Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

WednesDate

hey peeps, ahh penat nya lahai badan ni menghadap buku dari pagi tadi.  letih ohh.  take time release tension kejap dekat sini lah.  cerita apa sempena first post tahun 2015 ni?  so far, sejak cuti mid-sem ditambah lagi seminggu, kepala ni dah benak dekat rumah.  naik sem, blur jadi nya.  tak ingat apa sangat apa yang dah belajar 3 minggu before cuti.  hampeh kan hahaha.  try jugak nak catch-up sikit sikit ni.  sem ni boleh dikatakan sem paling malas mun nak study.  tapi setakat ni assignment semua buat lah.  rajin jugak lah tu kan hahahahahahaha apa benda merepek malam malam ni.  oke sebenarnya nak cerita pasal my special day lah.
few days ago, which is my mom's birthday, also my stressed day.  tapi seteghes tu bertukar jadi happy.  haaa magic kan?  ^___^  mun stress pasal class office tu lah.  itu tak boleh ini tak boleh, geram pulak aku haa.  masing masing merungut madam garang sangat sampai student takut nak buat kerja.  habis class buat bel kejap bawah library.  tak buat sangat pun sebenarnya, sha yang banyak buat haha kesian dia.  tak lama lepas tu mula lah muka mengantuk sha keluar, berjangkit pula dekat mun.  tunggu pija dengan zila habis kan kerja diorang kejap lepas tu kami pergi makan goreng pisang dekat alor gajah.  time tu memang mun tak makan lagi dari pagi, kebulur kot!!  balik bilik jam 16:++.  ingat dapat lah nak tidur kejap ke baring kejap ke, ini tak, bf pulak ws.  ingat kan dia lupa dah deal nak dating.  angkat lah kaki pergi mandi siap siap demi kesayangan.  dah lama gila tak hadap muka dia yang comel tuh, excited ^___^  lepas mandi lama duduk bawah kipas mengenangkan tak tahu nak ke mana and nak pakai baju apa sebab malas nak gosok baju.  sarung aje favourite sweatshirt and seluar.  tak ada makna nya nak pakai feminin feminin gitu.  dekat rumah boleh lah kot sebab banyak choice baju and kasut.  nampak je muka dia, senyum lebar dalam hati, hahahh gatal jugak kau ni mun.  masa nak keluar bilik tu i almost forgot the bag.  penat macam tu lah -___-"  then kitaorang keluar.  pergi mana?  dating lah.  kami keluar kali ni nak sambut birthday boy yang dah lepas tu.  masa cuti tak dapat nak sambut sama sama so sambut lambat sikit.  bila ditanya nak ke mana, dia tanya mun balik -___-"  kali ni mun yang kena decide.  mentang mentang sem ni mun last dekat lendu ni kemain lagi dia, "anything for you" ecewah poyo je ayat abe kita ni kan.  dah tak tahu nak ke mana nak sambut birthday boy kita ni, and time tu pula memang tengah panas, mun cuma terfikir pasal aiskrim.  cakap dekat dia nak makan aiskrim pasu tapi tak tahu dekat mana.  pergi AEON lupa pula kedai nya yang mana T___T  teman abe makan yong tou fu je.  sebab tak ada feeling nak makan walaupun belambak kedai makan dekat situ, mun kacau dia makan sikit.  sampai ke Klebang mencari aiskrim tu haa, still tak jumpa.  tak ada rezeki lah mun nak merasa aiskrim tu.  sedih tau T___T  dia pujuk nak bagi magnum, mun tak nak magnum.  last last, dia bagi aiskrim mcflurry McD.  boleh lah tu mun.  dah tak jumpa pasu kau tu haa tayah nak merengek mengada sangat.  mengada sikit sikit sudah lah.  batuk batuk pun makan aiskrim sedap kan tekak.  sampai je kolej, aiskrim pun habis.  nak balik nak bawak abe sekali tapi tak boleh T___T  cepat lah kahwin, boleh hadap muka dia je, manja dengan dia je.  eii gedik lak ai kau malam malam ni mun!!  dah dah.  sambung sikit lagi.
sampai bilik tengok tak ada orang.  hampeh lah dohh!  mana entah budak budak ni, tak lekat dekat bilik betul.  buat lah assignment mind map admin yang tak sudah tu.  abe tidur awal, penat kata nya class pack.  kesian dia.  kita ni dok berjaga la sampai 1, 2 pagi buat assignment -___-" esok nya pula class pagi 8:30.  mata nak bangun ke class tu punya lah berat macam ada kucing gemok bergayut.  gap 4 jam bantai topup tidur.  sedapppp :D  tamat!



p/s:  thank you love.  birthday saya nanti saya nak aiskrim lagi and saya nak kita spend time together all day again, boleh tak?  huhu kbai.  love you much Mr. H ♥♥
hye! thanks for your little precious time ♥