Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

which one is your choice?

hai semua.  berjumpa lagi kali ni.  nak cerita pasal satu event yang havoc dekat kampus mun.  its been 3days event ni berlangsung.  nama event ni SYMPTOMS4.  kebetulan ada lagi satu event iaitu Citrawarna yang berlangsung pada tarikh yang sama.  maybe ada kut entry sebelum ni yang mun cerita pasal event ni jugak tapi masa tu lain sekarang lain.  sekarang punya lagi gempak kut.  SYMPTOMS4 ni start hari jumaat hari tu.  not sure sama ada petang atau malam tapi yang pasti mun pergi malam tu.  yang rugi nya jumaat malam tu mun datang lambat.  so banyak jugak lah persembahan yang mun terlepas.  first day, persembahan yang sempat mun tengok nyanyian dari lecturer yang kacak kacak, black&white lepas tu apa entah lagi.  dah habis tengok symptoms, pergi padang kawad pula tengok citrawarna.  yes im still going to that event.  sebenar nya kena participate dalam cheers tapi mun tersangat lah malas so bila diorang panggil mun buat tak tahu je tak pun mun keluar study.  itu lagi bagus sebenarnya daripada buang tenaga terjerit jerit macam orang kena histeria, right?  first day citrawarna diorang ramai yang kata kawad je lepas tu ada joget joget apa benda entah.  tak amik port nak tahu.  pergi beli makanan yang dijual sambil sambil tu lepak lah dekat padang kawad tu kejap.  balik kolej kitaorang lepak dekat court badminton pulak.  malam tu angin dia best gila.  sejuk je rasa nya.  mun lepak dengan syai sambil makan makan minum minum.  bercerita pasal masalah, kenangan, macam macam lah.  seronok oke sambil di temani bulan dan bintang serta angin yang dingin.  terasa macam ada dekat tepi pantai pun ada jugak.  kitaorang sempat baring lagi dekat court badminton tu haa.  jam 0300 mana ada orang.  senyap je suasana masing masing dah tidur.  dah tak tahan dengan sejuk kitaorang decide naik bilik.
second day symptoms, mun dengan syai datang awal.  tempat dah ada yang reserve kan untuk kitaorang oleh dash and irfan.  persembahan apa yang ada?  yang mun ingat lah eh, black&white again sebab masa first day tu ada problem with sound system sikit, then ada LineHaha that is Fifi&the gang.  seriously tak ingat lah nama nama kumpulan yang ada.  banyak sangat.  yang buat bayang bayang pasal sorang perempuan tu smart jugak lah.  LineHaha punya performance pun gempak jugak then ada mercun and belon belon apa semua tu.  yang paling best bila AURA buat performance.  first mun tengok eh asal macam ramai sangat ahli dia rupa rupanya semua course dia campur kan.  AURA perform sebagai persembahan penutup lah malam tu.  lepas tu, mun, syai, dash, baz dengan irfan pergi citrawarna pulak.  tengok kolej lekiu buat hakka.  cantik jugak lah sebab semua seragam but still citrawarna tak menarik perhatian.  hahaha.  sebenarnya SYMPTOMS ni bukan hidup bila malam je.  siang pun ada jugak tapi mun malas nak pergi sebab panas.  lagi pun, assignment banyak.  so decide siang buat assignment malam pergi event.  oke lah tu kan?  its fair and square.  hahaha XD
the last day of SYMPTOMS4, mun macam tak bersemangat sangat lah.  maybe sebab terlalu fikir kan assignment yang kena hantar rabu ni.  however, mun try to be excited when i saw Abang Ecad.  hahaha XD  tak ada lah.  mesti lah sebab performance yang menarik.  to be honest, malam ni mun tak rasa terhibur sampai lah last performance by AURA.  paling gempak lah AURA ni.  siap ada mercun bunga api, belon, sembur api dengan flare yang abang mun main time sambut malam tahun baru -___-"  goshhh!! smart gila performance diorang.  tak tahu macam mana nak describe lagi.  haa nampak tak mun minat habis dengan AURA ni, hahaha.  say whatever you want to say.  kisah pula beta *muka annoying*  habis je SYMPTOMS4 tu, kitaorang pun balik lah nak tunggu apa lagi.  lalu library menyinggah jumpa qila pula.  kitaorang jalan dulu tapi sebab kitaorang jalan slow yang paling slow, tahu tahu je qila dekat belakang kitaorang.  so kitaorang semua jalan lah sama sama.  sampai kolej pulak, kitaorang bertiga lepak sama sama kejap dekat depan tangga level 2.  mengimbau kenangan bersama masa part1 dulu.  around 0100 kitaorang masuk bilik.  thats all.  do enjoy.  babai.
disebabkan video ni mun tidur jam 0400 and almost terlambat ke class -___-"



p/s:  when i text you first, it means i miss you.  but when i'm not text you first, it doesn't means that i'm not missing you.  it means i'm waiting for you to miss me too.
hye! thanks for your little precious time ♥