semalam seharian study dari petang sampai pagi. around 0330 baru tidur rasa nya. set jam pukul 0800 oke tak boleh bangun, mata berat sangat. snooze snooze snooze sampai pukul 0900. celik mata, baca notes kejap pastu collapse balik. hahaha mengantuk gila bak hang!! terjaga balik jam 1030. tak boleh jadi. kalau dok bergolek golek atas katil tu mengundang tidur je. celik mata berselfie kejap amik mood. muka bangun tidur memang "comel" hahahaa XD baca notes kejap je, lepas tu pergi mandi siap siap. mesej adah nak saing, tapi sampai je bilik dia tak ada orang. bulsyit wehh wa cakap sama lu. pergi lah dewan tu sorang naik van. pergh seringgit melayang. turun van baru lah diana (classmate sem 1) perasaan keberadaan mun dalam van tu. oke sedih T___T mun saje lah buat buat ayat touching dengan dia, sekali dia pergi cium mun, mangai segan siot >___< dah lah time tu ada dua orang budak lelaki dalam dewan tengah pandang kitaorang. mun pun apa lagi, macam biasa buat muka tak bersalah hahahaa. lepas tu pergi menyapa adah and the gang kejap then pergi membawa diri. hari ni sorang sorang je oke lantak pi dengan depa semua tu. dah habis exam baru lah mun berkepit dengan lynda kejap sementara tunggu shuttle van. sebab hujan so naik lah van tu and melayang lagi seringgit. oh ye, mun rapat dengan lynda ni sejak sejak nak final ni. lepas habis exam je dengan dia. pergi makan pun dengan dia. haaa dah kenapa entah. tak kisah lah, kawan kawan kan :) asal habis exam dekat dewan taming sari tu je kitaorang berselfie berdua. so kalau tak ada gambar korang korang yang lain tu jangan lah dengki or nak touching bagai ye. haa mun rasa mun dah sampai tahap merepek cerita kelaut ni. dekat mana tadi ye sebenar nya. melalut dah cerita dekat sini dengan cerita dekat whatsapp.
haaa oke dah dapat dekat mana cerita nya. sampai dekat kolej, pergi unit kolej kejap ambil borang clearance. nasib baik tak tutup lagi. so tak ada lah mun nak menapak ke unit kolej tu esok esok. officer tu tanya bila balik, dah confirm confirm la balik minggu ni. hahaha gagap kejap nak jawab sebab tengok muka dia macam nak telan orang. dia lapar lah tu kot, tak sabar nak balik. hahaha merepek. lepas tu sampai bilik, tarik nafas lega. yeay!! sem ni berakhir juga. update moment dekat wechat, update status dekat whatsapp. batak kejap. alah bukan selalu pun, lantak lah kan. pandang keliling bilik, *krikk krikk krikk* bosan gila bak hang!! baring golek golek je dekat katil tu sorang sorang. roomate tak balik lagi. kalau diorang balik pun bukan bercerita tapi atleast ada lah orang dalam bilik ni. dah bosan guling guling pergi lah mandi. tiap kali nak pergi toilet je mun tengok pokok dekat depan kolej tu. cantik berbunga putih. rasa macam musim bunga je.
malam ni pulak apa aktiviti nya. lepas mandi tadi mun terlelap. so masa terbuang dekat situ kejap. terjaga around 0900. bangun bangun je lapar. nasib ada beli nasi dekat runner petang tu. kalau tak, makan megi jelah jawap nya. lepas makan tak tahu nak buat apa. bukak notebook tengok movie. tiba tiba pulak rasa macam nak update insta. dengan malas nya bangun pergi korek broadband dalam beg. notebook buat hal lembab semacam nak running. menguji kesabaran betul. rileks layan whatsapp dulu. dah online update insta apa semua tu, kebosanan melanda lagi. layan apps radio pulak. semua pakai internet woii. habis lah kuota broadband cenggini. hahaha. memang mun bayar untuk habis kan kuota broadband ni. kalau tak guna membazir pula kan, so guna kan dengan bijak. cewah ayat. makin merepek di sini. oh ye nak cakap jugak, tadi girlfriend sempat singgah bilik kita berborak kejap. haa rindu sangat nak lepak dengan dia macam sebelum ni. girlfriend kita siapa lagi kalau bukan syai. huhu lepas ni tak jumpa dia dah. nasib baik mun balik meru lambat. so maybe lepas dia abis exam rabu ni sempat lepak dengan dia. oke done for today's story. penat nak taip panjang panjang lagi. babai!!! :D
p/s: my dear kena rabak kan mata study law. goodluck for your last paper dear. and not to forget, goodluck for my girlfriend also because both of them are account student. kawan kawan yang lain yang belum habis final, goodluck!! love you all my friends :D
Tweet






