Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

Big Day

hai gais i'm back.  so what story this time? kalau post sebelum ni pasal engagement day, so this time its about the wedding day.

back to Friday, 16th September 2016.  tarikh tu everyone cuti Hari Malaysia.  sepanjang minggu tu mun cuti.  so sepanjang minggu tu juga lah mun tidur lewat 2-3 pagi tolong bakal pengantin ni complete her preparation.  buat hantaran, kemas bilik, hias bilik, beli barang, touch up henna bagai lah.  bila dah sepanjang minggu tu tidur lewat, kepala pun mula tingtong.  when it comes the day, pagi jumaat tu mun dikejut kan awal pagi datang ke rumah si pengantin ni.  fuhlamak gigih lak ai pepagi dengan mamai, mata kuyu, mengantuk nya, disuruh touch up kan henna dekat tangan.  oke lah buat juga walaupun tak cantik, asal ada.  lepas zohor, siap siap nak hantar pengantin ke masjid.  lama juga lah jurunikah ni bercakap, tapi ramai yang tak dengar sebab volume speaker slow.  lafaz akad pun tak dengar tahu tahu je dah baca doa.  but we all know that my cousin selamat jadi wife orang dengan sekali lafaz, alhamdulillah.  malam tu ada kenduri doa selamat.  next day, majlis malam berinai pula.  malam tu kitorang little bit busy lah juga, menjaga goodies untuk diberi tetamu.  dah habis majlis, kami yang sepupu sepapat ni lepak lah kejap ambil angin malam sambil makan, sembang, teman pengantin yang tak makan lagi.  around 1 a.m juga lah baru balik rumah berehat.  pagi ahad tu kena bangun awal sebab mun dengan cousin yang lain acah acah jadi pengiring pengantin.  cousin yang ladies semua datang rumah mun sebab nak make-up by kak lynnda.  tugas kami still sama, beri goodies untuk tetamu.  time makan takyah cerita, tak menentu.  lepas pengantin berarak, bergambar, makan, baru lah kitorang makan.  petang pula, kami yang acah acah ni ikut pengantin pergi photoshoot dekat SUK, Shah Alam.  taman tu memang tempat pengantin buat photoshoot, so ramai juga lah pengantin nya.  sambil follow pengantin sambil tu lah masing masing selfie bagai.  around 7 p.m baru gerak balik.  penat takyah cerita, on the way balik tu mun terlelap.  sampai rumah, lapar.  makan dulu kejap baru pergi mandi.  around 9.30 p.m satu lot dah sunyi and gelap.  majlis terbesar yang pernah ada di lot **** sebab dua pasang pengantin sekali harung.  macik pacik semua dah kelaut sebab kepenatan merewang mengemas bagai.

last Sunday, 25th September 2016, majlis sebelah pengantin lelaki pula.  this time around, mun jadi pengapit nurul.  fikir awal awal, kereta macik pacik semua confirm penuh so decide drive sendiri follow ke Kampung Bukit Hijau.  pagi tu bangun macam biasa terus mandi sarung baju keluar pergi isi minyak dulu.  balik tu baru lah bersiap dengan make-up bagai completely done.  nasib lah ada kakak yang reti make-up, mun pun redha saja lah muka ni kena conteng.  selfie satu kali dengan akak and she post at facebook.  boleh pula abang kau tak kenal adik dia lepas muka kena conteng, sadis sungguh -___-  ingat kita dah lambat so terus lah start kereta get ready bagai.  aleh aleh tengok semua orang dekat dalam rumah lagi siap menyembang makan makan, fuhhh sabar jelah.  lepas pengantin siap semua masuk kereta, ready to go.  kereta pengantin jalan dulu followed by kawan pengantin, then acik acik pengantin perempuan and yang lain.  almost 10 biji kereta juga lah.  yang tahu location cuma 2 biji kereta je kot.  sebiji kereta awal dah lesap dari pandangan.  lagi sebiji kereta dekat belakang.  masing masing acah acah tahu.  sampai puncak alam fasa2 masing masing berhenti tepi jalan menunggu sebiji kereta dekat belakang tu.  dah sampai masing masing u-turn then follow rapat.  5 biji kereta sempat sesat kejap termasuk lah mun hahaha XD  dah sampai lokasi, parking kereta cepat cepat sebab mun dah lambat.  pengantin berarak sekali followed by macik pacik lot ****.  sekali mun tengok jalan dia berbatu batu lah wei.  mun dah gelabah takut terjatuh sebab pakai kasut wedges.  bisik dengan pengantin, "wei kau pegang aku aku pegang kau tau".  aduhhh dalam gelabah tu rasa kelakar juga lah hahahh XD  majlis buat kecil kecilan je so tak jauh mana lah kena berjalan ke pelamin tu.  dekat pelamin tunggu lah kumpulan silat ni habis persembahan kemain lama.  dia punya peluh takyah cerita, kitorang yang jadi pengapit ni dah sengih sesama sendiri je sebab panas.  sambil mengipas pengantin curi curi merasa kipas tu sikit hahahh.  lepas tu, makan beradab pula.  nak makan pun tak senang, cameraman ajak pengapit bergambar sekali.  dah mun makan sikit je selera pun kurang.  kita yang pengapit ni sempat la juga bergambar selfie sikit dengan pengantin.  lepas makan masing masing kelam kabut ajak bergambar sebab ada yang nak gerak ke melaka lah bagai.  kawan kawan pengantin lelaki pun ramai juga.  dah mun tak tahu nak buat macam mana dah ramai ramai dekat pelamin.  yang kami pengapit kena lah menyelit tengah tengah belakang pengantin.  ada yang ramai sangat nak bergambar so kami pengapit ni turun dari pelamin, dah sesak sangat.  sambil sambil tu ada lah menyembang dengan si pengapit lelaki ni.  dia start conversation pasal kereta kesayangan mun tu.  sembang dah oke dah mesra boleh gurau bagai dengan loghat negeri sembilan dia lagi hahaha.  bergambar dengan macik pacik lot **** and then masing masing nak balik dah.  sebelum gerak balik tu, amik lah kesempatan bergambar kejap dengan pengapit.  sebab baju matching habis, tu yang rasa nak bergambar sama tu.  harap girlfriend dia tak marah nahhh.  dia pun jenis yang open je, gila gila juga, kita lagi lah selesa nak bergaul.  yang best nya awal bercakap oke je steady, masuk tang nak berselfie tengok tangan dia ketar semacam.  mun pun automatik terjadi kan itu bahan between us.  dia selalu kena dengan mun.  time nak bergambar sama sama, mun tanya lah, kenapa tangan tu ketar semacam, dia tak jawab cuma gelak.  point terbaik sebab dia suka bergambar tapi tangan ketar.  lepas tu mun cadang tak nak balik sebab nak ikot photoshoot tanak ulang alik jalan, tapi cousin yang sorang ni nak balik pula.  so kita balik lah kejap.  basuh make-up, solat, mandi semua then gerak ke Bukit Malawati pula.  kitorang dari berempat jadi bertiga ke Kuala Selangor tu.  perjalanan ke sana takyah mengantuk gila jalan straight je.  lepas tu terlajak lorong, kita pusing balik.  akhir nya seorang mun berjaya sampai ke Bukit Malawati bersama Charade kesayangan.  kedatangan kami disambut mesra oleh monyet monyet di sana.  tunggu lah kereta panjang tu pickup untuk naik ke atas.  sampai atas tu, kami pun selfie lah.  pengantin tengah busy bergambar dengan cameraman.  kita follow dari atas turun ke bawah relax jalan kaki sambil selfie, berboomerang bagai.  ada juga lah bergambar dengan pengantin acah acah rebut bunga lah, tarik pengantin perempuan lah, melompat lah haaa penat wei.  dah habis photoshoot tu, kita pun berjemaah lah turun ke bawah bersama sama jalan kaki.  separuh jalan dah sakit kaki, mun pun bukak lah kasut dan menerus kan perjalanan dengan menapak tanpa selipar.  sampai dekat parking kereta, kosong.  tinggal kereta kitaorang je.  lek lek lu, amik gambar lagi.  sempat pula tu kena gigit dengan semut api -___-  yang si nas ni dok panggil panggil ajak bergambar dengan kesayangan kita, layankan lah kejap.  lepas tu bergambar lagi beramai ramai.  yang tak puas hati nya, banyak gambar dekat fon orang tu, celah mana nak dapat T___T  tunggu lah sampai dia send.  oke sampai di sini saja post kali ni.  adios amigos ~
credit to:  vivo, oppo, mivo
belah pengantin perempuan
belah pengantin lelaki



p/s: tahniah nurul & shafik serta sharil & syuhada.  semoga perkahwinan korang bahagia kekal hingga akhir hayat, amiin.

hye! thanks for your little precious time ♥