semalam pulak buat part C. bila masuk part essay, masing masing macam malas je nak study. aduhai essay pulak. nak menghafal masing masing ada cara sendiri. ada yang tunggu waktu malam baru boleh hafal, ada yang kena duduk sorang sorang baru boleh hafal. tapi mun? mun bila bila boleh hafal selagi ada teman yang hafal sama. teringat masa form5. mun dengan best friend mun study sama sama baru ada input dalam memory mun ni haa. bila mun menghafal sorang sorang, jadi mengantuk. bila ada kawan, jadi ingat. haaa macam mana tu? macam tu lah, hahaha. daripada 5 set past sem paper, mun sempat buat 4 set je semalam. lepas lunch tu masing masing la buat muka mengantuk bak hang. mun pun penat and mengantuk jugak sebenarnya, tapi sebab dekat library, tak rasa nak tidur sangat. kalau study dekat bilik sorang sorang dah confirm confirm la kelaut cerita nya haaa. tidur lena lagi, hahaha. dalam jam 16:00 macam tu kot, masing masing pakat nak balik, aduhai, awal lagi kot tapi hahhh lantak diaorang lah. ada yang ada hal lah bagai so biar kan jelah diaorang balik dulu.
mun lepak dulu dekat library sebab pacik Hezry kata dia nak pinjam buku nak study. mun pakai buku jugak so i ask him to come over, study sama sama. menunggu lah dia kejap. kejap tak kejap jugak lah cerita dia. social networking dulu dengan line wifi UiTM. 15 to 20 minutes before 17:00, mun turun keluar library sebab pacik dah sampai. teman dia pergi tengok carrymarks dulu dekat fakulti. jalan jalan lah cari nama lecturer dia dekat fakulti tu. blok lecturer dia tak sama dengan blok lecturer mun so mun tak dapat lah nak tengok carrymarks mun. dah teman dia amik paper test dia semua tu, baru lah kitaorang lepak library balik. oops salah, bawah library. dengar je dia membebel pasal marks segala test yang dia dapat. mun nak sambung buat past sem pun dah tak focus. dapat buat sikit je, lepas tu dah. malas menguasai diri, hahaha. lighting dekat tempat tu pun buat kepala ni berpusing, lagi lah malas nak hadap buku yang penuh tulisan tu. tutup buku then borak dengan pacik. entah pasal apa entah kitaorang borak kan, dah tak ingat. sampai satu tahap, perut dah lapar balik, kepala pulak buat hal so rasa loya. lagi satu hal la kan. mun minta pacik pasang lampu, tapi dia tak nak. so dia ajak pergi jalan jalan. cepat cepat menggerak kan badan ni dari tempat tu before rasa loya ni menguasai diri. pergi jalan mana? fakulti again. dia nak tengok carrymarks bel tapi kecewa. tak keluar lagi result nya. lepas tu dia dok menggedik nak berjalan dekat blok lecturer mun. ikot kan je la kehendak kesayangan memandangkan beg mun yang berat tu dia yang bawa kan. mun ingat kan dia nak change beg bila mun suruh dia bawa kan beg mun tapi dia suruh mun pegang beg dia kejap lepas mun bagi beg mun dia amik balik beg dia. hehe thank you sayang ^___^ jalan jalan lah kejap dekat fakulti tu haa berharap keluar lah carrymarks so mun boleh tahu. tapi hampeh. apa pun tak ada. yang dah tahu setakat ni cuma OB and BEL je. berharap yang lain keluar cepat lagi lagi ECO -___-" dah sudah tu buat apa lagi? balik lah. magrib dah kot. 10 minit lepas masuk bilik je dah azan. choi dah la tak mandi lagi rimas je rasa.
malam pulak, ingat nak sambung study habis kan past sem tapi rehat rehat dulu. social networking atas katil. rasa macam nak buat lepas isyak so tunggu isyak dulu. dah lepas isyak, tak tahu nak buat apa so main game dulu. dah sudah tu teringat ada minta movie mandarin dari fazreen so buka notebook transfer movie tu. tengok jam, 21:50. dalam hati, lagi 10 minit lah sambung study. dah jam 22:10, tengok movie lah kejap. layan lah pulak cerita Maleficent. habis je cerita tu sambung cerita Jennifer's Body. sambil tengok movie tu mun convert movie mandarin sebab sangkut sangkut bila play. dah habis movie tu sambung pulak tengok movie mandarin group kitaorang. aduh boleh pulak budak budak bilik ni tengok sekali. malu kot >___< tapi watlek watpeace je la sebab junior, hahaha. perasan senior lak ai tiba tiba. hmm sambung study nya mana? kelaut lah of cause hahaha. memang tak rajin lah nak study malam sekarang ni. malam semalam lagi seronok. petang, balik dari library singgah pasar beli makanan sambil berhujanan. sampai bilik, tak tukar baju, guling guling dulu dekat katil. lepas magrib, terus lelap lena. terjaga jam 23:00, basuh muka, makan, sambung tidur balik. tak pernah mun macam ni. dah mandi hujan lepas tu balik tak mandi. nasib tak demam. minta di jauh kan. kalau nak demam pun, biar lah lepas jawab paper isnin nanti. oke mata pun dah mengantuk, esok pagi nak study. harap kali ni tak ada gangguan. babai!
p/s: remember the time when i say i missed you? i really did. thank you for yesterday. kurang sikit rindu ni bila awak luang kan masa dengan saya ^___^ good luck for final!!!
Tweet






