Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

salam aidilfitri

dah lama tak update blog ni.  sejak notebook sakit, tak dapat nak online.  bukan setakat nak online, nak buat assignment pun susah.  dapat hidup kurang dari sejam je.  haihhh banyak pulak dugaan dah nak habis sem ni -___-"  question, dah nak habis sem ke?  padahal ada lagi 7 minggu untuk sem ni hahahahh XP
oh ya!  selamat hari raya aidilfitri!!  its not too late untuk wish selamat hari raya kan?  ala, hari ni baru raya yang kelima.  banyak cerita kalau nak di cerita kan dekat sini.  dua ke tiga minggu sebelum balik raya, sibuk dengan assignment and presentation.  dua tiga hari sebelum raya, sibuk mengemas rumah nak raya.  nak tercabut dah lutut ni time shopping dekat Jalan Taiping tu.  assignment tak payah cerita lah.  tak usik langsung.  buek ponek yo bawa balik buku -___-"
raya pertama, beraya dekat rumah dengan family, bergambar macam biasa buat setiap tahun, lepas tu beraya rumah acik.  tak lama lepas tu, kitaorang adik beradik pergi balik kampung rumah atok kesayangan atok Musa dekat Jenderam.  sempat jugak lah jenguk sedara mara belah abah.  actually tak ingat pun redah rumah siapa sebab dah lama gila tak jumpa.  last jumpa time kecik kecik dulu.  muka?  ingat seorang je.  kata mama tu adik kepada arwah nenek.  lepas tu pergi lah lagi beberapa rumah.  on the way balik rumah, masing masing dah pengsan.  baik abang, anak buah dengan akak sama je, tidur semua nya.  driver pun dah mengantuk je drive, bahaya betul.  nasib lah selamat sampai rumah.
raya kedua, dekat tengah hari baru keluar beraya.  tak jauh pun, rumah macik macik dekat keliling rumah ni je.  lepas tu ke rumah sedara belah acik pula.  raya punya raya dah tak ingat apa dah.  konon la nak tengok tv ada cerita best tapi satu benda pun tak ingat, hahaha XP
raya ketiga pula, pagi pagi lagi dah keluar beraya.  kali ni ke rumah macik macik sepupu belah mama pula.  dapat la beraya tiga ke empat biji rumah, lepas tu kami ke rumah kawan akak dekat Subang Jaya.  makan nasi beriani, nyumm nyumm kenyang ^___^  lepas tu kami sambung beraya dekat Meru balik.  walaupun hujan, dapat la beraya tiga biji rumah.  lepas tu balik rumah, masing masing bantai tidur.  mengantuk plus penat habis beraya seharian.
raya keempat, pergi beraya tiga biji rumah je.  lepas tu terperap dekat rumah.  dekat rumah tak senang duduk pula bila ramai sedara mara datang, aduduhh -___-" tapi tak apa lagi rasa nya sebab lepas je mama siap masak, mun makan sampai dua kali.  hai nikmat nya hidup dekat rumah ^O^  malam pula pergi bantai main bowling dengan cousin.  hai lagi lah seronok!!  dapat jugak melepas gian nak main bowling hahaha :D  walaupun kebas ibu jari, tapi takpe.  first game dapat second place, second game dapat first place haaa.  bukan nak bangga la, tapi seronok nya tak dapat nak diucapkan macam mana hahaha :P  selfie dengan mereka, pakai iphone pulak tu, memang seronok habis la cerita nya.  gambar cantik je bila mun yang tangkap.  habis je main bowling, kitaorang lepak mamak dulu.  makan la roti kosong.  nikmat dapat makan roti canai setelah sekian lama tak merasa tu membuat kan mun order lagi satu roti kosong.  tambahan lagi bila makan ramai ramai lebih seronok, rasa macam nak lepak lama sikit tapi masing masing dah mengantuk.  bantai pula karaoke beramai ramai dalam van.  oh ya, kitaorang pergi naik van.  pakcik mun punya van, driver dia pakwa cousin mun.  muat sembilan orang.  nak tambah cerita, time pergi tu boleh pulak ada roadblock and van kitaorang kena tahan.  polis tu saja membazir masa kitaorang.  tak kena saman apa pun, just nak penuh kan report diorang kot dengan nama nama kitaorang.  entah apa apa entah.  oke tu je nak cerita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN !!
credit to:  lenovo








p/s:  andai ada terkasar bahasa, maaf dipinta dari sesiapa yang mengenali diri ini.

hye! thanks for your little precious time ♥