.  mun dengan adah ambil kesempatan bergambar sementara tunggu yang lain siap siap.  pinjam phone azim buat harta kejap.  ber-wefie dengan diorang macam phone tu hak milik sendiri hahaha sorry azim.  siapa suruh pakai phone yang cantik front cam, memang jadi target mun la.  wefie ramai ramai dulu then baru balik.  kumpul dulu dekat medan sebelum masuk kampus.  lepak medan makan dulu.  sampai kolej, tarik bantal tidur.  sampai di sini sahaja nak cerita.  kbai.
credit to:  asus, iphone & lenovo











p/s:  terima kasih semua yang memeriahkan aktiviti kali ni.  such a great memory with you guys :D
hye! thanks for your little precious time ♥