Online Diary Moon's Stories
Daisypath Friendship tickers

having fun and make some memories

khamis, 4 Julai, mun ada satu class je yang kena attend.  that is at 16:30.  tapi sebelum tu ada sesi photography with classmates.  lebih kurang jam 15:00 mun turun dari kolej ke tepi tasik tun fatimah.  then jumpa lah yang lain lain tu dekat satu tempat ni.  tengok tak ramai yang datang, so just abaikan yang lain tu.  mun mesej adah suruh datang tapi dia tak mahu.  oke abaikan dia juga.  tak lama lepas tu, guys pun sampai.  then kitaorang pergi lah dekat cameraman.  dia suruh pakai formal dulu.  meaning that we all kena pakai blazer.  tak calang calang blazer nya.  semua saiz besar.  mun pun sarung je lah saiz 17 kalau tak silap.  tengok dah macam pakai jubah tak cukup panjang.  very "nice".  nasib baik lah berdiri dekat belakang.  so tak nampak sangat yang blazer tu besar.  dah buat gambar formal, kitaorang pun buka lah blazer tu and bagi dekat orang yang seterusnya.  next is, candid style.  pinjam frame warna hijau.  make some crazy and cute face.  i think so.  hahaha XD  then pergi dekat tempat yang ala ala macam dekat kaki bukit.  make some crazy, angry and cute face again.  hahaha hopefully gambar tu cantik lah macam sem lepas punya.  habis je sesi tu, hujan pun turun.  very nice.  nasib baik tak lencun tudung and baju.  kitaorang terus menuju ke class dekat blok B.  dekat class perut dah berbunyi bunyi.  sabar kan diri dengan class 3jam.  sir masuk je, mula lah bercerita dengan isu isu semasa.  dengar je lah.  dah puas dia berkongsi cerita, baru dia start mengajar.  lepas tu masuk cerita lain pula.  sampai lah jam 18:00 dia stop.  habis class tu hujan still renyai renyai.  mun redah je and yes, sangat sejuk.  dalam class dengan aircond nya, hujan nya.  mun dah tak senang duduk sebab sejuk sangat.  sampai je kolej, kipas pula dipasang kuat.  hari sejuk sedunia mungkin.  bertambah tambah lah lapar nya.  masak air, buat maggie mee sedap.  fuhh sedap!!  nak kata kenyang tu, sikit lah.  daripada kebulur dari pagi tak makan nasi.

malam nya pula, lepas maghrib, mun siap siap nak pergi event pula.  kejap kata jam 20:00 kejap kata 20:30.  so mun siap jelah awal.  classmates sem lepas semua dah bising bising tanya dekat mana location masing masing.  "weh! aku dah siap awal.  tunggu Fatin Najihah je ni yang lambat".  mun pun tunggu lah fatin dekat kolej tun puteri.  dekat sebelah kolej je pun.  tunggu sambil melayan classmates dekat wechat.  almost setengah jam jugak lah menunggu.  then kitaorang berdua jalan sama sama pergi kolej dang meduwati pula.  diorang semua dah kumpul dekat situ.  kitaorang sampai je, habis riuh tempat tu kejap.  then kitaorang gerak ke dewan bendahara.  sepanjang jalan kitaorang berbual, gelak gelak, gurau gurau.  seronok sangat dapat gathering balik walaupun keadaan masa tu hujan.  sampai je dekat dewan tu, kitaorang daftar, ambil makanan and then masuk dewan.  masing masing kelaparan.  lawak oke gelagat diorang semua ni.  gelak sampai penat pipi ni.  mun makan setengah lagi setengah simpan dalam beg sebab dah kenyang masa tu.  then mula lah aktviti kelab ni.  part 1 duduk dalam group ikut kelas.  part 2 sampai part 5 duduk dalam group masing masing.  then main game.  first game, chopstick dan guli. budak budak 1E sem lepas conquer game ni.  second, eat and sing.  mun almost kena tarik dalam game ni.  tapi mun elak.  hahaha.  tengok je diaorang main.  lepas tu, game keretapi.  game ni melibatkan budak budak lelaki sahaja.  guna apa je barang yang ada dekat diorang untuk buat satu landasan terpanjang.  akhir sekali, game apa entah nama dia.  melibatkan student dengan lecturer.  yang ni lawak bila miss mil buat mimik mimik muka and ganggu student untuk rebut kertas dekat belakang baju.  penat pipi ni gelak gelak tengok miss.

habis je game ke-4 tu, acara penyampaian hadiah pula.  setiap part dapat hadiah.  lecturer pun dapat juga.  then, sebelum balik tu, kitaorang ada lah snap beberapa gambar bersama 1E.  ada akak akak and abang abang senior enterframe sekali.  no hal lah kan.  kita kan satu family.  keluar dari dewan, cari classmates yang lain.  tunggu mereka sebab nak gerak balik kolej sama sama.  masa jalan balik tu, menggila dengan diaorang.  mummy a.k.a farah, plan nak buat gathering akan datang.  dah tak sabar nak keluar sama sama.  sampai satu simpang, mun, fatin and yana berpecah dengan diaorang.  tinggal lah kitaorang bertiga, jalan ke kolej masing masing.  sampai je bilik, imah dah tidur.  wuhuu!!  penat gila.  duduk dulu kejap melayan wechat kelas 1E.  tiba tiba lapar pula.  habis kan lah nasi dapat masa daftar tadi tu.  badan dah tak selesa, pergi lah mandi.  dah tu nak buat apa lagi?!  tidur lah.  penat gila kut.  tu je.
credit to:  ipod





p/s:  kelas 1E terbaik!!  sayang kaurang semua.  lepas ni gathering sama sama tau.  kehadiran adalah wajib.  terima kasih =)
hye! thanks for your little precious time ♥