Online Diary Moon's Stories: the adventures: chapter 2
Daisypath Friendship tickers

the adventures: chapter 2

holla.  here's the story.  jumaat lepas schedule mun berjalan seperti biasa.  kuliah dari jam 0830 sampai 1220.  tapi tak straight la.  first class pagi tu madam buat sejam je sebab dia ada meeting.  gap tu kitaorang lepak dekat cafe sunshine.  next class dekat blok B.  habis je class mun balik la bilik.  katil mun tu ibarat magnet yang melalaikan.  baring kejap je dah tertidur.  dalam jam 1500 lebih, adah call.  bangun terkejut oke sebab fon dekat dengan telinga.  adah ajak pergi overnight.  mun on je hee :P  then dah tak boleh sambung tidur.  hadap notebook cari info untuk subject bel.  sampai lah magrib.  buka puasa dengan air kosong and then solat dulu.  lepas tu baru lah makan nasi beli dekat runner.  mun siap siap pack barang dalam beg then pergi bilik adah.  tengok diorang baru nak siap.  rileks dulu tunggu diorang.  dalam jam 2115 baru gerak pergi amik kereta sewa.  adah dengan nad dah bising kata perut lapar.  so kitaorang pergi makan dulu dekat AG, tempat first time mun dating dengan Encik Monyet.  rindu gila dekat dia :(
sambung cerita, lepas makan maka bermula lah episod adventure kami.  cewah ayat hahaha :P  kami pergi tengok wayang dulu.  midnight movie di dataran pahlawan.  sampai sana dah 2345.  takut kaunter tutup so mun dengan nad pergi dulu.  kami tengok cerita Maleficent.  rate mun bagi untuk cerita tu 5/5star sebab cerita tu memang best.  ada part yang sedih, terharu, gembira.  disebabkan terlebih menghayati cerita tu, part yang sedih tu mun termeleleh air mata kahkahkah tengok wayang pun boleh nangis.  tu nama nya menghayati oke bukan nya sebab lain haha.  lepas tu pusing pusing dekat bandar and next baru lah kami pergi ke negeri sembilan.  sepanjang jalan kami berkaraoke je dengar lagu dekat radio pasang kuat kuat.  singgah warung kejap minum air panas.  time nak parking kereta boleh pula tersagat bawah kereta tu dengan jalan.  dah semua orang dekat warung tu, pacik pacik semua pandang.  kami terus cabut lari.  tapi masing masing dah tak tahu nak berhenti dekat mana untuk ambil angin kejap.  kami u-turn pergi balik dekat warung tu tapi kami parking dekat belakang.  lepak warung minum air panas sambil tengok bola.  lepas tu kami pergi cari masjid untuk berehat kejap.  sempat la kami tidur dalam kereta.  cuci muka solat dulu then sambung perjalanan ke rumah wani.  tujuan utama trip kali ni memang nak ke rumah wani pun, jenguk dia.  then boleh pulak tersesat.  kata ila nak buat surprise tapi nak surprise apa kalau dah tersesat.  call wani and tanya jalan.  diam tak diam tengok wani tengah jaga kedai runcit.  dah sampai lah tu maksud nya.  lepak dulu dekat kedai tu lepas tu baru ke rumah wani.  jumpa mak dia alhamdulillah mak dia nampak sihat sikit.  hm oke nak cakap sikit dekat sini.  abang dan adik wani tu handsome siot!!!  yang baby pulak comel putih!!!  melting mun tengok diorang hahaha.  oke dah stop it.  jangan nak melebih kat sini, annoying.  mak wani siap masak untuk kami makan tengah hari.  lepas makan masing masing bantai tidur.  ngantuk gila bak hang!!!  around 1600 kami ke sawah padi pula.  haa gila apa panas panas ke sawah padi.  boleh bertukar warna kulit ni tau.  tapi kami tak peduli sangat pasal tu sebab kalau bukan dekat sana, dekat mana lagi kami nak jumpa sawah padi.  nampak macam batak ke?  haha sikit lah kot.  yelah mun duduk dekat klang, mana ada sawah padi.  kami berselfie dekat situ kejap.  nampak pula ada pengantin tengah buat photoshoot dekat situ.  kami ambil kesempatan nak bergambar dengan pengantin tu.  lepas tu kami terus kan perjalanan.  berpusing pusing kami mencari atm.  last last kami masuk Poli PD.  then kami ke area sebelah port dickson tu.  alaa mun lupa la nama tempat tu apa.  kami nak cari baju jersi tapi tak jumpa pun.  perut dah lapar jadi kami singgah makan dulu dekat situ.  and you know what.  makanan dekat situ rasa dia macam nokharom.  masing masing complain.  dah lah air tumpah kena dekat beg mun, lepas tu ish selekeh betul lah pacik yang buat air tu.  sumpa rasa macam nak keluar kan balik apa yang kami makan dan minum malam tu.  cepat cepat kami pergi dari tempat yang bagi mun sangat selekeh and disgusting tu.  tak sampai separuh jalan mun bagi cadangan makan mcd or kfc.  and yes sebelum balik kampus kami singgah kfc dan the store dekat masjid tanah.  lepas tu baru lah kami pulang kan kereta and tunggu pacik tu hantar kami dekat kampus.  pacik ni pun satu hal, nak sekali hantar 10 ke 11 orang satu masa dengan alza.  jadah apa jadi nya.  macam sardin lah kami dekat dalam alza tu.  jebon betul.  mun rela jalan kaki masuk kampus sebenarnya tapi masing masing lebih rela jadi sardin dalam alza, takan mun nak jalan sorang sorang.  memang tak berani la kan.  mun malas and boring gila nak balik bilik so tumpang bilik adah je.  dua malam mun biar kan lampu bilik tu terbukak.  so lantak lah hahahh.  tengah hari tadi baru balik bilik kemas apa yang patut.  basuh baju buat assignment pergi meeting.  oke tu je cerita untuk kali ni.  babai
credit to:  Lenovo



p/s:  thank you girls.  enjoy dengan korang iela atie adah nad wani.  rindu awak encik monyet.
hye! thanks for your little precious time ♥