Online Diary Moon's Stories: cuti sem dah habis bro!
Daisypath Friendship tickers

cuti sem dah habis bro!

hey peeps, wanshang hao.  haaa nak habaq mai ni, cuti dah habis!!  and mun tak ready nak balik kampus!!  sabtu balik sana dah, haihhh berat je badan ni haaa.  kenapa lah cepat sangat cuti ni habis.  nak meraung kejap T___T  nasib baik barang dah pack awal awal.  hm pack awal pun sebab tahu bila nak balik tak ada mood nak kemas barang.  pergh macam tak percaya je isnin ni dah start class.  hopefully mood cepat datang sem ni.  bila fikir fikir balik, bagus jugak dah nak balik kampus ni.  dapat jumpa junior roomates kesayangan, dapat jumpa kawan kawan, classmates and dapat jumpa crush kesayangan.  dah lama tak jumpa crush mun, sepanjang cuti sem pulak dia menyepi kan diri, hmm rindu encik monyet T___T  oke tak nak cerita pasal dia sebab nanti ada yang tidur berteman kan air mata pulak.
haa nak cerita sikit lah dekat sini about holiday kali ni.  totally bored.  duduk terperap je dekat rumah gaduh dengan anak buah and my bro, tv, laptop.  last week ada lah keluar tengok wayang.  syera ajak, so mun bagi syarat tengok cerita Big Hero 6.  movie tu memang best gila.  tak menyesal pergi tengok.  jalan cerita yang kelakar, menyentuh hati and of course baymax tu comel sangat even perut dia besar.  kan best kalau mun ada baymax, tak la rasa sunyi nanti.  dah la penyayang, caring, protective, comel pulak tu.  my life would be perfect if i have him :)  awak awak, please ada sifat baymax dalam diri awak.  if tak pun awak jadi la baymax saya.  saya promise akan pandang awak sorang je.  ecewahhhh hahaha.  oke nampak tak dia selalu muncul dalam kepala otak ni.  arghh stress nya bila diabaikan by him.  oke continue with my story.
then rabu lepas keluar lagi tengok wayang jugak.  kali ni keluar bukan mun yang plan.  mun follow je.  so rabu lepas konon nya nak jumpa scandal time sekolah menengah, ajak la wanis dengan syera.  teyha sibuk kerja so tak nak usik dia.  last minute, scandal cancel nak hangout, ada hal kata nya.  mun dah tawar hati malas nak layan group whatsapp.  so kitaorang keluar bertiga je, oke la tu daripada keluar berdua je.  kalau keluar berdua pun tak apa sebab keluar dengan bff mun yang gila si wanis tu.  kali ni tengok cerita Hunger Games: Mockingjay.  totally bored, jalan cerita yang slow and tak ada emosi langsung tengok cerita tu.  menyesal jugak lah tapi nak buat macam mana, benda dah lepas so let the past be past.  yang penting tahun depan Spongebob nak keluar movie, yang tu kena tengok, hahaha.  f.y.i mun lagi suka tengok wayang cerita kartun or cerita omputih daripada tengok cerita melayu yang slow tu.  oke rasa nya dah tak ada story seronok lagi kot nak taip dekat sini.  kalau ada pun dah melayang layang sebab tengah syok layan runningman.  almaklum, dekat kampus tak ada nak tengok cerita ni gelak guling guling.  nak download punya lah malas buat berat memory notebook je.  so sementara belum balik ni layan la dulu.  adios amigos ;)



p/s:  rindu awak la jebon encik monyet ;)
hye! thanks for your little precious time ♥